26- The Troublemaker & The Heartbreaker: Part 1

661 21 0
                                    


2003

Petang itu angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Reza termenung jauh. Tangki air diatas bukit itu adalah port nya. Menegangkan diri, bersendirian.

Baru tiga bulan dia bersekolah disini. Selepas mendapat keputusan cemerlang 8A dalam PMR. Dia akhirnya berjaya menempatkan diri ke sekolah ini. Seperti apa yang dimahukan ibunya. Sekolah Asrama penuh yang terkenal di Malaysia. Sekolah elit yang hanya untuk menegah atas.

Kawan? Entah ramai yang berpuak sini. Puak dari sekolah lama. Mungkin mereka sudah selesa bersama. Reza cuma dari sekolah harian biasa. Tiada kenalan lama. Lone wolf!

Sebatang rokok yang diminta dari cleaner tengahari tadi diletakkan ke bibirnya dan diasapkan. Sedutan pertama dia terbatuk-batuk. Lama-lama dia okay.

"Aii sedap rokok" tiba-tiba ada suara menegurnya

Reze terkejut. Entah dari mana datangnya Cikgu Ali. Cikgu pendidikan seni kelasnya, coach bola sepak dan warden disitu. Ahh kantoi! Reza cuba menyorokkan rokoknya.

"Tak payah nak sorok saya nampak..bak sini rokok tu!" Kata Cikgu Ali sambil duduk disebelah Reza.

"Gudang garam ni orang tua je hisap" Cikgu Ali membuang dan memijak rokok tadi

"Maaf cikgu, saya..." balas Reza tersekat

"Saya taknak hukum awak Reza. Kita habis sampai sini je.."

Reza hanya mengangguk

"Terima kasih cikgu"

"Kenapa tak join kawan-kawan lain pegi riadah, main bola ke?"

"Kawan? Saya mana ada kawan dekat sini cikgu"

"Takde kawan. Kenelah cari" balas Cikgu Ali

"Entah la cikgu, saya cuba jugak berkawan..tapi..entahlah, diorang lain. Saya lain.."

"Cikgu pun dulu macam awak Reza. Kita orang biasa-biasa dari sekolah biasa. Tiba-tiba dapat masuk sekolah macam ni..nak adapt tu memang susah skit..nak cari kawan pon susah jugak.."

"Tapi orang biasa macam kita ni lah yang berusaha keras nak masuk sini. Saya boleh kata 50% yang masuk sini ada kabel, ada duit boleh hulur bawah meja..janji anak dapat masuk sekolah bagus"

"Mana cikgu tau semua ni?"

"Cikgu tau la, top secret"

"Rabu minggu datang padang..join team bola sekolah training" tambah Cikgu Ali

"Tapi..saya tak reti main bola, selection pon saya tak join haritu"

"Dah laa hisap rokok, lepastu nak menipu saya pulak?" Tanya Cikgu Ali

"Maksud cikgu?"

"Cikgu tau awak Reza. Bola sepak wakil negeri Selangor bawah 15, naib juara pencak silat daerah, juara pertandingan poster merdeka peringkat kebangsaan dua tahun berturut-turut..ha apa lagi.."

"Awak ingat sekolah ni tengok 8A awak tu je ke nak masuk sini. Berlambak lagi orang 8A..lainlah ada kabel anak 6A pon dah hello hello..terpaksa singkirkan yang lebih layak.." balas Cikgu Ali

"Jadi cikgu stalk saya ke?" Reza sekadar bergurau

"Hahaha..takdelah. biasanya kelas yang saya mengajar. Saya akan tengok dulu latar belakang students saya..and you're one of the good one!"

Reza hanya tersimpul malu. Bangga diri sekejap.

"Rabu depan datang padang pukul lima. Bawak boot. Jangan lambat!"

Take Care, RezaWhere stories live. Discover now