19- Triple Shot Vanilla Latte

834 14 0
                                    


"Morning Reza, macam mana dekat sini, ok?" tegur Anna yang berada di pantry sedang membaca sesuatu

"Morning Anna, so far so good" balas Reza

"Semalam lama jugak you jumpa bos" tiba-tiba soalan maut terpancul keluar

"Lama ke? Ntah la dia tu banyak borak-borak pasal company je" temberang Reza.

"Oh really"

"Eh you tengah baca apa tu? berkerut semacam je" Reza cuba tukar topik

"Oh ni, I tengah figure out how this coffee machine work, boss suruh I buat coffee. Machine ni pulak baru je sampai kelmarin semua tak familiar lagi" balas Anna

"Takpelah, meh saya tolong"

"Dia nak coffee apa" soal Reza

"Dia kata nak vanilla latte..triple shot espresso, Anna pon tak tau macam mana nak buat..nak google jap lagi"

Reza sedikit terkejut dengan pilihan kopi Khairil. Masih sama macam dulu.

"Kemain bos suruh you buat susah-susah"

"His favourite ni, biasa I beli dekat coffee shop bawah tu je. Now sebab dah ada benda ni kene la buat sendiri" balas Anna

"Saya buatkan awak tengok steps. Nanti esok-esok boleh buat sendiri"

"Eh you tahu ke nak buat and pakai machine ni?" Soal Anna

"Watch and learn"

Reza memulakan aksi baristanya. Ada beberapa syrup yang belum dibuka ditepi coffee machine itu. Hazelnut, caramel & vanilla. Reza menekan dua pam vanilla syrup. Tiga shot espresso dimasukkan kedalam, dikacau sedikit bersama vanilla syrup tadi. Susu full cream distim dengan sempurna. Susu yang panas itu dimasukkan kedalam campuran tadi perlahan-lahan. Kemudian membentuk satu corak yang artistik. Latte art!

"Wahhh Reza, kalah coffee shop dekat bawah tu ni" puji Anna yang cukup impressed.

"I used to be a barista Anna, kalau order macam ni kacang je..you nak tak? I boleh buatkan"

"No thanks Reza, I tak berapa suka minum coffee, nanti asyik nak ke toilet je" balas Anna

"One large cappuccino please" tiba-tiba kedengaran suara Armand. Entah bila dia berada disitu

"Tak yah Reza, jangan layan si Armand ni, mengada je lebih..saya pegi dekat bos dulu, thanks tau" balas Anna dan berlalu pergi

"Ane cappuccino takda ne, itu kopi susu ada" Reza berseloroh dalam dialek mamak

.....

"Boss nah your coffee for today..triple shot vanilla latte" kata Anna

"Haa letak situ nanti saya minum"

"Ala rasa la dulu Bos"

"Terer awak buat, siap ada latte art macam dekat kedai..impressive!" Balas Khairil

"Hahaha terer kan..tak la bos actually manager baru tu yang buatkan, terer betul dia"

"Oh really! That's good" Khairil cuba menyembunyikan perasaan sebenarnya.

Kharil menghirup kopinya dengan perlahan. Dia mahu menikmati kopi itu sepuasnya. Telah lama dia tidak merasa air tangan Reza. Dia betul-betul teruja. Memori lama bermain-main difikirannya.

Take Care, RezaWhere stories live. Discover now