BUNYI papan kekunci berhentakan kecil sejak tadi. Sepuluh jari dan sepasang mata membantu dalam menyelesaikan tugas mengulas tujuh muka surat kertas kerja yang dihantar pada saat jarum jam menginjak ke waktu tamat kerja.
Namun, kebiasaan orang berpangkat tinggi sepertinya mengheret masa lebih lama dan menyelesaikan tugas sehingga hentakan papan kekunci terakhir.
Christopher angkat jari dari komputer ribanya. Tangan mendarat pada tetikus. Bola mata coklat pekatnya bergerak dari kiri ke kanan, membaca setiap patah perkataan yang ditaip. Jika terdapat kesalahan ejaan mahupun penjelasan, Christopher akan baiki dengan perkataan yang lebih baik.
Bunyi interkom hinggap ke telinga. Seolah-olah sudah menghafal kedudukan butang jawapan, Christopher menekan tanpa memandang ke alat perhubungan di antaranya dengan pekerja lain.
"Tuan, Cik Jihyo minta saya beritahu tuan yang Cik Jihyo dan Tuan Eunkwang pulang bersama pemandu. Tadi Cik Jihyo telefon tuan tapi tuan tak angkat...," beritahu setiausaha. Dia juga turut bertapa di meja kerja. Tempias kesibukan Christopher terkena pada dirinya. Sibuk pengarah hotel itu, maka sibuklah dia.
"Okay. Ada apa-apa lagi?" tanya Christopher. Dia berhenti menyemak kertas kerja dengan mengambil peluang bersandar setelah merenggangkan badan.
"Cik Jihyo pesan supaya tuan hati-hati memandu sebab cuaca di luar tak berapa baik. Hujan lebat sekarang ni. Erm... Cik Jihyo nasihatkan tuan jangan pandu kereta laju sangat. Err... Sia-sia muka handsome tapi pemanduan ke laut. Tuan, Cik Jihyo yang cakap macam tu. Saya tolong sampaikan saja..." Terdapat sekelumit resah pada nada suara setiausaha Christopher. Jihyo mengamanahkannya menyampaikan nasihat tersebut tanpa ada satu pun tertinggal walaupun ia berbunyi perlian.
Christopher sempat tersenyum sebelum riak bersahajanya di lemparkan ke tingkap. Bidai yang menutup pemandangan luar menarik minat Christopher membuka bagi menyaksikan cuaca buruk yang dikatakan Jihyo.
Awan mendung sarat membawa air. Angin berperanan membantu pergerakan bersama beban itu. Sampai detiknya, limpahan kecil berduyun-duyun membasahi bumi Seoul.
"Mak aih. Lebat sangat ni. Tak nampak apa haa... Mahu tersalah jalan balik kalau macam ni..," bebel Christopher seorang diri. Penglihatannya menerawang ke bawah, menyaksikan pemandangan kabur penjalan kaki. Ada yang sanggup meredah hujan tanpa dilindungi lembaran payung. Mereka yang berpayung, mengerekutkan badan menahan sejuk.
Christopher bagai terjangkit dengan hanya melihat. Dingin alat penghawa bertambah sejuk, seolah-olah terkesan dengan cuaca sejuk di luar. Dia tidak tahan. Kaki mengatur langkah kembali ke meja. Perkakas kerjanya dikemas dan disumbat ke dalam beg. Kunci kereta bersedia berada dalam genggaman.
Pintu bilik pejabat ditolak dan saat itu dia bertukar pandangan dengan setiausahanya. "Awak pergi balik sekarang. Jadilah pemandu yang berhemah. Saya pulang dulu."
"Tiba-tiba sangat tuan aku ni," bisik setiausaha setelah Christopher menghilang dari ruang pejabat bahagian pengarah.
✺✺❋❋✺✺
NAFAS dihela di hadapan telefon pintar yang tegak bersandarkan botol air. Sambil menunggu kemunculan pengikut di ruang komen siaran langsungnya, Jeongin memperkemaskan helaian rambut yang terjurai menutupi sebahagian dahi.
JeonginFansPage
Yo! What's up?
BrowniesHangus
Yo!
Wajah didekatkan Jeongin ke skrin telefon. Di sebelah kanan atas ruang siaran, memaparkan dua puluh orang sedang menyaksikannya ketika ini. Jeongin membetulkan kedudukan di atas kerusi dan berdehem sebelum memulakan sesi tersebut. Senyuman seikhlas hati dan secukup rasa menghiasi bibirnya.
YOU ARE READING
𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍: 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞
FanfictionBicara cinta tidak terungkap dengan kata-kata. Lebih indah jika digambarkan melalui ketulusan sang hati. Dua insan ditakdirkan bertemu dalam lingkaran teka-teki perasaan. Cantuman cinta disusun hingga tiada cebisan yang tertinggal. Namun, menjan...