✺ 31 ❋

73 14 372
                                    

LOVESIGN Y&E

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LOVESIGN Y&E

He's mine

Emma. Awak tengah buat apa?

She's mine

Saya tengah tidur.

Yugyeom melepaskan nafas dan hujung lidah menolak dalam pipi. Keningnya ditekan jari yang menongkat sehingga terangkat. Diurut-urut hujung alis tersebut, bagi meleraikan simpulan serabut dek memikirkan Emma.

Wanita kesayangannya berada dalam fasa terasa hati, atau kata lainnya disebut sebagai merajuk. Sewaktu Emma dihantar pulang ke rumah, wanita itu langsung tidak menoleh memandangnya. Mimik muka mengalahkan orang yang sedang memberi tumpuan kepada pemanduan.

"Apa yang kamu menungkan tu, Yugyeom? Dari tadi ibu tengok kamu duduk dekat meja makan. Makan sikit, satu hal. Yang kamu tatap skrin telefon dari tadi, kenapa? Macam nak tembus skrin telefon tu kamu pandang," tegur Krystal berdekatan singki. Perkakas makan malam dibasuh sehingga bersih. Dilap dan disusun terus ke dalam kabinet.

Kalau bukan kerana soalan Krystal, tidaklah anak mata Yugyeom beralih dari telefon pintar miliknya. Dia perlahan-lahan bersandar pada kerusi, melihat ibunya mengelap pinggan terakhir yang telah dicuci. Dia berdiam ketika mana fikiran menyusun kata berlengkungkan soalan.

"Kalau ibu merajuk dengan ayah, ibu nak ayah pujuk macam mana?" tanya Yugyeom. Dalam banyak-banyak kemahiran, teknik memujuk orang adalah satu perkara yang tidak perlu dilakukan kerana dia bakal gagal sebelum mencuba.

Krystal mengetap bibir dan mengerutkan dahi. Lain benar bunyi soalan anak sulungnya itu.

"Bergantung kepada punca. Ibu tak ingat bila kali terakhir ibu merajuk dengan ayah kamu...," fikir Krystal. Dia mendekati meja makan dan menarik bangku sebelum melabuhkan punggung.

Yugyeom mengaitkan masalahnya dengan punca yang dikatakan Krystal. Agak sukar sebenarnya hendak meneka atau menembak cara yang sebetulnya dalam menjernihkan situasi.

"Kalau punca tu ada kaitan dengan perempuan lain? Katakanlah ada perempuan cuba dekat atau rapat dengan ayah." Yugyeom memberi gambaran masalah, lantas gambaran realiti yang dibalas ibunya adalah ketegangan bibir yang terjongket naik.

"Siapa betina tu?" tanya Krystal, menampakkan dua baris gigi yang mampu dibuat senjata untuk menyiat kulit orang ketiga.

Gulp! Yugyeom telan liur. Dia dapat bayangkan wajah Emma di balik wajah Krystal ketika ini. Terus dia tunding tangan.

"Haa... Riak muka menyinga macam ibulah yang Emma tunjuk siang tadi. Silap-silap soalan ibu tu, sama dengan apa dia fikir sekarang ni...," ujar Yugyeom kelam-kabut.

Tangan Krystal naik memeluk tubuh yang dihempas ketika ditopang pada kerusi. "Jadi betullah?"

"Apa yang betul?" Yugyeom menurunkan tangan. Kenyataannya tidak dilayan, sebaliknya perbualan dijadikan sesi soal siasat.

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍: 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞Where stories live. Discover now