49- The Little Things

501 13 2
                                    


There are three little things that Reza love about Khairil.

i) His almost perfect heart-shaped small birthmark at his neck. Ada yang tuduh itu tattoo tapi bukan.

ii) The way Khairil staring at him for no reason. Randomly seperti yang selalu dilakukannya

iii) And these cute snort noises Khairil been making if he get excited about something.

Macam apa yang dibuatnya sekarang. Ketam masak lemak cili api yang dimasak Reza paling digemari Khairil. Gelojoh. Bila dia excited ada bunyi-bunyi comel yang datang darinya. Dapat makanan yang dia suka, kemain lagi. Macam budak kecil.

Peluh mengalir dari belakang telinga ke tengkuknya. Melalui birthmark nya. Pedas gulai yang Reza masak. Nama pun lemak cili api.

Nasi sudah tiga pinggan dia tambah. Reza hanya memerhati. Cukuplah sepinggan sahaja dia makan malam itu.

"Slow la skit, tercekik kang, macam budak kecik la kau ni" bebel Reza sambil menggelengkan kepalanya.

"Sedap ni..lama tak dapat kau masak macam ni" balas Kharil sambil menghirup kuah masak lemak tadi.

"Kau taknak dah ni? Aku habiskan tau" tambah Khairil

"Ye habiskan la. Aku buat untuk kau" Reza menuangkan air Sunquick kepadanya.

"Dekat rumah sendiri kemain makan pakai sudu garpu..makan beradap je. Datang rumah orang makan macam 10 hari tak makan"sindir Reza

"Alaa bukan selalu.. maklumlah baru kawin, teruja orang rumah masak sedap" balas Khairil selamba.

Reza duduk menonton TV. Movie dalam Netflix yang dibuka dari tadi kusyuk ditonton. Khairil mengemas meja dan dapur. Dia kata takpe, biar dia yang setelkan. Kasihankan Reza yang dah gigih masak tadi.

Khairil yang hanya berboxer datang kearahnya. Batangnya yang terjuntai jelas kelihatan bergoyang ke kanan-kiri bila dia berjalan. Ada dua mug ditangannya.

"Nah americano..quick, easy and reliable" kata Khairil.

Reza memandangnya tepat. Ayat tadi yang pernah diucap kepada Khairil.

There are three little things that Khairil love about Reza.

i) Tahi lalat manis dibawah mata kirinya dan crinkles ditepi matanya bila dia tersenyum. Manis kadang-kadang menggoda.

ii) The way Reza look when Khairil staring at him for no reason. Muka blur terkejut walaupun sudah selalu.

iii) The way Reza treat him whenever they're alone. Pasti ada gerak geri dari Reza yang melayannya, memanjakannya.

Macam yang dilakukan sekarang. Reza merapatkan dirinya ketepi Khairil. Bahu Khairil dirangkul dari tepi. Khairil yang tidak berbaju dari tadi hanya membiarkan. Rasa kehangatan dari tubuh Reza yang hanya bersinglet. Reza mengucup perlahan dahinya. Dia meraba perlahan tengkuk Khairil, birthmark berbentuk hati diusap lembut.

"Hati yang ni untuk siapa?" Soal Reza

"Untuk kau la" balas Khairil

Reza terus menggigit leher Khairil. Tidaklah kuat. Khairil cuba menolaknya.

"Sakit la"

"Ermm sedap" balas Reza selamba. Dia mencium pipi Khairil dan bangun dari situ.

Reza datang kembali. Ditangannya ada dua kotak sederhana kecil. Dia duduk kembali disebelah Khairil.

"Nah, kau pilih la. Ambik satu" kata Reza dan memberikan dia kotak kemasan faux leather kepada Khairil. Ada logo Tommy Hilfiger diatas kotak itu.

Take Care, RezaWhere stories live. Discover now