Reza mencari-cari sesuatu didalam kabinet lacinya. Jumpa. Ada kotak kasut, didalamnya ada seperti banyak sampul surat yang masih kemas dan elok disimpan rapi. Reza mengambil kotak lain yang lebih besar. Diletakkan kotak kasut tadi didalamnya. Tin biskut bulat yang pernah diselongkar Budi yang berisi gambar dia dan Khairil dulu-dulu diletakkan sekali kedalamnya."Nah, untuk kau" kata Reza
"Apa ni?" Soal Khairil
"Jangan bukak lagi" pesan Reza
"Habis tu bila boleh bukak, malam jumaat?" Gurau Khairil
"Bila masa sampai baru kau bukak"
"Bila tu?"
"Nanti kau tau lah"
"Ok..kau betul ke tak nak aku teman ni?"
"Betul..aku nak nak balik kampung.. tenangkan fikiran..sorang-sorang"
"Takpelah kalau macam tu..aku balik dulu" Khairil mengusap pipi Reza dan berlalu ke muka pintu.
"Jaz.."
Khairil berpaling. Reza terus memeluknya. Khairil membalas kembali. Entah kenapa dia sebak. Mungkin ini rasa sakitnya perpisahan. Pelukan terakhir, entah bila dapat dirasakannya lagi. Erat dan lama, kehangatan tubuh masing-masing dirasakan seakan tidak mahu melepaskannya.
"Take care Jaz.."
"Kau pun sama..just remember one thing kau takkan pernah hilang dari hati, akal dan fikiran aku"
Reza hanya menganguk. Khairil memandangnya tepat kematanya. Polos tiada jiwa. Satu kucupan lembut diberikan ke pipi Reza. Khairil berlalu pergi meninggalkan Reza. Berat untuk dia melangkah. Seberat hatinya untuk meninggalkan Reza. Hanya satu dalam fikirannya. Penyesalan.
.....
Reza masuk ke biliknya baru dia sedar cincin yang dikembalikan kepada Khairil ada diatas meja sisi katilnya. Ada nota ditinggalkan Khairil.
-Simpan ni Shah, cuma ni sisa dari aku yang paling bermakna. Kalau ada takdir, kita takkan kemana-
Reza membiarkan sahaja cincin itu disitu. Dia termenung panjang. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk. Reza membuka pintu. Kelibat yang dia cukup familiar, tidak dia sangka. Dia menguntumkan senyumannya.
"Budi..masuklah" sapa Reza
"Kau apa khabar Boy?"
"Aku macam ni lah" kata Reza sambil menunjukan tangannya yang masih didalam anduh.
Budi duduk diatas sofa. Seolah-olah lama dia tak kesini. Padahal Reza dah tau apa yang dia buat dengan Khairil, salah satunya diatas sofa ini. Sama macam dia pernah buat dulu.
"Makin sedap badan kau?" Seloroh Reza.
"Kau takde Boy, aku buat badan je lah..takde orang nak melayan aku" Budi tersenyum.
Reza mendekatkan diri kesebelah Budi. Dia merangkul tangannya ke bahu Budi.
"I miss you"
"Aku pun..aku syukur sangat kau masih ada.." balas Budi.
"Aku datang sini, ada hajat" tambah Budi
"Apa dia?"
"Macam yang aku cakap dulu..aku nak bagitau kau kenapa aku tinggalkan kau"
YOU ARE READING
Take Care, Reza
General Fiction"So, tell me apa yang special sangat pasal buah hati kau tu?" soalan cepu emas dari Khairil "Entah la" balas Reza sambil menghirup americano nya "Aii buah hati sendiri pon tak tau?" "Susah nak cakap. Bila hati kau cakap dia..I guess, that's it!" "Tu...