4- Caramel Macchiato

1.2K 19 0
                                    


"Hi, welcome to Coffee Theory" sapa Reza mesra kepada pelanggan yang baru masuk ke dalam kedai kopi itu. Reza bekerja part-time coffee shop tersebut.

"Can I get your order...Miss" Reza menegur wanita itu yang sudah dihadapan kaunter dan kelihatan sibuk mencari sesuatu di dalam Beg LV nya. Cermin mata hitam Gucci masih dipakainya. Wanita pertengahan 40an itu masih kelihatan muda bergetah seperti anak dara, tidak seperti usianya. Well, age is just a number right?

Cermin mata hitam Gucci itu dibuka dan diselitkan ke dalam keatas rambutnya. Dia masih lagi tercari-cari sesuatu di dalam begnya itu

"Hot Caramel Macchiato please" katanya ringkas

"Wait..she look familiar." Aku pernah jumpa dia ke? Reza berkata sendirian. Benar wanita dihadapannya cukup menarik perhatian Reza, seperti ada daya tarikan. Sexual attraction or emotional attraction? Entah, dia keliru, mungkin kedua-duanya.

"Manis dan cukup lengkap dengan depth of flavor yang unik bila dinikmati. Sendirian atau berpasangan hidupnya tetap penuh makna" balas  Reza tersenyum manis sambil menguraikan makna tersirat disebalik Caramel Macchiato yang dipesan perempuan tadi.

"Sorry, you cakap apa tadi?" balasnya mungkin tidak dengar atau tidak peka

"Macam ni miss..Coffee Theory ni akan bagi makna tersirat setiap coffee yang customer order" balas Reza sambil mengulangi apa yang dibacakan tadi dan memberikan kad huraian yang dia sudah hafal huraiannya kepada perempuan cantik dihadapannya.

Mata bertentang mata. Sah perempuan itu yang Reza jumpa di Olympus malam tadi. Lady in red yang menarik perhatiannya semalam. Mereka tidak bercakap cuma masing-masing saling memandang, menjeling di dance floor malam tadi. Mutual attraction.

"Oh that's awesome..so kalau you coffee apa?" soal perempuan itu kepada Reza sambil dia memandang tepat ke arah Reza. Seaakan flirty . Mungkin juga dia sudah teringat kelibat Reza di Olympus malam tadi. 

"Vanilla latte, triple shot espresso"

"..and the philosophy is?" tanya si dia.

"Nampak macam latte biasa tapi rasa smoothing vanilla reminds us of something familiar..triple shot bukan untuk yang lemah..pahit tapi ada sulaman rasa yang indah, cuma yang arif boleh rasa kenikmatannya." balas Reza sambil menyenyit mata.

"Impressive! I guess you're a man with exquisite taste" balas perempuan  itu sambil tersenyum manis

"Anything else you nak order?" tanya Reza

"I'm a bit hungry tapi tak lapar sangat...errmm any suggestion for me?" balas perempuan itu. Kompleks statementnya, biasalah perempuan.

"Saya suggest our best seller..salted egg cronut, portion not too big not too small.. sesuai untuk yang lapar tapi tak lapar" balas Reza cuba berseloroh.

"Funny...I take that" balas perempuan itu sambil menghulurkan not RM50

"Semua sekali RM26 and balance..RM24" balas Reza

"It's okay dear, keep the change..I go sit there yeah" 

Reza tersenyum dan menyiapkan pesanan yang diterimanya. Tips yang diterimanya dimasukkan ke dalam tabung derma anak-anak yatim yang terbiar sepi ditepi kaunter. Hanya not-not RM1  dan syiling-syiling lebihan yang biasanya singgah, itupun kadang-kadang.

.....

DJ sedang rancak memainkan lagu Icona Pop- I love It versi remix. Anak-anak muda yang rancak menari di dance floor di dalam Olympus semakin menggila. Ada yang mabuk, ada yang khayal, ada yang separuh waras. Semuanya demi kenikmatan sementara. 

Reza memang tidak suka akan night club. Bukan dia tak pernah pergi, pernah beberapa kali cuma night club bukan tempatnya, dia lebih prefer pergi ke konsert ataupun live music. 

