48- B*BI

486 12 2
                                    


"Kau tunggu dalam kereta je la" kata Khairil.

"Betul ni?" Soal Reza

"Ye, don't worry"

Kereta Range Rover Evoque Khairil yang dipandu Reza telah masuk kedalam perkarangan rumah Datuk Razif. Khairil telah menelefonnya dari semalam. Mahu berjumpa dengannya. Urgent katanya. Baru hari ini Datuk Razif ada kelapangan.

Inspektor Megat yang menelefonnya beberapa beberapa hari lepas membuatkan Khairil lagi tak tenang. Katanya Abu yang telah mati ditembak semasa raid polis di tempat persembunyiannya. Keadaan menjadi semakin sulit. Seperti ada sesuatu yang tidak kene.

Khairil melangkah masuk kedalam banglo itu. Kedatangannya seperti dinantikan. Orang kanan Datuk Razif membawanya masuk kedalam. Kelibat Datuk Razif di ruang rehatnya. Sedang menghisap cigar dan bercakap didalam telefon. Khairil duduk dihadapnnya tanpa disuruh. Telefon dimatikan.

"Khai, how are you? Lama tak jumpa.." sapa Datuk Razif

"I'm fine" balas Khairil

"Eizara apa khabar?"

"Zara ok je" balas Khairil acuh tak acuh

"So apa yang penting sangat ni?"

Khairil memandang tepat kemata Datuk Razif seperti mahu ditelannyan. Razif hanya membiarkan.

"I know everything"

"Maksud Khai?" Razif cuba mendapatkan penjelasan dari Khairil

"You kill your wife" balas Khairil tegas

"Oh wait not only you wife, your only daughter and grandson" tambah Khairil

Datuk Razif terkesima. Dia tidak menyangka apa yang diperkatakan Khairil. Pecah lubang.

"Apa yang Khai cakap ni..kan polis dah cakap guard tu yang buat"

"Dah jangan ingat aku bodoh. Abu dah bagitau aku sebelum dia mati. Aku ada CCTV footage Abu bagi. Sebelum dia mati" Khairil tegas

Sekali lagi Datuk Razif tergamam. Dia tidak menyangka Abu lagi licik darinya.

"Look I can explain"

"Then explain lah!"

Razif menarik nafas panjang. Cigarnya disedut dalam. Asap dihembus keatas, perlahan.

"Yes betul aku yang suruh Abu letak benda tu. Tapi aku cuma targetkan Maria je..Aku tak sangka Nasha dengan Eizlan naik kereta tu sekali. Abu pun bodoh" rintih Razif

"Tapi kenapa nak bunuh Maria macam tu sekali?"

"Kau takkan faham Khai"

"Try me!" Balas Khairil

"Sebab dia ada hubungan dengan Reza?" Soal Khairil

"Look Khai, aku menyesal buat apa yang aku buat haritu. Aku memang tak sangka Nasha dengan Eizlan terlibat sekali..She's my only daughter"

"Sebab Reza jugak Maria jadi macam tu. Aku tak tahu minyak dagu apa budak celaka tu sapu dekat Maria. Maria dah pandai ugut aku, konon jangan kacau hidup dia dengan anak ikan dia..Memang patut dia mati."

Khairil geram. Dia menggegam tangannya. Kalau boleh dia mahu menumbuk muka Razif sekarang juga.

"Anak aku mati, anak kau pun mati. Tapi cara kau cakap macam takde apa-apa penyesalan pon...Walaupun salah kau"

"Semua orang ada cara masing-masing. Maybe aku tak lemah, aku cepat move on dengan hidup aku" balas Razif cuba berselindung.

"Oh ye, aku nampak kau dengan Reza kawan baik? Suka pulak kau berkawan dengan anak ikan bekas mak mertua kau? Tak sangka pulak dia kerja dekat Finsberry" kata Razif

Take Care, RezaWhere stories live. Discover now