45- Modern Family

555 22 0
                                    


KLIA dia pagi jumaat itu agak sesak. Reza mengenakan seluar pendek warna khaki. Baju hitam corak bunga minimal, kasut Vans slip on corak checkered hitam putih disarungkan. Bersama snapback Vans. Dia menolak stroller Eizara, backpack Hershell corak camouflage melengkapkan gaya travel daddy cool nya hari itu. Khairil masih dibelakang, struggle dengan dua luggage dan backpack yang berisi barang keperluan Eizara.

"Kau pegi check in dulu, aku dengan Zara tunggu sini" arah Reza sambil memberikan kad pengenalannya kepada Khairil. Khairil cuma menurut.

Reza duduk di kerusi tepi dan memalingkan stroller Eizara kearahnya. Eizara tersenyum riang bila melihatnya.

"Alaa comelnya anak daddy ni..Zara nak pegi mana ni?" Reza bercakap dengan Eizara sambil memberikan patung beruangnya.

Reza menggelarkan dirinya daddy kepada Eizara manakala Khairil menggelarkan dirinya papa. Biarlah berbeza kata Reza. Eizara yang berusia 11 bulan disuapkan dengan puting dari tadi. Reza mengeluarkan puting dari mulutnya dan mengangkatnya keluar.

"Da-da" tiba-tiba Eizara bersuara.

Reza terkejut. Itu kali pertama dia mendengar perkataan dari mulut Eizara

"Apa Zara cakap tadi?"

"Da-da" ulang Eizara seakan faham kata-kata Reza.

Reza terharu. Gembira yang sukar digambarkan. Eizara sudah pandai menggelarkan dirinya. Khairil yang telah selesai check-in muncul dari tepi. Ditangannya ada boarding pass.

"Jaz, Zara dah reti panggil aku" Reza berlagak didepan Khairil

"Ni siapa?" Reza menunjukkan tangan kearah dirinya dihadapan Eizara.

"..Da-da"

"Ni siapa?" Reza menunjukkan tangan kearah Khairil. Eizara senyap. Hanya bermain dengan tangannya. Khairil mengangkatnya dan menyoalnya lagi.

"Ni pa-pa" Khairil cuba mengajar

Eizara tak semena-mena menangis. Khairil cuba memujuknya tapi tangisannya tidak berhenti. Reza pula tersenyum sinis kearah Khairil terus mendukung Eizara. Tangisannya terus berhenti. Reza memandang Khairil dan mengangkat keningnya. Dia meletakkan kembali Eizara ke dalam stroller.

"Penat aku buat anak aku tau tak, last-last kau jugak first word dia..lepastu tak suka aku pulak tu"

Reza cuma tergelak.

"Padan muka kau"

Khairil menumbuk lengan Reza. Seperti yang sering Reza lakukan kepadanya. Dengki.

"Dah jomla pegi dekat gate nanti lambat pulak" ajak Khairil.

.....

Pesawat MAS ke Langkawi tengahari itu tidak ramai penumpang. Khairil menempah business class, untuk Eizara lebih selesa katanya. Penerbangan mereka ke Langkawi lancar. Cuma Eizara menangis sedikit semasa flight mahu berlepas tadi. Reza mendukungnya sepanjang perjalanan. Khairil ditepinya, sesekali dia menolong apa yang perlu.

Pramugari yang memandang mereka hanya tersenyum. Dua lelaki menguruskan anak perempuan comel dengan jayanya. Flight mereka tiba di destinasi dengan selamat. Khairil menguruskan mengangkat backpack mereka dari ruang atas. Reza hanya menanti. Bila penumpang terakhir kabin itu keluar, barulah mereka keluar. Lebih mudah.

Reza yang mendukung Eizara melambaikan tangan Eizara kearah pramugari yang berada di pintu pesawat.

"Comelnya baby girl ni, anak you ke?" Tanya pramugari sebelum Reza melangkah keluar.

Take Care, RezaWhere stories live. Discover now