✺ 27 ❋

72 14 389
                                        

"JIHYO, saya sedar semua ni terlalu awal buat kita berdua

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


"JIHYO, saya sedar semua ni terlalu awal buat kita berdua. Saya tahu perkenalan kita sekadar atas tugasan dan tidak pernah terkait dalam hal peribadi apatah lagi perasaan yang..."

"Argh!" Jeongin ketuk tepi kepala.

"Takkan aku nak cakap macam tu pula? Mahu dia flying-kick aku nanti. Haish..." Gemuruh pula rasanya. Ayat apa yang sesuai digunakan bagi meluahkan perasaan? Jeongin memunggah otaknya yang tidak menyimpan perkataan bagi dibuat luahan cinta.

Tangannya yang memegang sesuatu, dilihat supaya dapat menghilangkan rasa berdebar.

Sejambak bunga mawar pelbagai warna perlahan-lahan menerima kuntum senyuman. Cahaya pagi daripada sang matahari tidak menghalang Jeongin berdiri di tempat letak kenderaan berhampiran sebuah bangunan. Penantiannya diperjudikan. Dia tekad, dia akan luahkan semuanya hari ini.

"Bila Jihyo nak sampai ni...?" Jeongin mendecit.

Sebuah kereta BMW yang dikenali muncul di perkarangan hotel dan memasuki petak parkir khas.

Jeongin menggaru kepala hasil kesan daripada gugup. "Kenapa diorang mesti datang bertiga? Kenapa hari-hari nak carpool? Tak boleh ke sehari ni Jihyo drive sendiri?"

Apa yang perlu dibuat sekarang? Perlukah Jeongin mempersiakan usahanya ke sini, bersama jambangan bunga yang payah hendak dibeli kerana masa yang mengekang?

Jeongin fikir dua kali. Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Apa jua risiko selepas ini, Jeongin tidak kisah. Dia mengorak langkah semangat, menuju tiga beranak yang baru menapak keluar dari perut kereta.

"Selamat pagi, Pak Cik Eunkwang," sapa Jeongin. Bunga disembunyikan di belakang badan. Dia mengelak dari terlalu menonjol.

"Eh, Jeongin... Apa khabar, nak? Tak masuk kerja hari ni? Datang sebab nak sambung review ke?" soal Eunkwang. Jihyo dan Christopher sekadar tersenyum nipis lantas melahirkan curiga. Apa yang disembunyikan jejaka muda itu?

"Saya sihat, pak cik. Kejap lagi Jeongin akan ke butik. Er... Jeongin dah siapkan review. Pihak pemasaran pun dah terima video ulasan Jeongin. Lepas diorang upload dekat siaran YouTube hotel, baru Jeongin akan upload dekat siaran Jeongin sendiri," terang Jeongin kekacauan.

Kenapa perihal ulasan hotel pula disembang mereka? Cepatlah beritahu Jihyo, Jeongin...

"Chris masuk office dulu, papa," pamit Christopher.

Jihyo juga sama. Dia perlu uruskan hal restoran baru di hotel mereka. "Jihyo pun nak ma-"

"Nanti dulu!" tahan Jeongin. Dua beradik yang baru saja mengambil setapak langkah berjalan, berhenti mendadak. Hampir saja Jihyo berlanggar sisi tubuh Christopher.

Pelik Eunkwang dengan perangai Jeongin pagi ini. Tengok dahinya, berpeluh. Jangan kata dia dikejar para peminat sehingga tiba di hotel.

"Erm... Jeo-Jeongin... Err... A-ada benda nak cakap dengan pak cik, Abang Chris dan Ji-Jihyo." Kaki Jeongin menjengket dan menurun semula. Kembung pipinya mengumpul nafas, jadi kempis selepas dihembus keluar.

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍: 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang