39- Big Fat Secrets

455 13 0
                                    


"Bang, bapak Khairil meninggal"
"Malam ni aku balik malam skit, nak pegi tahlil dekat rumah dia"

WhatsApp mesej dihantar kepada Budi. Reza sebolehnya tidak mahu mengeruhkan hubungan dia dan Budi. Biarlah dia berterus-terang.

"Innalilah"
"Sampaikan salam takziah abang pada Khairil"
"Abang sorry sangat dengan apa yang abang cakap dan buat semalam"
"Maafkan aku yang bodoh ni Boy"
"Malam ni kita jumpa"

Mesej balas dari Budi.

"OK (Heart Emoji) (Kiss Emoji)"

Mesej balas dari Reza.

Tanah perkuburan Taman Tun Dr Ismail kelihatan suram dipetang itu. Berduka seperti apa yang dialami oleh orang yang menghantar jenazah. Rata-rata tetamu yang datang untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Datuk Jalal berpakaian berwarna hitam. Dari tadi Reza dapat melihat kelibat Maria. Dia sebolehnya mengelak untuk berjumpa Maria walaupun dia tahu Maria perasan keberadaannya disitu.

Reza berdiri disebelah Armand yang turut datang. Mereka berdiri agak jauh dari kubur yang digali. Biarlah ahli keluarga terdekat yang mendapat front seat. Walaupun bukan beragama Islam namun Armand tidak kekok datang ke situ. Malah bukan kali pertama dimenghadiri majlis pengkebumian.

Khairil dapat dilihat sedang menguruskan jenazah ayahnya untuk dimasukkan ke liang lahad. Dari jauh kelihatan seorang lelaki berumur lebih separuh abad mendekati Maria. Dia ditemani dua lelaki lain, bodyguard mungkin. Reza mengagak itu suami Maria. Si celaka yang mengupah orang untuk memukulnya tempoh hari.

"Kau pergi mana Razif lama aku cari tak jumpa?" Bisik Maria perlahan

"Kenapa rindu aku ke?" Tanya Razif

"Aku nak jumpa kau, lepasni. Ada benda aku nak bincang."

"Pasal anak ikan kau?" Tanya Razif

"Kalau kau tak nak satu Malaysia tahu rahsia kau. Kau jumpa aku lepas ni" ugut Maria.

Tiba-tiba muncul pasukan berpakaian uniform yang mengiringi seorang lelaki dalam pakaian oren. Sah pegawai penjara mengiringi banduan.

Kelihatan Datin Kamariah segera mendapatkan lelaki yang bergari itu. Dia memeluknya dan terus membawanya ke liang lahad. Untuk melihat jenazah buat kali terakhir. Air mata bercucuran dipipinya. Sekilas pandang Reza seperti kenal lelaki itu. Tapi tak logik kata Reza, pelanduk dua serupa mungkin.

Khairil dilihat memeluk lelaki tadi yang masih teresak-esak mengangis. Dia cuba menenangkannya, walaupun dia juga turut bersedih.

"Siapa tu?" Tanya Armand

"Entah aku pon tak tau..tapi nampak macam rapat dengan Khairil dengan mak dia"

"Bukan adik-beradik dia ke?" Soal Armand

"Khai anak tunggal" kata Reza

Tanah dikambus, talkin dibaca, tetamu yang hadir memberikan penghormatan terakhir. Ada yang menyiram air, ada yang meletakkan bunga di pusara. Lelaki misteri yang bergari tadi masih duduk di tepi kubur itu. Meratapi. Ditemani pegawai penjara yang memahami nasibnya. Khairil disebelah lelaki itu, memeluknya dari tepi.

Tetamu mula beredar. Reza dan Armand berjalan menghampiri kubur itu. Datin Kamariah masih lagi menangis disudut kubur. Reza menyedakahkan Al-Fatihah dan menyiram kubur itu. Khairil memandangnya, dia hanya tersenyum kembali kepadanya.

Pegawai penjara tadi membisikkan sesuatu ke telinga lelaki misteri tadi. Masa untuk pergi. Dia kembali berdiri, Reza memandangnya. Mata bertentang mata. Dua-dua seakan terkejut dengan apa yang mereka lihat. Sah, benar dia adalah siapa yang Reza fikir tak logik tadi.

Take Care, RezaWhere stories live. Discover now