51- Mission Impossible

456 12 3
                                    


Datuk Razif baru sampai ke rumahnya. Orang kuatnya Nizam menunggunya dari tadi. Razif membakar cigar dan disedutnya sedalam mungkin.

"Ada apa Nizam yang penting sangat tu?" Soal Datuk Razif. Sut dan beg nya dilempar ke sofa. Ada orang gaji yang datang kutip.

"Kita masuk dalam bilik bos dulu la" balas Nizam

Razif melangkah masuk kedalam biliknya. Bilik yang Maria berjaya membongkar rahsianya. Ada potret dia dan Nasha digantung didinding bilik itu. Kini hanya tinggal memori

"Bos ada dua berita baik, satu berita buruk..bos nak dengar yang mana dulu?" Soal Nizam

"Bagi good news dulu"

"Kita dah tau siapa yang langgar kereta Maria sebelum kereta tu meletup"

"Siapa?"

"Zack"

"Zack mana satu?" Razif bingung.

"Boss dah lupa?" Kata Nizam sambil menyerahkan gambar Zack kepadanya.

"Bukan dia ni dah mati ke?" Kata Razif sambil membelek gambar Zack. Dia kenal benar dengan lelaki itu. Bekas kekasih Maria, sebelum Maria terpaksa kahwin dengan Razif.

"Dia tak mati lagi, dia cuma nak kita tau dia mati..dia cuma nak hilangkan diri. Itu apa yang team kita dapat tau" kata Nizam

"Apa dia nak dari Maria?"

"Itu kami tak tau lagi bos, cuma yang kami dapat tau dia business partner Maria untuk semua business Maria"

Ada penyesalan dia riak wajah Razif. Dia tidak pernah mengambil tahu tentang Maria dan semua bisnes yang dilakukannya secara details. Dia hanya tahu surface sahaja. Tidak diketahui dengan mendalam.

"Bad news apa pulak?"

"Kami tak tahu Zack dekat mana..dan yang kami tau dia punya konco lagi banyak, lagi kuat dari kita bos"

Razif hanya mendiamkan diri, cigar tadi disedut panjang. Dia menuangkan wiski Johnny Walker Blue Label ke dalam cawan. Diteguk air kencing syaitan itu perlahan. Cuba memikirkan sesuatu.

"One more good news"

"Apa dia?" Soal Razif

"Kita tak tau Zack dekat mana, tapi kita tau anak dia dekat mana"

Hutang darah dibalas darah. Razif masih lagi cuba menyangkal bukan dia penyebab anak dan cucunya mati. Dia salahkan Abu, salahkan orang lain. Si tua yang tidak berpijak dibumi nyata. Tidak dapat menerima kenyataan, menerima itu semua salahnya. Tinggi ego kau Razif!

"Siapa anak dia?"

"Reza"

Razif terdiam. Tidak disangka, Reza yang dibenci kini lagi dibencinya. Dia tersenyum penuh makna. Pucuk dicita, ulam mendatang.

"Tapi Reza tak pernah tau Zack tu bapak dia" tambah Nizam

"Aku tak peduli. Bawak budak Reza tu dekat aku.. hidup-hidup! biar aku yang hantar budak tu terus ke neraka..biar Zack tu tau siapa aku, jangan nak main api" arah Razif.

.....

Burung-burung berkicauan. Air sungai mengalir deras. Bunyi unggas rimba memainkan melodi alam yang mendamaikan. Zack duduk diatas kerusi malas diperbuat dari rotan di balkoni. Villa megah didalam hutan di Janda Baik, itu tempat tinggalnya dari beberapa tahun lepas. Tersorok, top-notch security; a safe haven. Sejak dia memutuskan untuk hilang. Hanya beraksi dibelakang tabir, dialah mastermind segala aktiviti halal dan haramnya. Munculkan diri bila perlu, bila ada urusan penting. Yang selebihnya diserahkan kepada budak-budaknya.

Take Care, RezaWhere stories live. Discover now