2- Brotherhood

1.3K 24 0
                                    


Jam menunjukkan pukul 9 pagi. Reza yang masih tertidur digerakan dengan bunyi panggilan telefon bertubi-tubi.

"Hello, boleh saya bercakap dengan Encik Shah Reza"

"Yes, speaking"

"Encik, saya Saida dari Firstbank, loan encik dah 3 bulan tertunggak"

"Ye saya tau, saya nanti saya ada duit saya bayar la"

"Takboleh macam tu encik, ni dah lewat sangat ni notis pon kita dah hantar, payment dari encik masih tak dapat"

"Awak tolonglah faham saya, saya memang ada masalah kewangan ni, bukan sebelum ni saya tak bayar pon, cuma tahun ni je saya ada masalah sikit"

"Macam ni lah encik, kalau tak boleh jelaskan semua pon. Encik jelaskan 2 bulan punya bayaran pon dah kira okay. Saya bagi masa 5 hari encik untuk jelaskan RM2600"

"Tapi.."

"Kalau encik dapat jelaskan, kami terpaksa ambik tindakan mahkamah"

Reza lantas mematikan panggilan telefon itu, dan menggaru garu kepalanya. Telefonnya dicampak ketepi katil. 

"FUCKKKK!! mana aku nak cari 2600 dalam masa seminggu" jeritnya kuat sambil menghempas pintu bilik

Faiz yang tidur di atas sofa di depan TV tersentak dari tidurnya

"Woii kau kenapa, macam mati bini. Aku nak tidur pon tak senang la siot" sentak Faiz

"Kau tido depan ni pehal, bilik tu buat apa? perhiasan?" sindir Reza

"Huk aloh mung ni, kalau seharian tak amuk tak sah ke, cuba lah ceria-ceria sikit dipagi hari" bebel faiz

"Ceria mung! pagi-pagi ada ceti bank bodo mintak hutang"

"Berapa?" balas Faiz ringkas, 

Dia tahu kedudukan kewangangan Reza yang tak stabil sejak kehilangan kerja setahun lalu. Reza masih gagal mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kelayakannya. Tambahan pula dia musim ekonomi yang tidak menentu. Sedangkan Faiz yang juga MBA holder tidak bekerja setaraf dengan kelayakannya. But hey you gotta do what gotta do to survive!

"Two thousand and six hundred only" balas Reza sinis

"Banyak tu, aku nak tolong banyak tu pon takde beb, setakat 4,5 ratus boleh lah.. duit aku bulan ni banyak bagi dekat kakak aku sakit dekat kampung"

"Takyah lah Faiz, kau dah banyak tolong aku, pandai-pandai la aku cari, rompak kedai emas ke apa" balas Reza

"Kau benda penting macam ni pon taknak serius kan? duit gaji dekat coffee shop dengan bawak grab dah habis dah ke?" tanya Faiz

"Ada la dalam 2,3 ratus lagi tinggal, bayar sewa haritu..bayar kereta, beli barang-barang itu ini" balas Reza sedikit tercungap-cungap sambil buat sit-up.

"Tu la aku dah suruh kau cut expenses kau tu dari dulu lagi, stop la rokok at least boleh jimat seratus dua sebulan... Orang bawak Grab keluar pagi-pagi, kau budak nak balik sekolah pon tak keluar-keluar lagi" bebel faiz

"Here we go again, tu dia mak nenek dah start bebel..bla bla bla" sindir Reza sambil berjalan masuk kebiliknya malas mendengar bebelan Faiz.

....

Malas mendengar bebelan Faiz yang akan berlarutan sekiranya dia masih disitu. Reza meneruskan exercise rutin hariannya dibilik. Reza memang menjaga penampilannya. Sejak dia memotong membership gymnya, dia hanya exercise di rumah takpun outdoor gym ditaman berdekatan rumahnya.

Usai mandi dan membersihkan diri. Deodoran Rexona botol kuning dicalit di ketiaknya yang baru ditrim. 

"Aduh pedih pedih" 

Reza menyarung t-shirt putih di badannya yang fit and tonned, dipadan bersama bomber jacket hitam dan jeans slim fit Levi's biru gelap melengkapkan gayanya. Abang Grab pon mesti ada gaya, barulah rating tak jatuh, itu kata Reza.  Perfume Acqua Di Gio sebagai finishing touch gayanya pada hari itu. Walaupun copy-ori, jadilah asalkan baunya 80% sama.

"Oi, Abang hensem tapi garang, nak gi mana wangi-wangi ni" tegur Faiz yang sedang menonton TV

"Nak pergi bawak Grab la..nanti ada mak nenek bebel lagi" balas Reza

"Beb, malam ni ikut aku pegi tempat kerja" pelawa Faiz

"Buat apa, tak nak la aku. Kau tau kan aku tak berapa suka tempat kau tu" 

"Alah jomla, aku boleh tanya-tanya bos aku, kot-kot ada job untuk kau, boleh jugak topup nak bayar hutang tu"

"Ermmm.. tengoklah macam mana" balas Reza

"Aku nak tolong kau ni...Pukul 6 balik tau, kita pergi sama-sama" 

"Aku fikir dulu..nanti aku text kau" balas Reza ringkas. 

Reza sebenarnya tidak suka dengan tempat kerja Faiz walaupun dia hormat keputusan Faiz bekerja disitu bagi menampung hidupnya. 

Faiz yang dikenalinya melalui mutual friend sejak 8 tahun lalu dah dia anggap seperti abangnya.

Walaupun Faiz lebih muda dari Reza tapi dia lebih matang dalam banyak perkara. Dah dekat hampir satu dekad yang penuh suka duka, susah senang, mereka tempuhi di Kuala Lumpur, kotaraya penuh tipu daya.

Ini kotaraya talam dua muka
Katanya madu kau disuap cuka
Selepas dibelai hatimu di luka
Di pijak kepala lepas di beri muka
 -Kotarayaku, Altimet ft Noh Hujan-

.....

Take Care, RezaWhere stories live. Discover now