✺ 22 ❋

56 14 262
                                    

SALAH satu deria rasa terkesan oleh sebuah pengumuman mengejutkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SALAH satu deria rasa terkesan oleh sebuah pengumuman mengejutkan. Perut lapar menjadi kenyang namun tetap memaksa tuan empunya badan mengalas dengan isi. Maka, juadah yang menurun melepasi anak tekak akan terasa tawar.

Emma meletakkan pinggan di atas riba lalu dia memeluk tubuh. Potongan baked shrimp scampi hanya dijamah sesudu dua. Seleranya putus, seperti mana dia mahu memutuskan setiap helaian rambut Jihyo yang lurus rapi.

"Papa... Cuba bawa bersabar...," pujuk Christopher. Seluruh tetamu dan ahli keluarganya berkumpul dan memenuhi ruang tamu atas desakan Eunkwang yang boleh dikategorikan sebagai kurang waras pada detik ini.

Lihat saja bagaimana rambutnya diikat sanggul dan tangan memegang rotan yang seringkali dibawa Chaerin ke sekolah saban hari. Bapanya itu berjalan ke hulu ke hilir sambil menggerakkan rotan atas bawah. Akal sedang menyusun senarai nama orang yang mahu disebat.

Dua orang jejaka sedang tertunduk mengetap bibir dan berkerut kening bagi menahan tawa. Yugyeom dan Joshua menyumbat makanan ke dalam mulut bagi menghalang diri dari tergelak. Eunkwang dilihat tidak ubah seperti seorang pelawak yang cuba menzahirkan rasa marah membuak-buak.

"Betul tu cakap anak kau, Eunkwang. Kau tak perlulah rasa segan dengan aku. Kalau macam tu, aku dan anak beranak pulang dulu. Kau dan keluarga Encik Minhyuk berbincanglah," cadang Chansung. Dia menongkat lantai dan memberi isyarat kepada ahli keluarganya. Tidak molek jika mereka terus berada dalam perbincangan keluarga lain.

"Aip!" Eunkwang membulatkan mata. Hujung rotan berhayun saat tertunding ke arah sahabatnya itu.

"Siapa benarkan kau balik? Kau duduk! Jangan sampai aku ketuk lutut kau pakai tongkat tu. Duduk, aku cakap. Jangan ada sesiapa yang berani keluar dari rumah aku selagi perkara ini tak selesai." Eunkwang memberi amaran keras.

Krystal di sebelah Chaerin, telan liur. Ini tidak kelakar! Kenapa pula keluarganya perlu mendengar perbincangan yang langsung tiada kaitan dengan mereka?

Minhyuk berdiri bagi menenangkan keadaan kalut sahabatnya itu. "Eunkwang, bawa bertenang... Aku rasa ada salah faham dekat sini. Takkan anak kau-"

"Siapa suruh kau bercakap, setan? Ada nampak aku buka segmen pendapat atau nasihat? Tak ada, kan? Sekarang aku nak buka segmen soal jawab. Sejak bila kau couple dengan anak aku??" Eunkwang terus menggeletik. Menyebut perkataan berpangkalkan huruf 'C' sahaja, sudah menjentik emosi panas yang selama ini sejuk.

Minhyuk geleng sebagai permulaan dalam mempertahankan diri. Dia tidak pasti hendak rasa kaget atau ketawa tetapi nasibnya tidak dapat ditentukan pengakhirannya. Eunkwang mungkin sudah tidak kenal erti persahabatan.

"Aku tak couple dengan anak kau, weyh. Janganlah fikir bukan-bukan," nafi Minhyuk.

"Habis, macam mana Jihyo boleh suka dekat kau dan bukannya Joshua, anak lelaki kau yang lebih sesuai dan sepadan dengan Jihyo?" Eunkwang angkat muka berkali-kali, mendesak alasan jelas daripada Minhyuk.

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍: 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞Where stories live. Discover now