✺ 24 ❋

73 14 324
                                    

MINHYUK merajinkan diri ke pasaraya di pusat bandar bagi mendapatkan ikan kegemarannya iaitu ikan kembung walaupun hari menginjak lewat petang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MINHYUK merajinkan diri ke pasaraya di pusat bandar bagi mendapatkan ikan kegemarannya iaitu ikan kembung walaupun hari menginjak lewat petang. Masak lemak ikan kembung bersama peria terngiang-ngiang di kepala lalu menusuk kekosongan anak tekak.

Tanpa ditemani sesiapa, Minhyuk pergi seorang diri. Setakat membeli ikan, tidak menjadi masalah buatnya. Dia sudah biasa keluar seorang diri membeli makanan basah. Hanya pagi tadi dia sedikit sibuk di dapur dan terpaksa meminta tolong daripada Joshua.

Setelah melakukan pembayaran, Minhyuk berjalan santai di kawasan kaki lima. Rata-rata orang awam di situ sedang dalam perjalanan pulang ke rumah. Ada yang berjalan kaki lantaran rumah berdekatan pejabat dan ada juga yang menggunakan perkhidmatan kenderaan awam bagi pergerakan mereka yang seterusnya.

"Eh, kedai kek ikan tu buka lagi? Singgah kejaplah," kata Minhyuk seorang diri. Tangan yang menjijit plastik berisi ikan kembung, dibawa bersama menuju ke sebuah warung di tepi jalan.

Langkah cerianya berhenti saat dia bertembung dengan Eunkwang. Lelaki itu jelas terperanjat dengan kemunculan Minhyuk di lokasi yang sama. Pasti dia mahu singgah ke kedai yang menjadi antara lokasi mereka bertemu jika ada masa terluang.

"Kau buat apa dekat sini?" Soalan Eunkwang berbaur jengkel.

"Kau tak habis-habis lagi nak marah aku ke? Kan aku dah cakap. Aku tak couple dengan anak kau. Suka pun tak." Penegasan Minhyuk tidak dapat mengubah mimik Eunkwang. Hatinya jangan cakaplah. Bertambah sakit agaknya.

"Ya ke? Anak aku lawa dan muda. Takkan kau langsung tak suka?" Sengaja Eunkwang menguji hati sahabatnya yang menolak Jihyo mentah-mentah. Masakan anaknya itu menyukai Minhyuk kalau bukan Minhyuk melayan sama?

"Kau nampak apa dalam plastik ni? Jangan sampai aku tampar kau pakai ikan kembung." Minhyuk menyirap. Eunkwang tidak reti bahasa. Sia-sia saja jika Minhyuk mengorbankan ikan kesayangannya nanti.

Eunkwang ketap bibir tanda geram. Hatinya belum puas. Dari tempatnya berdiri, dia melihat Minhyuk. Dia ingin membongkar kebenaran dengan membaca pergerakan anak mata Minhyuk. Kalau ianya teralih-alih dan mengelak, bermakna Minhyuk sedang menipu!

"Kenapa kau tenung aku macam tu?" Minyuk menyeringai. Kalau dada akhbar esok hari mempamerkan pergaduhan antara dua orang sahabat kerana cinta buta seorang anak sebagai tajuk utama, jangan salahkan dirinya.

"Bila korang nak berhenti bertekak ni?" tanya Chansung.

Eunkwang dan Minhyuk tersentak dengan kemunculan pemilik ladang lembu di antara mereka.

"Kau buat apa dekat sini, saudagar susu?" soal Eunkwang, separa marah kerana pertelingkahannya diganggu Chansung.

"Aku tengah cari lembu aku... Dia terlepas dekat kawasan bandar ni... MESTILAH AKU DATANG SEBAB NAK MAKAN KEK IKAN!" Chansung mencekak pinggang. Bodoh betul soalan Eunkwang. Sudahlah bergaduh di hadapan warung. Beberapa orang pelanggan tercengang melihat mereka bertiga.

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍: 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞Where stories live. Discover now