Bicara cinta tidak terungkap dengan kata-kata. Lebih indah jika digambarkan melalui ketulusan sang hati. Dua insan ditakdirkan bertemu dalam lingkaran teka-teki perasaan. Cantuman cinta disusun hingga tiada cebisan yang tertinggal.
Namun, menjan...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
PEMANDUANNYA tidak dapat menyaingi kelajuan kereta Yugyeom. Hendak dia tekan minyak sekuat hati tetapi dia risau jika pihak berkuasa atau polis berada di atas jalan yang sama seterusnya menahannya.
"Aduh, abang aku ni... Nak bawa Olivia pergi mana?" rungut Jeongin. Hendak dia capai telefon bagi menelefon Chansung atau Krystal, keadaan tangannya tidak mengizinkan. Apatah lagi, jika mahu menunjukkan kemahiran pemanduannya kepada para pengikut Instagram.
Berdesup kereta Yugyeom, meluncur laju di atas jalan sehingga bayangnya hilang dari pandangan Jeongin. Jeongin mengeluh deras berkali-kali. Kalau Chansung tahu apa yang Yugyeom lakukan sekarang, masak abangnya itu. Olivia juga bakal disondol lembu-lembu di ladang.
Vroom!!
Sebuah kereta BMW jenis M4 begitu mudah memotong kereta Jeongin. Derumannya seperti ingin merempuh semua kenderaan yang menghalang laluannya di hadapan. Jeongin hanya mampu melihat bersama rahang hampir terjatuh mencium bumi.
"Macam kenal je kereta tu? Dekat mana aku tengok, eh? Bengkel keluarga Emma ke?" Jeongin bersoal jawab sendiri.
Vroom!!
Muncul sebuah lagi kenderaan yang menghasilkan bunyi deruman kuat, membuatkan Jeongin terkejut menjongket bahu. Matanya membulat menyaksikan Nissan GT-R melepasi dan memotong kiri dan kanan. Barangkali lagak pemandu di dalamnya seperti disampuk syaitan.
Klak! Klak! Jeongin menukar gear. Butang turbo ditekan seterusnya pedal minyak. Jeongin perlu mengatasi kenderaan lain demi mendapatkan abangnya yang entah ke mana.
SEBUAH pesanan ringkas dihantar kepada Eunkwang dan Chaerin melalui ruang sembang keluarga. Jihyo meluahkan rasa tidak selamat lantaran Christopher tidak mengendahkan segala nasihat agar kelajuan kereta dikurangkan.
Jihyo
PAPA!! Abang bawa kereta 220 T_T
Papa Eunkwang
Oh... Abang nak terkencinglah tu.
Lain kali sebelum keluar dari hotel, singgah tandas dulu.
Mama Chaerin
CHRISTOPHER BANG!!
Papa Eunkwang
Elelele... Acah-acah marah pula awak ni.
Anak awak tengah memandu.
Bukannya budak tu dengar. Heh!
Mama Chaerin
Abang, jumpa saya dekat dapur! Now!
Papa Eunkwang is offline
Luahan dan aduan tidak dilayan sebaliknya berakhir dengan pergaduhan ibu bapanya. Jihyo tidak sanggup angkat muka memandang jalan. Dalam keadaan menunduk, dia menoleh dan memandang Christopher.