Bau alkohol yang mencucuk hidung, muzik yang ntah apa-apa dan boleh pecahkan gegendang telinga. Menari macam kene rasuk, that's it? So dekat rumah tak boleh menari ke? Persoalan Reza. Itu belum pergi tandas yang penuh dengan muntah atas lantai. Dah minum air kecing setan lepastu muntah. Bazir dan bodoh!

Olympus mungkin lebih kurang sama, cuma tandasnya lebih bersih muziknya lebih acceptable di telinga Reza cuma mahkluk didalamnya tetap sama.

Pentas utama sedang asyik disajikan dengan pertunjukkan separuh bogel. Tiga lelaki, tiga perempuan dengan gaya yang menghairahkan, penari-penari itu beraksi tiang-tiang tegak tanpa rasa malu. Mungkin sudah terbiasa. Ada yang menyelit duit di celah pakaian penari-penari itu.  Reza memerhati dari jauh sambil menunggu pelanggannya. Walaupun semua penari memakai topeng tapi dia cukup kenal gerak geri dan badan salah seorang penarinya. Yup, itu Faiz!

Padangan Reza teralih kearah kelibat seorang wanita yang sedang menaiki tangga ke VIP lounge. Cocktail dress sequin berwarna merah yang mendedahkan sedikit buah dadanya. Kasut tumit tinggi bertapak merah melengkapkan gaya rangginya. Signature tapak merah Christian Louboutin cukup dikenali Reza. Dia tahu wanita ini bukan sembarangan.

Jualan merosakkan anak bangsanya malam ini agak laris. Dalam poketnya cuma tinggal dua biji chill pill yang masih belum terjual. Betul, perfume Tom Ford yang dipakainya cukup membantu, terutama  gadis-gadis seakan terpesona dengan aura Reza. Seductive without you know it!

Lady in red kelihatan menghampiri dance floor bersama seorang lelaki, kacak tapi kelihatan agak muda berbanding dirinya. Anak ikan mungkin? Mereka kelihatan berpelukan dan menari sesama sendiri. Reza memandang tajam pergerakan mereka, lady in red juga seakan memerhatikan kelibat Reza. 

Reza mengatur langkah ke dance floor, berdekatan dengan lady in red. Sengaja dia cuba mendekatinya, namun lelaki muda yang menari dengannya seakan tidak mahu melepaskan dakapannya.  Mereka bertentang mata, saling berpandangan.

Reza cuba melakukan aksi tarian bagi menarik perhatiannya lagi sambil diiringini muzik yang sedang rancak dimainkan. Si dia memerhatikan gerakan Reza dengan penuh lirikan manja.

Aksi Reza terhenti, bila dua gadis ingin mendapatkan barang jualannya. Duit dan barang bertukar tangan, ciuman singgah di pipi Reza, dia tersenyum. Habis barang jualannya harini, not bad for a first time pusher! Lady in red tiba-tiba hilang dari pandangannya. Dia kelihatan sedang bergerak menaiki tangga ke arah VIP lounge dan ditemani anak ikannya. Reza hanya memerhati dari jauh. Nak kesitu, namun lounge itu dijaga rapi dua bodyguard- satu muka bengis perut buncit, satu lagi scarface berbadan tegap. 

.....

"Reza, ni mak datin tu bagi dekat kau" kata Jo si pengkid bermulut laser rakan sekerjanya, sambil menghulurkan sekeping tisu yang dilipat rapi.

"Mak datin mana pulak ni, letak situ dulu aku tengah buat order ni" balas Reza

"Alaa.. yang kau flirt tadi tu la...Buat-buat tak kenal pulak, dasar playbuaya" balas Jo selamba

"Serius la kau tak kenal Datin Maria tu?..Bini ahli politik paling hot kot tu" sambung Jo lagi

"Tak kenal la..well aku tak into politics or even gossip-gosip artis and VIP macam kau" balas Reza sinis.

"Yelah orang tua, mana layan fun stuff" balas Jo sengaja mengusik Reza.

Reza mengambil tisu berlipat kemas yang ditinggalkan Jo dibelakang kaunter. Dia memerhatikan kelibat Datin Maria, ternyata sudah berlalu pergi. 

Tisu dibuka, kelihatan bekas ciuman lipstick bersama nombor telefon dengan pesanan ringkas: 

TEXT ME DARLING. XOXO
-Caramel Macchiato-

"Ah sudahhh..apa aku nak buat?" 

.....

Take Care, RezaWhere stories live. Discover now