Jam menunjukkan pukul 10 malam. Khairil mundar-mandir di ruang tamu rumahnya. Risau. Dah berpuluh kali dia menelefon Reza semuanya tidak diangkat. Hinggalah tidak dapat dihubungi. Habis bateri mungkin. Datin Kamariah hanya melihat sahaja gelagat anaknya."Khai kenapa ni?" Soal Kamariah
"Reza tak angkat call"
"Ala kejap lagi balik la tu..dia pegi lepak dengan kawan dia kot"
"Biasa dia tak macam ni ma..dia akan bagitau nak pegi mana-mana..ni dah call banyak kali pun tak angkat"
"Gaduh ke?" Datin Kamariah sengaja meneka
"Mana ada....semalam je...Petang tadi dah baik dah"
Datin Kamariah mengambil telefonnya dan cuba menelefon Reza. Hanya operator dihujung talian. Tidak dapat dihubungi.
"Bateri phone Reza mati kot..takde apa-apa lah tu..mama naik tido dulu"
"Yelah..Khai nak pegi rumah Reza jap lagi, mana tau dia ada dekat sana..tak sedap hati"
"Suka hati Khai la, kalau apa-apa bagitau mama" balas Datin Kamariah dan masuk kebiliknya. Khairil hanya mengangguk setuju.
.....
Zack baru hendak melelapkan matanya. Katil saiz king bertilam empuk itu hanya untuk dia seorang. Tangannya meraba suis lampu diatas meja sisi. Ada frame gambar dia dan Reza disitu. Dia merenungnya sebentar.
"I'm sorry Boy" perkataan yang sering diucapkan setiap malam sejak kebelakangan ini. Lampu dipadamkan.
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk laju. Seakan ada urgency. Zack segera membuka pintunya. Saiful, orang yang paling dipercaya dimuka pintunya. Tercungap-cungap. Ada sesuatu yang ingin dikatakannya.
"Apahal kau ni?" Soal Zack
"Bos, Reza dah kene tangkap dengan Razif"
"Celaka! Budak kita tak buat kerja ke?"
"Dia rembat Reza dekat parking dalam pejabat..budak kita takde dalam tu"
"Bodoh! aku dah cakap suruh keep close dengan dia kan..ahh sial la!!"
"Razif nak bunuh dia, macam mana bos buat anak dia mati"
"Sial! Aku tak bunuh anak dia. Dia yang buat anak dia jadi macam tu" tegas Zack
"Tau dekat mana dia bawak Reza?"
"Gombak, markas dia"
"Kau panggil budak-budak kita...kerahkan semua yang dekat KL..ni antara hidup dengan mati, bagi aku 5 minit..jap lagi kita gerak" arah Zack.
Saiful mengangguk faham tanda setuju dan berlalu pergi. Zack masuk kebiliknya. Baju dan seluar disarungkan kemas. Dua pistol diletakkan kedalam poket khas dijaket kulitnya. Pisau kecil diselit didalam bootnya. Rambut yang separuh beruban disisir rapi kebelakang. Ada gaya.
"Salah aku, anak aku yang kene..ah sial!" bebelnya sendiri
.....
Khairil menyarung hoodie hitam bersama jogger pants. Dia mahu ke rumah Reza. Mana tahu Reza disana. Mungkin merajuk lagi? Entah. Dia masih confused. Dia cuma risau, ada yang tak kene kata hatinya.
Khairil melangkah keluar. Ada kelibat seseorang di pondok pengawal rumahnya. Seakan sedang bercakap dengan guard, mahu berjumpa seseorang. Dia terus kesitu dan matanya memandang kearah lelaki yang datang itu. Sudah lewat, siapa yang datang pada masa-masa begini? Mata bertentang mata dia kenal lelaki itu. Budi!
YOU ARE READING
Take Care, Reza
General Fiction"So, tell me apa yang special sangat pasal buah hati kau tu?" soalan cepu emas dari Khairil "Entah la" balas Reza sambil menghirup americano nya "Aii buah hati sendiri pon tak tau?" "Susah nak cakap. Bila hati kau cakap dia..I guess, that's it!" "Tu...