❀ PROLOG ❁

169 20 22
                                        

Langkah kaki menyusuri sebuah padang

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Langkah kaki menyusuri sebuah padang. Hamparan kuning menyelit lantas menghiasi permaidani hijau yang memukau. Mata terhenti pada debunga terbang tinggi, meninggalkan perkarangan luas demi kelangsungan habitat. Sementara debunga yang mekar menanti saat sayap putih terbentuk halus.

Jari merasai jalur tekstur bunga kuning yang kukuh berdiri bersama dahan kecil. Manakala pipi disapa kelembutan bak sutera sang putih yang masih mampu melayari bayu.

Bunga dandelion, sejenis bunga kecil dan sederhana. Tidak seindah atau mempunyai keharuman seperti bunga lain. Tumbuh mekarnya dari kuntuman kuning lantas bertukar putih seperti debu.

Apa makna bunga dandelion putih?

Apa makna bunga dandelion kuning?

Dua suara datang silih berganti, menyatakan erti tersirat dua bunga yang mewakili dua jiwa.

"Bunga dandelion warna putih sebagai tanda keberanian, ketabahan, berdikari, dan kesinambungan hidup yang lebih baik..."

"Bunga dandelion warna kuning pula merupakan simbolik cinta, bahagia, gembira, harapan, dan kesetiaan..."

Jika diberi pilihan, warna bunga dandelion yang mana dijadikan lambang pemilik hati? Perlukah dua insan memilih salah satu atau mengambil keduanya sebagai peneman?

"Saya pilih awak..."

SPECIAL TAGS

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

SPECIAL TAGS

yugf_kim StayAhgasae CHANSH1NE aika_hr ahgase_forever_ arifahifahepah 

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍: 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang