"Yusof?" Kedua kalinya aku menyebut nama itu.
Aku terdiam seketika. Mataku tidak berhenti memerhatikan susuk tubuh yang aku cuba lupakan.
Lelaki itu hanya tersenyum sambil dibantu oleh beberapa orang untuk masuk kedalam kediaman Tok Ketua. Dia berjalan sambil menggunakan tongkat disebelahnya. Wajahnya sedikit berubah. Mukanya sudah mula kelihatan berisi. Begitu juga badannya yang dulunya susut dan nampak lemah kini lebih nampak sihat.
"Jat! Kau okay tak?"
Irwan menggoncangkan lenganku setelah memandangku yang kaku dari tadi.
Aku menggelengkan kepala. "Ni hmm Wan aku rasa aku dah kenyang lah. Perut aku tetiba rasa macam tak selesa pulak." Tipuku hanya kerana aku tidak mahu berada disitu lebih lama.
"Betul ke? Lauk dia pedas sangat ke?"
Aku hanya membalas dengan gelengan kepala. "Ni Wan. Hmm boleh tak kalau kita balik? Aku rasa tak sedap badan pulak." Aku cuba sedaya upaya untuk memberikan alasan.
Irwan mengangguk faham. "Takpe ni kau pergi basuh tangan. Ambil kunci kereta aku. Kau tunggu dalam kereta dulu. Aku nak jumpa tok ketua jap. Nak tunjuk muka dan cakap kita gerak dulu."
Aku mengukirkan senyuman sebelum bangkit untuk membersihkan sisa makananku. Sedang aku membasuh tanganku disuatu sudut, tiba tiba sahaja muncul Abang Seman ditepiku.
"Aizat, dah habis makan ke?" Tegur Abang Seman sambil mengusap belakangku yang terbongkok mencuci tanganku.
Aku terkejut pada mulanya apabila ditegur. Namun melihatkan Abang Seman yang menegurku aku jadi lega. "Ya bang. Ni pun saya dengan Wan dah nak gerak dah."
Abang Seman yang tersenyum senang melihatku kini tersenyum pahit. "oh ya ke. Abang ingat baru nak makan sekali dengan kamu berdua. Takpelah takde rezeki."
Entah mengapa aku dapat merasakan kekecewaan dari raut wajah dan suara Abang Seman. Aku turut bersedih tapi aku terpaksa. Demi mengelak dari bertemu dengan Yusof lagi. Aku tidak sanggup dipermalukan oleh lelaki itu lagi.
"Maaf kan Kami ya Abang Seman. Saya tak sedap badan sikit harini. Tu yang bergegas nak balik tu."
Abang Seman mengangguk lemah. "Ha takpelah. Ni tadi abang pun tak sempat nak cari kamu berdua. Sibuk berbual dengan orang kampung pasal katanya harini orang kaya yang nak beli tanah tu ade dijemput sekali. Itu ha." Abang Seman menunjukkan kearah kumpulan manusia yang cukup aku kenal.
Aku melirik kearah Yusof dan beberapa orang disekelilingnya. Nasibku baik disaat dia mula masuk kedalam rumah dan bukannya kemah.
"Ni Abang Seman saya minta diri dulu ya."
"Ha baiklah. Hati hati. Kalau tak sihat nanti bagitahu abang. Mana tahu abang boleh tolong carikan ubat kampung."
Aku anggukan sahaja sebelum aku betukar salam dengannya sebelum berjalan kemeja makan semula. Setelah mendapatkan kunci kereta, aku mempercepatkan langkahku kekereta Irwan.
Belum pun sempat aku membuka pintu kereta tiba tiba sahaja bahuku disentuh.
"Maaf, nak tumpang tanya boleh."
Aku terkejut dan terus memusingkan badan.
Seorang lelaki tersenyum dihadapanku. Untung saja orang itu bukanlah Yusof.
"Y-ya. Tanya apa tu ya." Balasku agak terekejut dengan sapaannya yang tiba tiba sahaja.
"Dekat sini ada kedai 7-Eleven tak?"
Aku menggeleng. Sejujurnya aku sendiri tidak hafal kawasan kampung itu kesemuanya sekali.
Lelaki itu hanya senyum sahaja sebelum aku tinggalkannya dengan senyuman kekokku.
ANDA SEDANG MEMBACA
Pelacuran Cinta(boyxboy)
RomansaKehidupan Aizat tidaklah seindah dongeng putera raja. Dilahirkan dalam keluarga yang tidak kenal erti kasih sayang menyebabkan dia dijual oleh keluarganya kepada bapa saudaranya. Beribukan seorang pelacur dan berbapakan seorang kaki judi, menjadi pe...
