Bicara cinta tidak terungkap dengan kata-kata. Lebih indah jika digambarkan melalui ketulusan sang hati. Dua insan ditakdirkan bertemu dalam lingkaran teka-teki perasaan. Cantuman cinta disusun hingga tiada cebisan yang tertinggal.
Namun, menjan...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SEORANG pekerja masuk ke dalam kereta lalu enjin dihidupkan. Kedatangan pemilik kereta adalah untuk mengisi gas penghawa dingin. Sebelum gas diisi, para pekerja akan memastikan ianya benar-benar kehabisan dari kereta berkenaan.
"Hidupkan air cond sekali, Seong Hwa," laung Joshua, seakan melawan suara dengan deruman enjin turbo yang diselenggara pekerja lain.
Seong Hwa melakukan seperti yang diminta. Joshua melihat beberapa komponen yang berkait rapat dengan penghawa dingin tersebut. Setelah itu, dia memanggil nama pelanggan yang sedang menunggu. Lebih baik pelanggan tersebut melihat sendiri masalah yang dihadapi kenderaan berkenaan.
"Macam ni, encik. Gas air cond ada, tapi saluran compressor tak jalan. Sebab tu air cond kereta tak sejuk. Saya boleh gantikan compressor baru kalau encik mahu," terang Joshua.
Wajah pelanggan berubah dalam diam. Melayang lagi duitnya nanti. Harga alat ganti tersebut bukannya murah. Boleh dibuat bayaran sewa rumah untuk sebulan.
"Er... Berapa harga compressor tu?" Teragak-agak pelanggan bertanya walaupun bayang kadar harga menyinggah dalam otak yang runsing. Kalau dua orang pekerja ini tiada di hadapannya, sudah lama dia tenung ketebalan dompetnya yang tak berapa nak ada itu.
Reaksi pelanggannya sudah dapat dijangka Joshua. Bukan sukar hendak membaca kerisauan setiap kali pelanggan bertanya tentang harga.
"Anggaran 200,000 won ada. Anggaran 100,000 won pun ada. Terpulang pada encik nak yang mana satu," cadang Joshua sementara Seong Hwa setia menunggu di tepi kereta. Dia biarkan saja Joshua berunding dengan pelanggan mereka.
"Kalau 200,000 won, dia tahan lama, kan?" soal pelanggan, masih was-was dalam membuat keputusan.
Kepala mengangguk, tapi Joshua tidak mahu pelanggan terbeban dengan harga dan fungsi alat ganti tersebut. "Jangan risau, encik. Kalau ia tahan lama, maka lebih baik. Tak perlu encik datang berulang kali ke bengkel untuk masalah yang sama dalam waktu terdekat."
Akhirnya, pelanggan tersebut bersetuju. Alternatif apa lagi yang dia ada selain menukar alat ganti baru? Jika tertangguh, kerosakan lain pula yang berjangkit.
Joshua memberi isyarat kepada Seong Hwa agar rakannya itu mengambil alat ganti yang baru. Seong Hwa menurut perintah, menuju ke satu ruang. Empat buah rak berpara setinggi 2meter dihampiri. Dari situ dia boleh melihat Emma menghadap skin komputer riba dalam pejabat.
Cermin tingkap pejabat diketuk sehingga perhatian Emma teralih. Wanita muda itu berpaling lalu menjongket kening. "Apa?"
Seong Hwa membalas reaksi yang sama sebelum mulut memuncung pada komputer riba.
"Orang buat resume." Emma jawab menggunakan bahasa isyarat. Seong Hwa pura-pura faham dengan mengangguk kecil. Terus alat ganti baru diambil untuk dibawa kepada Joshua.