01

2.5K 155 35
                                    

"Omma, Nara nak ais krim,"

Kanak-kanak berambut pendek separas bahu itu memuncungkan bibirnya ke arah seberang jalan.

Puan Jung memandang. Dilihatnya ada penjual ais krim di seberang jalan sana.

"Sabar sayang, kita tunggu Appa dengan Unnie kamu," kepala si kecil berusia lima tahun itu diusap.

"Ala, tapi Nara nak sekarang. Nanti ramai orang, ais krim habis," Jung Nara mencebikkan bibirnya.

Puan Jung mulai buntu. Dia berpaling ke belakang iaitu ke arah restoran di mana mereka sekeluarga menikmati makan tengahari tadi. Namun bayangan suami dan anak pertamanya belum lagi muncul. Suaminya itu membawa Jung Naeun, iaitu kembar tidak seiras Jung Nara ke tandas.

"Omma," lengannya digoncangkan.

Dia memandang wajah Nara yang nampak suram itu.

"Okay sayang. Tapi Nara tunggu dekat sini sampai Appa dengan Unnie sampai. Okay?"

Nara mengangguk.

"Nara nak ais krim coklat dan vanilla untuk Unnie,"

"Baik sayang," Puan Jung sempat mencium puncak kepala anaknya itu.

Dia mula berjalan untuk menyeberangi jalan.

"Omma!"

Puan Jung berpaling.

"Ais krim coklat lagi satu untuk Appa!" jerit Nara.

Puan Jung mengangguk dengan senyuman.

"Baik sayang!" dia kembali meneruskan langkahnya.

"Nara, mana Omma?"

Nara memandang Tuan Jung dan kakak kembarnya Naeun.

"Tu, Omma beli ais krim," dia menunjuk ke seberang jalan.

Back To You Where stories live. Discover now