READY, YA? 5.7K WORDS
HENINGNYA waktu pagi, membawa Eunkwang menghirup udara segar di sebuah taman yang terdapat di tingkat dua hospital. Suasana menghijau itu membuatkan kepalanya terasa ringan walaupun rambut mengatakan tidak.Selainnya, terdapat pesakit yang ditemani ahli keluarga atau kakitangan hospital dan ada juga singgah sekadar di taman melakukan senaman ringan.
"Selamat pagi, Eunkwang. Macam mana keadaan kau?" tegur Chansung. Kemunculannya diagak Eunkwang. Sudah masuk berapa kali mereka terserempak di hospital. Di kesempatan ini, Chansung mengintai kaki Eunkwang. Berbanding bahagian tubuh lain, kaki sahabatnya itu menerima kecedraan ketara sehingga berkerusi roda.
"Terpeliut, tapi biasalah. Aku mana larat nak pakai tongkat tangan. Guna kerusi roda jelah, senang...," ujar Eunkwang sambil meluruskan kaki supaya Chansung nampak lebih jelas kecederaan yang dianggap tidak seberapa itu.
"Baguslah kalau cedera tu tak serius... By the way, siapa yang tolak kau ke sini?" soal Chansung, mencari bayang anak-anak Eunkwang atau Chaerin. Matanya asyik disinggahi susuk tubuh pesakit lain.
"Tu haa... Jihyo. Sepatutnya dia dah discharged semalam, tapi dia beria nak jaga aku sebab risau. Trauma lagi agaknya," kata Eunkwang, kesal mengenangkan apa yang terjadi.
Anak perempuan kepada Eunkwang dilihat sedang bersembang bersama Jeongin, tidak jauh dari dua orang sahabat itu. Jihyo cukup senang melayan Jeongin yang tersipu-sipu setiap kali bercakap. Terkadang wajah Jeongin merah menahan malu. Entah apa yang dibualkan dua orang itu, bapa mereka masing-masing tidak tahu.
"Hari ni kau teman anak kau dekat wad ke?" soal Eunkwang, meniup ralit pergi daripada terus membaca gerakan mulut dua orang anak muda itu.
Chansung menoleh ke ke satu arah. Yugyeom yang duduk di salah sebuah bangku, sedang menunggu kehadiran seseorang.
"Nak kata aku, Krystal dan Jeongin jaga bergilir-gilir, tak juga. Bini aku nak teman tapi kalau Yugyeom perlukan apa-apa, Jeongin yang tolong. Aku pula rasa bosan sebab dekat rumah tiada siapa melainkan pembantu dan pemandu. Sudahnya, dengan aku sekali tidur dekat wad." Chansung ketawa, memikirkan satu keluarga berkhemah di wad yang menempatkan Yugyeom.
Eunkwang menyambut tawa dengan sengih lebar. Apa kurang keluarganya. Kalau Jihyo berdegil tidak mahu pulang, Christopher datang membawa comforter. Bila Eunkwang perlu menggunakan tandas, tenaga anak lelakilah yang diperlukan dalam membantu.
Datang Minhyuk dalam kalangan mereka. Tiada sapaan salam atau selamat, terus dia bertanya keadaan sahabatnya itu, "Sihat, Eunkwang?"
Jawapan yang sama Eunkwang balas. "Kaki terpeliut sikit je... Emma macam mana? Aku dengar perut dia cedera."
Riak Eunkwang menampakkan rasa risau. Sejak semalam, dia tiada kesempatan berjumpa Minhyuk apatah lagi bertanya khabar anak perempuan lelaki itu.
"Tu... Emma macam kau. Berkerusi roda buat sementara ni sebab nak elakkan dia daripada buat banyak pergerakan. But she's fine. Lagi-lagi kalau dah jumpa kumbang." Minhyuk sempat menepuk bahu Chansung, mengajak lelaki itu menyaksikan panorama cinta antara Yugyeom dan Emma yang sedang duduk berduaan setelah wanita itu bangun dan berkalih tempat dari kerusi roda.
YOU ARE READING
𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍: 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞
FanfictionBicara cinta tidak terungkap dengan kata-kata. Lebih indah jika digambarkan melalui ketulusan sang hati. Dua insan ditakdirkan bertemu dalam lingkaran teka-teki perasaan. Cantuman cinta disusun hingga tiada cebisan yang tertinggal. Namun, menjan...