✺ 28 ❋

69 14 421
                                        

ANGIN malam menjengah masuk di celah tingkap terbuka lalu menampar pipi

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

ANGIN malam menjengah masuk di celah tingkap terbuka lalu menampar pipi. Mata yang celik hanya mampu membalas dengan lirikan sebelum siling kosong menjadi tempat diri membuangkan pandangan. Sukar bagi dirinya lelap jika banyak perkara bermain di selirat akal yang menekan.

Emma bangun dari pembaringan. Dia duduk dan termenung jauh, mencari sesuatu yang boleh dibuat tanda noktah dalam kemelut persoalannya.

Kelibat Yugyeom pula tidak sudah berlari dalam fikiran. Jawapan sudah tertanam dalam kotak pembikinan kata. Hanya menunggu masa dibentangkan sahaja.

Bibir Emma sedikit memuncung semasa nafas berat dilepaskan. Dia mula menoleh kiri dan kanan demi mencari telefon miliknya.

Katil sudah diselongkar, maka Emma bangun lalu menuju ke meja kerja. Tubir bibir menaik. Telefonnya itu berada betul-betul sebelah buku catatan. Lebih baik dia menghabiskan masa mencari idea rekaan busana melalui ilham dari gambar pemandangan yang pernah diambilnya.

Ting!

Telefon berbunyi. Ketika itu jarak tangannya hanya seinci daripada alat komunikasi tersebut.

LoveSign Y&E

JeonginFamous

Enjoy the video, guys. Thanks me later.

JeonginFamous left

Video apa yang dihantar Jeongin? Panjangnya selama sepuluh minit. Jari menekan simbol yang terdapat di tengah-tengah paparan video yang masih kabur. Emma sabar menunggu sehingga rakaman dimuat turun sepenuhnya.

Sementara itu, Emma keluar dari bilik dan menuruni anak tangga. Tekaknya teringin dibasahkan. Kesunyian dapur didatanginya dalam keadaan gelap. Biasan lampu dari ruang makan cukup membantu penglihatan jelas Emma.

'Tengok susu White Farm ni, teringat dekat lembu-lembu pelik dekat ladang tu. Ish! Nasib baik aku tak fobia nak minum susu ni lagi.' Emma menggerutu seorang diri di hadapan peti ais yang terbuka. Dicapai susu kotak bersaiz kecil. Penutup dibuka dan air diteguk perlahan setelah pintu peti ais ditutup semula.

Emma mengambil ruang di hadapan peti ais lalu dia duduk berteleku di situ. Video siap dimuat turun sepenuhnya.

Saat pertama video dimainkan, Emma tersenyum seorang diri. Ia adalah rakaman yang diambil Jeongin sewaktu Emma dan Yugyeom menari di sebuah majlis perkahwinan. Detik itu Jeongin ambil dari pelbagai sudut secara berterusan.

'Pandai betul Jeongin buat kerja,' puji Emma sebelum dia dikhayalkan semula dengan rakaman tersebut.

Emma menompang dagu sebelah tangan. Senyumannya tidak luntur malah makin lebar. Yugyeom dan dirinya begitu ralit menari dari awal sehingga penghujung lagu waltz.

Alangkah bagusnya jika mereka berdua merupakan sepasang pengantin yang menguasai pentas tarian berdua dan tidak diganggu oleh sesiapa.

'Aip! Fikir jauh sangat!' marah Emma buat diri yang berangan-angan tinggi.

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍: 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang