Bicara cinta tidak terungkap dengan kata-kata. Lebih indah jika digambarkan melalui ketulusan sang hati. Dua insan ditakdirkan bertemu dalam lingkaran teka-teki perasaan. Cantuman cinta disusun hingga tiada cebisan yang tertinggal.
Namun, menjan...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BERPULUH ruangan kosong yang ada, keluhan tetap terluah dari seseorang seolah-olah semua petak parkir sudah dipenuhi dengan kenderaan lain. Eunkwang mendecit di dalam kereta yang diletakkan berhampiran pintu masuk bagi pelawat luar.
Log panggilan kenalan dibuka dan nombor Chansung dicari. Eunkwang sedikit cemas melihat keadaan sekeliling.
"Hello, Eunkwang. Dah sampai ke?" tanya Chansung.
"Sudah, tapi kenapa lembu-lembu kau berkerumun dekat kereta aku? Diorang tak pernah tengok kereta ke apa?" gusar Eunkwang. Jika salah seekor merodok kereta miliknya, dia akan cadangkan Chansung mengadakan pertandingan laga lembu.
"Ouhh... Sejak anjing ladang aku mati, budak-budak tu jaga kawasan depan. Kau turun sajalah, jangan takut. Kalau diorang tanduk kau, kau tanduk diorang balik. Kepala kau kuat, kan?" usik Chansung. Berdekah-dekah tawanya menggiat Eunkwang.
Eunkwang menjauhkan muka dari telefon. Dia mengharapkan Chansung muncul menyambut kedatangannya, tetapi lembu pula menjadi wakil. Telefon disimpan dalam poket lalu sebatang payung diambil dari tempat duduk belakang.
"Shush!" halau Eunkwang sebaik saja menapak keluar dari kereta. Takut juga dia jika lembu-lembu itu semakin merapati dirinya.
"MooOO..." Lembu-lembu menguak serentak, seakan berkoir. Laluan diberikan kepada Eunkwang agar lelaki itu dapat memasuki kawasan ladang tanpa halangan.
"Uishh! Tak dapat bela anjing untuk jaga rumah aku, bela lembu pun jadilah," ngomel Eunkwang, berpaling ke belakang sekali-sekala. Mana tahu, dia diiringi lembu-lembu tadi seperti VIP.
"Hah, Eunkwang. Apa khabar?" Datang Chansung dari kilang memproses susu. Dia mendepakan tangan lalu Eunkwang dipeluk.
"Khabar baik. Kau sihat ke?" Pertanyaan khabar dibalas semula. Payung dibuka bagi menghadang cahaya matahari terkena kulitnya.
"Aku sihat. Kenapa kau berpayung pula ni?" tanya Chansung kehairanan. Adakah matahari sudah melebarkan hangatnya? Padahal, waktu baru menginjak pukul 8.30 pagi.
"Bini aku tak kasi kulit aku terbakar. Lagipun, aku tak pakai produk isteri kau. Aku tak ada masa nak tepek semua tu. Rimas aku," bebel Eunkwang sambil berjalan bersebelahan Chansung.
Chansung tersengih. "Aku pula, terpaksa pakai. Kalau tak, Krystal guna straw, tembak aku dengan biji bedak sejuk."
"Hahaha. Eh, sudahlah pasal bini masing-masing. Aku datang sini ada hal. Sebelum tu, aku nak tahu berapa banyak syarikat makanan atau pemborong berurusan dengan kau?" soal Eunkwang. Sambil-sambil itu dia dibawa ke sebuah kafe kecil milik Chansung. Tiada perkhidmatan makanan, ia hanya dipenuhi dengan produk susu dalam peti ais kaca.
"Selamat datang," sambut salah seorang pekerja kafe. Eunkwang balas dengan tundukkan kepala.
"Adalah dalam 50 syarikat. Kenapa? Kau nak produk aku masuk hotel kau ke?" tanya Chansung. Sebiji gelas diambil dari para lalu dituang susu coklat ke dalam. Eunkwang yang siap melabuhkan punggung di sebuah kerusi, dihampiri.