BAB 35

4K 181 76
                                    

Sedang aku sibuk mencuci baju di bilik air, tiba tiba sahaja aku terdengar suara seseorang memberi salam dari pintu belakang rumah.

Irwan yang sedang menyediakan sarapan didapur turut terkejut mendengar panggilan itu.

Aku yang sedang membilas pakaianku dan Irwan terus mengesat tangan dan badanku dengan tuala sebelum berjalan keluar ke dapur.

Aku tersenyum tatkala memandang susuk tubuh Abang Seman yang tersenyum melangkah masuk setelah dipelawa oleh Irwan.

"Maaflah ganggu pagi pagi ni. Ni pagi ni sepupu abang buat kueh karipap dengan nasi lemak ni. Ada lebih tu yang abang datang nak kasi sikit ha."

Irwan tersenyum dan terus menyambut bungkusan makanan dari tangan Abang Seman.

"Terima kasihlah abang Seman. Susah susah je datang bawa makanan." Ujarku sambil menyarungkan baju yang aku sidai di kepala kerusi.

"Abang Seman marilah makan sekali."

Abang Seman menggeleng. "Eh takpelah. Ni ada banyak lagi abang nak kena hantar rumah sepupu abang yang lain pulak."

Aku mengangguk faham. "Baiklah. Terima kasih banyak banyak sekali lagi."

Abang Seman membalas dengan senyuman. "Tapi sebelum abang pergi nak tanya petang nanti Aizat free tak?"

Aku mengangguk sambil tersenyum.

Lantas senyumannya bertambah panjang. "Aizat nak ikut abang pergi keluar beli barang barang untuk kenduri Kak Su?" Tanyanya dengan wajahnya berseri seri.

"boleh je." Balasku santai.

Abang Seman mengangguk kecil "petang nanti abang datang ambil ya."

Aku hanya tersenyum. Dia turut tersenyum sebelum meminta izin untuk beransur pergi.

Irwan meletakkan bungkusan makanan diatas meja. Aku menarik kerusi dihadapanku dan terus melabuhkan punggungku.

"Murah rezeki kita harini ya." Irwan tersenyum sambil membuka bungkusan nasi lemak.

Aku ketawa kecil. "Alhamdulillah. Nasib kau tak siap masak bihun goreng lagi."

"Haah ye tak ye. Nasib aku baru goreng telur hancur je." Irwan ketawa.

Aku menghirup air teh susu yang mulai suam yang dibancuh oleh Irwan.

Tengah kami berbual tiba tiba sahaja suara orang memberi salam sekali lagi datang dari pintu belakang rumah.

"Eh makcik Su. Masuklah."

Makcik Su tersenyum sambil mendekati kami di meja makan.

"Ha eloklah kamu berdua tengah sarapan. Ni makcik Su buat puding roti semalam. Pagi ni makcik Su masak asam pedas ikan kembung dengan rendang ayam. Pagi ni anak makcik Su nak kena diambil dekat kolej dan asrama dorang. Nak dekat cuti sekolah, cuti semester kan. Jadinya terpaksalah a hotel sehari sebab dua tempat nak pergi. Tu yang masak awal awal sebab masing masing teringin sangat nak makan makanan air tangan maknya." Ketawa Makcik Su.

Aku dan Irwan tersenyum sebelum berterima kasih kepadanya.

"Terima kasih banyaklah makcik Su. Susah susah je masak banyak siap bagi kami sekali." Balas Irwan.

Makcik Su menggeleng. "Takdelah. Makcik Su dah anggap kamu berdua macam anak makcik Su dah. Kalau masak untuk anak, kena masak untuk kamu berdua sekali."

Aku membalasnya dengan senyuman.

"Ni. Nanti tolong tengok tengokkan rumah makcik Su ya. Lusa makcik Su balik semula ya."

Pelacuran Cinta(boyxboy)Where stories live. Discover now