43- Pagi yang gelap

465 17 3
                                    


Pagi-pagi lagi Reza telah menunggu Khairi di Tanah Perkuburan Tun Dr Ismail. Walaupun tidurnya tak lena semalam terkenangkan apa yang Budi buat tapi dia gagahkan juga. Espresso dah dia teguk 4 shots tadi. Tenaga dari caffeine.

Harini bukan untuk dia. Hatinya yang dipatahkan Budi, dia simpan jauh-jauh dulu. Harini ini untuk Khairil. Dia harus berada disini demi Khairil. Kuatkan diri supaya Khairil lebih kuat.

Hari jumaat itu hujan renyai. Hujan rahmat mungkin. Pengebumian arwah Maria, Nasha dan Eizlan dibuat didalam satu liang lahad. Ketibaan jenazah ketiga-tiganya disambut keluarga terdekat. Khairi mendukung arwah anaknya. Kelibat Razif turut berada di barisan hadapan. Memerhatikan arwah isteri dan anaknya dikebumikan. Kehilangan Nasha dan cucunya tidak dapat diterimanya. Ini bukan sesuatu yang dia jangka.

Khairil meletakkan sendiri jenazah anaknya. Air mata yang bercucuran dapat dilihat. Reza memerhatikan dari tepi. Datin Kamariah yang menangis tak henti ditenangkan oleh ahli keluarganya yang lain.

Tanah dikambus, talkin dibaca. Kubur mereka bertiga betul-betul bersebelahan dengan kubur arwah Datuk Jalal. Tanah kuburnya masih merah.

Wangian bunga kemboja yang rimbun dia kawasan perkuburuan pagi itu tidak mampu membendung rasa sedih, pilu. Khairil masih teresak-esak meratapi kehilangan. Paling dirasai kehilangan anaknya. Reza yang menemaninya ditepi hanya mampu memeluknya dari tepi. Tetamu lain yang hadir hanya memerhati dan membacakan doa.

Kelibat staf Finsberry yang lain turut kelihatan. Seperti memberi semangat kepada Khairil. Anna, Armand, Nadia dan beberapa colleagues lain ada disitu. Sofia sebolehnya mahu berada disitu tapi apakan daya, kalau dia datang siapa nak jaga front desk?

"Sejak bila Reza baik semacam dengan Khai?" Soal Nadia

"He just being there for Khai je..tu pon kau nak judge ke?" Balas Armand cuba backup.

"Takdelah macam pelik, kau yang dah kenal Khai lagi lama pon tak macam tu" balas Nadia balik

"Reza tu kan memang anak emas Khai" balas Anna

"Well actually, they know each other dah lama. Sejak sekolah..aku tak pelik pon kalau Khai dengan Reza rapat macam tu" balas Armand. A bomb dropped!

"What?" Nadia tersentak. Wanita bujang workaholic berusia awal 40an itu membetulkan selendang hitamnya diatas kepala.

"Seriously Armand?" Soal Anna. Armand hanya mengangguk.

.....

Perkarangan rumah banglo tiga tingkat Datin Kamariah mula dipenuhi tetamu. Hari ini hari ketujuh dia kelihangan suami. Harini juga hari kedua dia kehilangan cucu dan bekas menantunya berserta teman baiknya.

Khairil menyuruh Reza menjemput mana-mana stafnya yang free malam ini bersama-sama datang ke kenduri arwah malam ini. Yang mana dia jumpa dia kubur siang tadi, dia jemput personally. Yang tiada disitu Reza hanya mengirim mesej WhatsApp.

Kelibat Sofia, Anna dan Lisa sudah kelihatan. Seakan sibuk menyusun barang. Ringan tulang. Khairil masih lagi belum  munculkan dirinya. Entah hilang kemana. Reza hanya memerhati dan cuba melayan tetamu didalam rumah, dia rasa seperti ahli keluarga Datin Kamariah.

"Reza, Khai dekat mana ni..tetamu dah ramai datang ni..majlis nak mula dah ni" tanya Datin Kamariah matanya yang bengkak menangis jelas kelihatan.

"Tak tau la auntie..dari tadi saya cari tak jumpa" balas Reza

"Boleh tolong auntie cari Khai dalam bilik dia?"

Take Care, RezaWhere stories live. Discover now