Orang kata bila seseorang itu mati. Dia terus hilang. Tak tau apa-apa. Tamat hikayat hidupnya. Season finale, production stop, the end.Tapi si mati akan tinggalkan orang yang sayangkan dia merana, berduka. Mereka yang rasa perit, rasa derita, rasa kehilangan, rasa terseksa. Yang mana si mati terus berada di alam lain. Ada yang percaya, ada yang tak. Terpulang atas pegangan masing-masing.
.....
Khairil tersandar dikerusi ditepi kolam rumahnya. Sudah seminggu dia bercuti. Matanya kemerahan, hampir kering air matanya dia meratapi kehilangan Reza. Tahun ini tahun sial baginya. Dia hilang ayahnya, dia hilang anaknya, dia hilang Reza. Selamanya. Tapi untuk Reza dia salahkan dirinya. Ada macam-macam soalan dari fikirannya; what if.
What if dia tak jerk off dengan Armand?
What if dia tak bercangkerama dengan Budi?
What if he's being honest with Reza about what happened?
What if dia angkat call Reza petang itu?Ada satu bungkusan dari Reza yang sampai kerumahnya sehari selepas kematiannya. Khairil masih lagi belum ada kekuatan untuk membuka apa didalam. Dia memandang kotak itu, ini masanya.
Kotak itu dibuka berhati-hati. Ada kotak jam yang dicukup kenali, painting yang ditahu asalnya berserta surat yang dilipat rapi. Khairil membuka kotak kemasan faux leather Tommy Hilfiger, bukan jam baru. Itu jam Reza yang calar-balar. Khairil mengambil jam itu, ukiran S&J dibelakang masih seperti baru. Tidak terusik. Dia mencium jam itu semahunya. Kelopak matanya bergenang. Kata-kata Reza tentang jam itu bermain dikepalanya; a scar and a memoir, remind us the past is real.
Ada painting hitam, putih, merah- potretnya. Yang ada dirumah Reza, katanya dia lukis enam tahun lalu. Reza kata dulu titlenya 'B*BI'. Khairil memegang painting itu, ditatapnya karya masterpiece Reza itu. Dia memusingkan painting tadi, title 'B*BI' yang ditulis sebelum ini telah dipangkahkan. Yang ada cuma 'BEBI (geli)'. Khairil yang cuba menahan air matanya dari tadi menguntumkan senyuman. Sempat lagi Reza kirimkan jenaka terakhirnya. Bersama karya yang paling bermakna buat Khairil.
Dia cuba untuk mengawal perasaannya. Surat yang dilipat rapi dia buka perlahan. Tulisan yang dia cukup kenal, kemas, teratur dan ada seninya.
Dear Khai,
Aku tak ingat bila last aku panggil kau Khai bila kita berdua. Tapi aku panggil buat kali terakhir tak salah kan?
Kalau kau dah baca surat ni maknanya aku dah pergi jauh. Aku tahu kau akan meratapi aku pergi, tapi jangan lama-lama. Go on with your life. Aku tahu aku sentiasa dihati kau, macam kau dihati aku. A wiseman once said don't cry because it's over, smile because it happened. ;)
Jangan rasa bersalah. Aku dah maafkan kau sayang. Ini bukan salah kau. Cuma aku harap kau jangan ingat benda-benda tak elok tentang kita. Just remember the good things about us. Yang manis-manis.
Remember when our first kiss? It's kinda awkward, unexpected but sweet at the same time.
Remember when you sing your heart out to tell me how you feel? Tak ada kata boleh aku ungkapkan untuk beritahu apa yang aku rasa masa tu.
Remember when you try to win me back? Aku macam tak percaya kau dalam dakapan aku. In the sleepless night, cold morning, I hold you tight to keep your warm dan kalau boleh aku tak nak lepaskan kau.
Remember one thing, your voice is always a music to my ears. A lullaby. Dapat meruntuhkan semua penat lelah. Chase your dreams, I'll always be you number one fan. Forever.
Remember when it just you, me and Zara? Aku tak pernah imagine ada family dengan kau. Aku rasa paling bertuah, paling bahagia. Tapi mungkin betul orang kata all the good things must come to an end, kan?
Remember all the silly fights we had? Those things makes who we are, the stupid & silly Shah and Jaz who never gets old. And I'll never forget the way you staring at me randomly for no reason. Laugh at my jokes, even they aren't funny. Always hold my hand when I reach for it, it makes me feel I needed you even more.
Forget all the bad things we had. Just remember all the good things. Yang kita ada, kita kongsi. Remember us this way, always.
Promise me one thing Jaz, find your happiness without me. Aku tahu kau boleh. Aku happy bila kau happy with or without me.
Thank you for being the best thing that ever been mine. The hardest part of this is leaving you Jaz.
Take care,
RezaAir mata berjurai tanpa disedarinya. Khairil melipat rapi surat itu, diletakkan kembali ke dalam kotak. Itu artifak penting. A memento. Tangannya mengelap air matanya. Dia mendekapkan tangannya ke muka. Dia biarkan seketika.
"Pa-pa" suara kecil yang cukup familiar datang ditepinya.
"Ye sayang" Khairil mengangkat Eizara dan meletakkannya didalam dakapannya. Ada sesuatu ditangan Eizara. Khairil melihatnya, gambar mereka bertiga semasa di Langkawi.
"Da-da"
"..Daddy dah takde sayang.." Khairil mencium pipi anaknya. Air matanya bergenang. Hanya menunggu masa untuk mengalir lagi.
*****
TAMAT
P/s: Ada sambungan? Maybe ;)
YOU ARE READING
Take Care, Reza
General Fiction"So, tell me apa yang special sangat pasal buah hati kau tu?" soalan cepu emas dari Khairil "Entah la" balas Reza sambil menghirup americano nya "Aii buah hati sendiri pon tak tau?" "Susah nak cakap. Bila hati kau cakap dia..I guess, that's it!" "Tu...