Aku terbaring diatas katilku, menatap siling dengan fikiranku yang bercelaru.
Untuk membuat satu keputusan itu amatlah sulit. Kalau dulu aku tak mampu untuk melarikan diri daripada rumah pelacuran itu. Namun sekarang, entah mengapa aku berasa aku mampu untuk membuat keputusanku.
Mungkin dengan aku pergi dari sini, semua masalah ini akan selesai dengan begitu sahaja. Yusof sudah kelihatan makin baik dari mental dan fizikalnya. Dia lebih banyak meluangkan masa bersama sahabatnya dan mula mengambil berat soal dirinya serta keluarganya.
Perubahan positif dari Yusof sedikit sebanyak membuatku rasa gembira. Meski dia kasar denganku, namun apa yang dilakukan adalah mulia. Dia cuma mahu melindungi keluarganya sahaja. Dengan itu pekerjaanku sedikit sebanyak sudah terjalan dengan baik.
Aku mengeluh sambil memandang kearah telefon bimbitku.
Kalau aku pergi, apakah yang akan berlaku?
Aku bangkit dari katil dan terus berjalan keluar dari bilikku.
Perasaan resahku ini membuatku rasa tidak tenteram. Aku melihat jam yang tergantung di dinding disepanjang jalan kedapur.
Tanda tanda Hakimi sampai masih tidak ada. Aku mengeluh hampa. Aku meneruskan berjalan kedapur untuk mengambil secawan air sejuk namun sekali lagi langkahku mati disaat aku dipanggil oleh yusof. Kali ini dia memintaku untuk berdiri di depan meja diruang tamu itu.
"kau sini jap. Ada benda aku nak cakap."
Yusof kelihatan serius dengan nada yang digunakan. Kalau tadi dia meminta untuk berbicara berdua sahaja denganku. Namun kini kami tidak hanya berdua. Kawan kawan Yusof sudah pun tersenyum duduk disofa.
Aku menelan ludah sambil berdoa agar semuanya akan menjadi baik baik sahaja.
Yusof melemparkan sepucuk sampul surat yang agak besar.
"dalam tu ada sejumlah duit yang abang aku bayar kau untuk jaga aku. Kalau dia mampu bayar kau aku pun mampu bayar kau untuk pergi dari sini. Kalau kau rasa tak cukup just say it berapa kau nak."
Aku memandang muka Yusof yang tersenyum lebar.
Hatiku hancur. Sakit. Aku tidak tahu apakah hatiku sakit kerana aku tak mampu memiliki Hakimi atau hatiku lagi sakit kerana aku dihina dihadapan kawan kawan Yusof lagi.
Aku mengangguk kecil sebelum menghela nafas berat.
"jika wang mampu membeli harga diri seorang manusia, sayang sekali dengan wang, masih tak mampu seseorang itu membeli jiwa manusia. Encik Yusof, Saya sedar. Saya manusia tak punya harga diri lagi." aku tersenyum kecil. "Tapi, manusia macam saya ini masih punya jiwa, hati dan perasaan."
Yusof ketawa sinis. "peduli apa aku!"
Aku mengangguk kecil. "terima kasihlah Encik Yusof. Jangan risau. Saya akan pergi. Saya akan pergi dari Encik dan keluarga Encik. Tapi saya cuma berharap satu sahaja. Satu hari nanti Encik akan belajar. Belajar untuk menghormati orang lain."
Aku mengambil sampul surat tersebut. "terima kasih atas duit ini. Lebih baik Encik simpan sahaja. Andai satu hari nanti Encik memerlukan, Encik boleh guna."
Yusof tersenyum sinis. "sombong. Berambus cepatlah. Rimas aku tengok muka kau."
Aku melangkah kakiku pantas kebilikku. Aku tidak tahu kenapa air mata itu sepertinya tidak mahu keluar meski hati ini rasa terluka. Mungkin aku sudah penat. Penat dengan semua ini.
Pertemuan aku dan Hakimi hanyalah sekadar persinggahan. Aku dan dia hanyalah satu kenangan. Lambat laun kenangan itu akan pudar juga.
Tanganku pantas mengemas pakainku lantas disumbatkan masuk kedalam beg galas yang aku bawa bersama.
ANDA SEDANG MEMBACA
Pelacuran Cinta(boyxboy)
RomanceKehidupan Aizat tidaklah seindah dongeng putera raja. Dilahirkan dalam keluarga yang tidak kenal erti kasih sayang menyebabkan dia dijual oleh keluarganya kepada bapa saudaranya. Beribukan seorang pelacur dan berbapakan seorang kaki judi, menjadi pe...
