"Aizat, hari ni hari terakhir kita dekat sini. Lepas ni Aizat rehatlah puas-puas. Terima kasih sebab sanggup tolong abang."
Aku mengangguk sambil tersenyum melihat abang Seman.
Segala persiapan selama beberapa hari ini akhirnya sudah selesai. Memandangkan hari ini hari terakhir, aku berniat untuk memulangkan baju yang diberi pinjam oleh Hakimi. Aku tak nak berhutang dengannya walau hanya sekadar sehelai baju yang tidak memberi apa-apa makna.
"Aizat keluarkan baja-baja tu tu and tanam je terus. Nanti lepas ni biar abang je yang datang untuk pantau kebun ni."
Aku mengangguk faham. Beg kertas yang berisi baju Hakimi itu aku capai dan bawa bersamaku. Setibanya di ruang kebun yang hampir selesai itu, aku meletakkan beg kertas itu di tempat yang jauh sedikit dari tempat itu.
Hakimi muncul tanpa perlu aku menyebut namanya.
"Encik Hakimi, harini dah kira hari terkahir kami uruskan kebun ni. Lepas ni hanya perlu pemantauan saja. Pasal tu nanti saya boleh aturkan." terang abang Seman.
Hakimi mengangguk. Dia memberikan senyuman lega kepada Hakimi.
Abang Seman kemudiannya meminta diri untuk menguruskan tanah yang jauh sikit tersorok di belakang, berjauhan dari tempat aku dan Hakimi berdiri.
Perasaanku kian senang. Akhirnya aku tidak perlu lagi berjumpa dengan Hakimi selepas ini. Aku mahukan hidup yang aman dan tenteram. Aku nak hidup dalam keadaan aku tak perlu takut dengan masa silam aku lagi.
"Ni, hmm" Aku berdehem kecil sebelum menccapai semula beg kertas yang kuletak dilantai.
"Encik Hakimi. Ni baju yang dipinjamkan hari tu. Saya dah lama basuh cuma baru ada masa nak bagi sebab asyik terlupa nak bawa." tipuku sambil menghulurkan beg kertas itu ke arahnya.
Hakimi memandangku dengan wajah kosong.
"takpelah kau simpan jelah. Lagipun baju murah macam tu apelah sangat bagi aku. Aku boleh beli yang baru."
"Encik Hakimi, saya diberi pinjam dengan baik, jadi saya pulangkan semula dengan keadaan yang baik. Kalau Encik Hakimi rasa Encik Hakimi boleh beli yang baru silakan. Terpulang kepada Encik Hakimi. Memang dalam hidup ni semua benda boleh diganti baru. Tapi ingat Encik Hakimi, barang yang lama ni jugaklah yang banyak berjasa dan berbakti."
Hakimi berdehem kecil. "The thing is kau tak faham maksud aku eh?"
Keluhan panjang dilepaskannya.
"Macam nilah. Kau buang jelah baju tu. Aku tak luak baju yang dah melekat pada badan orang yang dah banyak kali disentuh oleh orang lain. Takut berjangkit."
Keras kata-katanya. Tapi aku tak boleh terasa sakit hati kerana aoa yang dikatakan itu benar. Siapalah aku yang mahu berdebat panjang dengannya.
"baiklah. Encik Hakimi. Keputusan saya muktamad. Saya letak je dekat sini memandangkan ini pun barang Encik Hakimi kan. Jadi sekarang apa-apa pun semua jatuh ke dalam tangan Encik Hakimi untuk tentukan. Saya pulangkan sebab saya tak nak terhutang budi supaya esok hari nanti saya tak terikat dengan Encik Hakimi sama sekali pun. Lagipun kita dah buat perjanjian, harini hari terakhir kita berjumpa kan. Jadi lebih baik untuk saya buang semua ikatan yang saya ada dengan Encik Hakimi mulai saat ini." tegasku sambil memandang matanya tepat ke dalam anak matanya.
Hakimi terdiam, terkedu sambil melihatku. Bibirnya diketap seolah menahan perasaan amarah yang disimpannya selama ini. Hidungnya kembang menahan perasaannya.
Dia yang kelihatan kesal terus berjalan masuk kedalam rumahnya. Meninggalkan aku dengan beg kertas yang tidak disambutnya.
"SAYA LETAK DEKAT SINI. TERIMA KASIH SEKALI LAGI SEBAB BAGI PINJAM" teriakkku agak kuat sambil melihat susuk belakangnya yang kian hilang masuk ke dalam rumahnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Pelacuran Cinta(boyxboy)
RomanceKehidupan Aizat tidaklah seindah dongeng putera raja. Dilahirkan dalam keluarga yang tidak kenal erti kasih sayang menyebabkan dia dijual oleh keluarganya kepada bapa saudaranya. Beribukan seorang pelacur dan berbapakan seorang kaki judi, menjadi pe...
