52- Parents

393 12 0
                                    


Zack menghirup kopi pagi itu dengan nikmat. Kopi luwak premium quality yang diimport dari Indonesia. The most expensive coffee in the world. Salah satu bisnes halalnya. Dia menikmati pagi itu seperti pagi-pagi yang lain. Aman damai. Hidup didalam hidden edennya sendiri. Tiada gangguan, tiada hutan konkrit, hanya hutan semulajadi.

Orang kanannya yang paling dia percaya, Saiful datang kearahnya. Seperti ada sesuatu yang ingin dikatakan.

"Bos, ada berita pasal Reza"

"Apa dia?" Tanya Zack

"Dia pecah masuk rumah Razif semalam dengan kawan dia"

"Dengan siapa?" Zack tak sedap hati. Dia tidak mahu Reza jadi sepertinya. Penjenayah, mafia, samseng, apa sahaja yang dilabelkan kepadanya.

"Anak Jalal, bekas menantu Razif"

"Apa diorang buat?"

"Tak tau bos, budak-budak kita tak nampak apa diorang ambik, tak tau kalau ada benda lain yang diorang buat"

Zack terdiam seketika. Cuba memikirkan sesuatu. Reza seperti sudah jadi sepertinya dahulu, pecah masuk rumah orang perkara biasa. Namun dia lakukannya dari usia lebih muda.

"Anak Jalal tu bahaya?" Soal Saiful

"Tak..setahu aku dia kawan Reza dari sekolah" balas Zack

"Takpe kau suruh budak kita tengok-tengok kan macam biasa..jangan sampai budak-budak Razif buat apa-apa dekat dia..lepastu kalau tau diorang buat apa dekat rumah Razif, bagitau aku" arah Zack

"Baik bos"

.....

Petang ahad itu cerah seperti biasa. Khairil berenang di dalam kolam, Reza bermain dengan Eizara di kolam kecil. Pelampung comel diletakkan disekelilingnya. Sesekali Khairil datang mengacau, bila Eizara merengek ,dia lari. Datin Kamariah hanya ketawa kecil melihat gelagat anak dan menantu baru rahsianya itu. Secawan teh dihirup penuh nikmat.

Khairil naik dari kolam. Tuala diletakkan di lehernya setelah mengelap badannya. Dia duduk disebelah mamanya. Teh dituang kedalam cawan, kek butter dia cubit dan disuapkan ke mulutnya. Datin Kamariah sempat menampar tangannya. Tak beradab katanya. Khairil hanya tersenyum sengaja dia berbuat begitu, tahu mamanya akan marah.

"Khai happy sekarang?"

"Maksud mama?"

"Tu" kata Datin Kamariah ringkas sambil memandang kearah Reza dan Eizara yang masih didalam kolam.

Khairil hanya tersenyum gembira. Dia menghirup teh yang dituang tadi.

"Everything I ever wanted ma, cuma I wish Eizlan was here"

"Tak semua kita nak kita akan dapat Khai..ada hikmah mungkin"

Perbualan dua beranak itu dikejutkan dengan maid mereka yang datang dengan tergopoh-gapah, berlari tak cukup nafas.

"Datin, datin.." dia mengah

"Kamu kenapa ni?"

"Ada polis dekat depan"

"Polis? Kenapa?"

"Cari Tuan Khairil"

Datin Kamariah tersentak. Khairil yang sedang menghirup teh, menyemburkan keluar. Terkejut. Apa salahnya?

Take Care, RezaWhere stories live. Discover now