Bicara cinta tidak terungkap dengan kata-kata. Lebih indah jika digambarkan melalui ketulusan sang hati. Dua insan ditakdirkan bertemu dalam lingkaran teka-teki perasaan. Cantuman cinta disusun hingga tiada cebisan yang tertinggal.
Namun, menjan...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BERBEKALKAN hati riang, badan yang segar dan kaki yang petah berjalan terloncat-loncat dari tingkat dua, Emma diperhatikan Minhyuk yang sedang keluar dari dapur kering.
Anak perempuannya ibarat terminum air ketum. Senyum memanjang dan mulutnya tergerak-gerak seperti sedang bercakap dengan seseorang.
Minhyuk meneleng dan melihat hadapan Emma. Tiada sesiapa melainkan perabot yang tersusun elok di ruang tamu. Minhyuk geleng kepala. Agaknya perbualan Emma dan Yugyeom malam tadi bikin anaknya seperti orang mabuk kepayang.
"Tengok tu. Nak keluar pergi kerja, bukan nak tegur ayah dia ni. Dah bisu, buta pula ke? Eh, eh... Mulut aku pun. Jangan celupar sangat. Tak pasal-pasal buta betul anak dara aku...." Minhyuk tepuk mulut setelah berungut. Setiap perkataan yang keluar dari mulut umpama doa. Haru jadinya kalau ia benar-benar berlaku.
Emma menapak di sebuah garaj lalu mendatangi motor vespa miliknya. Topi keledar diangkat keluar dari dalam bakul belakang dan dipakai demi melindungi kepala dan mengelak diri daripada disaman.
Sejenak itu, Emma terdengar akan keriuhan lagu dan suara sumbang yang datang dari satu arah. Emma mengorak langkah perlahan menuju ke laman rumah. Kiri dan kanan ditoleh bagi mendapatkan punca suara itu.
'Jiran aku pasang lagu Itzy? Seriuslah?' Emma menggaru topi keledar, tanda sedang menggaru kepala. Dia berjalan sehingga ke luar rumah. Kalau andaiannya benar, maka pekerja di bengkel sedang melakukan persembahan tidak berbayar.
"I'm mafia. Ma ma ma ma mafia ya ya... We do it like a mafia," nyanyi Seong Hwa ikut irama dan lirik lagu sambil terjoget-joget mengikut kreativiti tersendiri. Bukan dipeduli jiran tetangga yang lalu di hadapan bengkel. Tercengang-cengang mereka menyaksikan telatah Seong Hwa.
Gila agaknya pekerja di situ!
"Ring ding ding ding ding ding." Joshua tidak ketinggalan. Dia yang sedang berbaring bawah kereta, hanya menggerakkan kaki tidak berhala tetap. Disepak-sepak angin dan debu atas lantai bengkel. Kalau ada yang terjatuh dek terlanggar kaki panjang itu, nasiblah.
Emma mengherotkan mulut. Sampai hati mereka tidak mengajaknya menyanyi dan menari sekali. Menyanyi dalam hati pun sudah memadai.
'I'm mafia. Ma ma ma ma mafia ya ya... We do it like a mafia.' Emma menemukan tapak tangan, membentuk sepucuk pistol. Dia bergerak ke tepi lagak seorang polis mencari suspek. Dia begitu menghayati lagu sehingga kepala digoyang deras mengalahkan pengisar Minhyuk. Dia juga tidak peduli akan mata yang memerhati.
Kedebuk! Krak!
Akibat tidak memasang atau mengetatkan tali topi keledar, ia terjatuh dan bergolek ke atas jalan seperti nangka busuk. Bunyi retakan itu menyedarkan Emma bahawa dia tariannya tadi agak keterlaluan dan tidak ingat dunia.
'Alamak. Helmet aku!' Emma berlari mendapatkan topi keledar yang tersadai di tepi tembok batu rumah. Diangkat dan dilihat permukaan dengan wajah mencebik.