Perodua Myvi yang dipandu Reza meluncur laju di MRR2. Reza memaksa Faiz menaiki keretanya untuk ke Melawati Mall. Faiz dah janji nak belanja Reza malam itu, Reza pula menawarkan mereka pergi dengan menaiki keretanya. Yelah, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
Tony Roma's menjadi pilihan mereka malam itu. Setelah sampai di Melawati Mall, Reza dan Faiz segera menuju ke tingkat tiga mall itu. Eric telah menunggu disitu kata Faiz.
"Hey, my man how are you" tegur Eric kepada Reza. Lelaki cina bertubuh kurus tinggi lewat 20an itu membuka tangannya untuk bersalaman dengn Reza.
"I'm good Eric, how are you?" Balas Reza sambil membalas hand shake Eric.
Tangan kiri Eric memberikan satu butt slap kepada Faiz. Faiz cuma menjeling tajam kepada Eric, risau gerak-geri mereka diperhatikan customer lain didalam restoran itu. Reza tergelak kecil dengan gerak geri mereka berdua.
"So you nak order apa? Order je I belanja" kata Eric
"Laa you ke nak belanja, I ingat ada orang tu yang nak belanja" balas Reza sambil memandang Faiz. Faiz hanya tersengih kerang busuk sambil Eric memanggil waiter berhampiran.
"Bagi saya, lamb ribs and ice lemon tea" kata Reza kepada waiter wanita kusyuk mengambil pesanan. Eric dan Faiz masing-masing memesan wagyu ribeye dan beef ribs.
"Starter and dessert you tak nak ke?" tanya Eric
"You order je la apa-apa Eric, I makan je" balas Reza
"I order pork la kalau macam tu" balas Eric selamba. Reza dan Faiz tergelak kecil, nasib baik pork takde dalam menu.
"Kalau untuk sharing, saya suggest boleh try yang ni, Roma's sampler" waiter perempuan berlesung pipit comel itu mencelah.
"Nice, nice..ok la I take this one...Dessert?" soal Eric lagi
"Bagi saya mango cheesecake" balas Reza yang melihat menu dessert sepintas lalu
"I nak rich chocolate cake ni la..you nak apa?" soal Faiz kepada Eric
"Make it two" balas Eric
Order telah diconfirmkan, waiter berlalu pergi. Suasana di dalam restoran itu tenang sahaja, tidak ramai orang. Mungkin kerana malam ini bukan malam minggu. Cuma beberapa meja sahaja yang terdapat pelanggan yang dine-in
"So actually, Reza. We ada something nak bagitau you...Two things actually" kata Eric
"Apa tu? Dont't tell me kau nak suruh aku jadi pusher lagi" balas Reza selamba
"No, no of course not. Faiz dah cerita dekat I, u tak suka kerja tu and that night is your first and last. I pon taknak paksa you, and he's the one who wanted me and him to tell you face to face, right honey?" kata Eric
"First, aku nak bagitau kau yang aku dengan Eric are in a relationship. Just untuk bagitau kau la, nanti cakap aku sorok-sorok boyfriend pulak" sampuk Faiz
"Hahaha..tu aku tak terkejut dah boleh agak, firasat aku memang kuat dari jumpa haritu lagi" balas Reza
"And the second thing is, since Eric's father baru je serahkan all his nightclubs bisnes dekat Eric untuk handle, so you're looking at Olympus new business development manager" kata Faiz lagi
"Wow, that's great Faiz. I'm happy for you my man, ni baru la sesuai dengan qualification kau" kata Reza sambil memegang bahu Faiz
"So after this now more dancing on the stage ok babyboo..just dancing in front me only. I don't like other people to see your body, only me ok" seloroh Eric. Reza tergelak kecil.
"And I plan to expand Olympus to other states and neighboring regions, we're looking at Penang, KK, Singapore, Bangkok and maybe Hong Kong" Eric menambah
"That's wonderful Eric" balas Reza
"So starting next week, aku kene pegi outstation to all those places untuk tengok tempat, survey apa yang patut and maybe we can take over mana-mana club yang dying then bukak Olympus dekat situ..maybe sebulan dua aku pegi sana dengan Eric" tambah Faiz
"On a bussines trip or honeymoon trip?" soal Reza. Mereka bertiga tergelak besar sambil menikmati makan malam.
"Well, aku pon ada good news nak share...aku dah dapat kerja Creative Manager tu dekat Finsberry" kata Reza
"Wait, bukan kau kata haritu dia reject kau ke?" tanya Faiz
"Aaah, tapi pagi tadi HR tu call kata company nak hire aku. Aku nak tanya banyak pun dah speechless masa dia tu.. rezeki jangan ditolak" balas Reza
"Congrats man, finally you deserve something good!" kata Faiz sambil menepuk bahu Reza
"Tapi aku tak macam kau Faiz, dapat keje bagus lepastu dapat boyfriend anak tauke besar pulak tu" kata Reza mengusik Faiz dan Eric
"Finsberry is it? I macam kenal la dia punya big boss..itu Datuk Jalal rasanya but now anak dia dah take over, I lupa nama siapa nama dia, met him once during an event dekat Hilton.. macho and handsome I tell you anak dia tu." balas Eric
"Haa kau jangan nak berskandal dengan bos kau sudah la nanti" kata Faiz selamba
"Eleh, kau comolot dengan bos kau takpe pulak"
"Ok, ok. Let's cheers" kata Eric sambil mengangkat gelas red wine nya
"Here's to great future and bersamamu no more" kata Faiz sambil mengangkat gelas coke nya
"Cheers" Eric dan Reza mengikut. *Klink* gelas berlaga gelas
"Baby, bersamamu is what ah?" soal Eric kepada Faiz yang masih blur
Beep!Telefon Reza berbunyi, ada mesej masuk. Nama Budi kelihatan sepintas lalu. Selepas dia dan Budi bertukar nombor tempoh hari, ini kali pertama menerima mesej dari Budi.
"Salam, esok datang gym aku jom..training sama-sama"
"Wasalam..esok, aku keje petang bang.. aku datang pagi boleh?" Reza membalas mesej Whatsapp
"Boleh je Boy, aku ada situ pukul 10 pagi" balas Budi
"Ok beres bang, dalam pukul 10 lebih aku sampai bang" balas Reza
"(Emoji thumbs up)" balas Budi
"(Emoji OK)" balas Reza
"Eh 3 hari tak jumpa dah rindu ke abang sado ni. Ke dia nak try aku...Nampak macam straight Budi ni, tapi tak tau la..Ke cuma straight-act je, acah-acah. Belakang main jantan jugak.. .Ehhh tak la dia nak berkawan je tu. Jangan overthink Reza, macam la kau hot sangat! Jantan, betina nak tergila kau!" monolog Reza sendirian
"Haa..dah kenapa tersenyih sorang-sorang tu..dah ada boyfriend baru tak nak bagitau aku" suara Faiz memecah lamunan Reza
"Mana ada, kawan aku ajak lepak esok" balas Reza
"Lepak mana?" soal Faiz
"Gym dekat area coffee shop aku tu"
"Abang Sado haritu ke?" soal Faiz. Reza tidak mengiyakan, tidak menidakkan.
.....
YOU ARE READING
Take Care, Reza
General Fiction"So, tell me apa yang special sangat pasal buah hati kau tu?" soalan cepu emas dari Khairil "Entah la" balas Reza sambil menghirup americano nya "Aii buah hati sendiri pon tak tau?" "Susah nak cakap. Bila hati kau cakap dia..I guess, that's it!" "Tu...