Pagi itu indah seperti biasa. Deruan ombak mengalunkan irama yang mendamaikan. Kicauan burung seolah yang menyanyikan lagu yang paling ceria, mengetuai simfoni alam pagi itu. Reza masih lagi lena. Mentari pagi yang memasuki ruang villa itu dihadang oleh bidai yang ditarik separuh.Ada jari kecil yang mengorek mata Reza dari tadi. Dia menepuk-nepuk pipi Reza.
"Da-da" katanya
Reza terjaga dari tidur. Eizara duduk disebelah mukanya seolah sedang mengejutkannya. Entah bila dia naik kesini. Mungkin Khairil yang mengambilnya. Reza tersenyum lebar melihat Eizara dihadapannya. Dia mencium pipi montel Eizara. Khairil kelihatan masih tidur disebelah Eizara. Reza membelai lembut rambutnya. Dia bermain bersama Eizara dahulu diatas katil.
Khairil terjaga bila terdengar suara anaknya yang gelak tak henti dari tadi. Dia melihat Reza sedang bermain dengan Eizara disebelahnya. Reza memandangnya. Satu ciuman hinggap di pipi Khairil.
"Morning" kata Reza
Khairil tersemyum. Pagi yang paling bahagia padanya. Pandangannya kearah Reza tidak dilepaskan, seakan rindu yang terlampau dalam.
"Bila kau angkat Zara naik sini?" Soal Reza
"Subuh tadi, dia nangis..aku angkat sini tepuk-tepuk bagi susu.. lepastu dia sambung tidur"
"Tak sedar pulak aku"
"Aku tengok kau tidur nyenyak, malas nak kacau"
"Penat beraksi malam tadi" balas Reza selamba. Khairil hanya tergelak kecil.
"Apa plan harini?" Soal Reza
"Entah aku ikut kau je"
"Eh aku pulak..kau yang nak holiday sangat" balas Reza
"Kalau ikut aku, nak spend time dalam ni je"
"Sini ada nak buat apa? Buat anak lagi?" Sindir Reza
"Why not?"
"Tak nak aku hari-hari kene dengan kau..boleh buasir" seloroh Reza
"Konek aku power kan? Mesti kau rindu lama tak dapat.." Balas Khairil
"Apa benda kau ni depan Zara" gurau Reza sambil menutup telinga Eizara. Khairil hanya tergelak.
"Kita ronda la..naik cable car ke, pegi Pantai Chenang ke, mama kau bukan pesan minyak gamat ke haritu?" Soal Reza
"Yelah anak kesayangan Datin Kamariah" sindir Khairil
"Eh marah ke" soal Reza
"Tak la, jeles..menyesal aku bawak kau jumpa mama aku balik"
"Hahahaha itu namanya takdir..lagipun kau kenelah berkongsi kasih sayang dengan orang yatim piatu macam aku ni" seloroh Reza
"Mama aku sayang kau lebih, anak aku pun kau rampas" kata Khairil dengan nada sedih.
"Alololo..siannya dia. Meh sini dekat abang" Reza mendekatkan diri kepada Khairil sambil mengangkat Eizara. Dia mencium romantis dahi Khairil.
"Nah ambik ni..nak anak kau sangat kan?" Reza memberikan Eizara kepada Khairil. Diletakkan punggung Eizara dimukanya. Pampersnya telah penuh. Reza perasan Eizara baru sahaja buang air besar. Masam. Reza berlalu pergi dari situ.
"Kau kurang ajar kan Shah, benda-benda busuk suruh aku setelkan..main-main semua kau yang buat..last-last anak aku sayang kau lebih..aku yang buat keje belakang tabir, kau yang dapat nama"
"Hahahaha..ala dengan aku pon nak berkira ke?"
"Ahh takde, benda macam ni kene berkira"
"Pa-pa"
YOU ARE READING
Take Care, Reza
General Fiction"So, tell me apa yang special sangat pasal buah hati kau tu?" soalan cepu emas dari Khairil "Entah la" balas Reza sambil menghirup americano nya "Aii buah hati sendiri pon tak tau?" "Susah nak cakap. Bila hati kau cakap dia..I guess, that's it!" "Tu...