"BERDIRI belakang saya," kata Yugyeom. Dia menolak lembut tubuh Emma ke belakang. Jeongin yang datang, menarik Emma agar menjauhi situasi gawat tersebut.
Emma menurut sambil menakup pipi. Air mata kemarahan dan kesakitan berkumpul di kelopak mata. Ditahan-tahan dari tumpas. Hanya bibir diketap rapat.
Yugyeom berjalan laju dan terus menendang perut lelaki yang mengasari Emma. Saat tubuh hampir hilang imbangan, Yugyeom menyepak pula pipi lelaki itu sehingga dia jatuh mengiring bersama nyilu. Biar dia rasa apa Emma rasa!
Seorang lagi lelaki masih memegang muncung botol arak. Hujung botol bergigi tajam, sesuai baginya untuk menusuk perut Christopher yang sedang mengadu sakit pada bahagian tangan.
"Rasakan!!"
Sedang Yugyeom berlari menuju ke arah Christopher, tangan sempat mencapai sarung pakaian yang berada di atas jalan. Ia dijadikan perisai sebaik saja Christopher dilindungi.
Sraapp!! Christopher terkejut melihat Yugyeom berdiri begitu hampir dengannya. Jarak mereka hanya sejengkal dua. Hujung botol menusuk dan hampir menembusi sarung pakaian.
Sebelum ianya terus ditekan dan hinggap pula di tubuh Yugyeom, Yugyeom memutar sarung seakan membungkus pergelangan tangan lelaki terbabit. Yugyeom mengelak ke sisi sambil merentap tangan lelaki itu ke hadapan. Terus Yugyeom menghadiahkan sepakan layang.
Kedebuk! Prangg!
Lelaki itu terjatuh terlungkup bersama botol terlepas dari tangan lantas berderai. Yugyeom mendekati lalu belakang bahu lelaki itu dipijak. Senyuman tegang berdampingan sinis, tertayang buat lelaki mabuk itu.
"Aku kena simbah dengan minyak hitam semata-mata nak hire dia. Kau pula senang-senang datang kacau. Tangan kau ni memang kerjanya pegang botol arak dan anak orang ke?" soal Yugyeom. Tapak kasutnya menambahkan tekanan pada bahu sehingga menghasilkan bunyi pada tulang lelaki mabuk tersebut.
Kraak...!
"Arrghh!! Sakiit!" jerit lelaki itu.
Senyap-senyap lelaki yang menyakit Emma bangun dan cuba mendekati Yugyeom. Bukan kerana mahu mempertahankan kawannya yang tersesak di atas jalan tetapi kerana dendam yang mencabar diri. Dia terus berlari dan mahu merempuh Yugyeom.
"Abang!" jerit Jeongin.
Sraap... BUK! Botol susu pisang dibaling Christopher, tepat mengenai dagu lelaki itu sebelum dia mendatangi Yugyeom. Akhirnya lelaki itu jatuh semula lalu pengsan.
✺✺❋❋✺✺
DALAM keadaan terlentang dan sebelah tangan bergari di palang katil, dua orang anggota polis menyiasat dua orang lelaki mabuk tadi. Bersama serpihan botol arak dan sarung pakaian yang ditayangkan sebagai bukti, mereka berdua terpaksa akur dengan tuduhan yang dilaporkan.
YOU ARE READING
𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍: 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞
FanfictionBicara cinta tidak terungkap dengan kata-kata. Lebih indah jika digambarkan melalui ketulusan sang hati. Dua insan ditakdirkan bertemu dalam lingkaran teka-teki perasaan. Cantuman cinta disusun hingga tiada cebisan yang tertinggal. Namun, menjan...