Hari pertama tanpa Hakimi, membuatku terasa agak sunyi. Selalunya, pasti aku akan dengar suaranya setiap hari. Cumanya hari ini, baru aku sedar, selama ini suaranya sedikit sebanyak menenangkan aku.
"Ni, Aizat. Dah siap? Lepas ni Pak cik Rosli kamu hantarkan kamu dengan Arman dekat tadika."
Aku tersenyum lemah memandang Mak Temah yang sibuk memotong bawang.
"Mak Temah, kalau Lepas hantar Arman, Aizat nak keluar kejap boleh? Aizat suruh pak cik Rosli hantar kan je balik Aizat balik sendiri."
"Boleh je. Tapi jangan lupa tau balik Aizat kena jemput Arman. "
"Okay Mak Temah, nanti sebelum waktu Arman balik Aizat terus tunggu dia dengan pakcik Rosli dekat tadika."
"Ha yalah. Elok elok kat luar sana tu. sekarang ni musim banyak penjenayah berlegar dekat luar tu."
"InshaAllah saya jaga diri saya elok elok Mak Temah."
Sedang aku sibuk berbual dengan Mak Temah, datang Arman yang masih dengan baju tidurnya.
"Pagi comel. Baru bangun tidur ke?" Tegur Mak Temah sambil tersenyum kearah si kecil Arman yang menggaru matanya.
"Arman nak pergi sekolah tak hari ni?" Tanyaku smabil memegang tangannya.
Arman tersengih. "Nak. Papa takde ke?"
"Papa Arman outstation. Jadi harini abang Aizat yang akan hantar dan jemput Arman dengan Pakcik Rosli."
Arman menganggukkan kepala.
"Dah siap belum nak pergi sekolah?" Tanyaku sambil mengusao tangan Arman.
Arman tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.
"Okay, kalau macam tu, meh Abang Aizat teman Arman mandilepas tu kita siap siap pergi sekolah okay."
"Okay." Jerit Arman riang.
Aku tersenyum dan terus mendukung Arman. "Mak Temah, saya siapkan Arman dulu lepas tu nanti saya masuk dapur untuk sarapan ya."
"Ha yalah." Mak Temah turut tersenyum.
Aku terus berjalan menuju ke bilikku. Sepanjang Arman dibawah penjagaanku, Arman akan duduk denganku dibilik yang disediakan khas untukku ini.
--
Usai menguruskan Arman, aku berjalan kedapur sambil memapah Arman yang sudah lengkap dengan pakaian sekolahnya.
"Wah! Wanginya pagi ni? Siapa tolong Arman mandi?" Tanya Mak Temah sambil mencubit pipi Arman.
"Abang Aizat." Ketawa Arman.
Aku turut ketawa sebelum meletakkan beberapa senduk nasi goreng cina kedalam pinggan Arman.
"Arman dekat sekolah jangan nakal nakal tau. Kalau Arman baik, nanti abang Aizat belikan gula gula nak?"
Arman menganggukkan kepalanya sambil matanya terbeliak besar.
"Okay. Jaga diri elok elok, belajar rajin rajin, dengar kata cikgu, jangan gaduh, kawan dengan semua orang tau. Nanti abang Aizat belanja Cokelat."
"Okay." Arman tersenyum.
Aku terus membantu Arman dengan menyuapkan nasi goreng kedalam mulutnya.
"Ni Aizat, kamu tak nak cuti ke balik rumah tengok keluarga ke.?"
Entah kenapa soalan Mak Temah secara tidak langsung mematikan rasa kegembiraanku.
Keluarga? Andai sahaja aku ada sebuah keluarga yang boleh aku panggil keluarga. Andai sahaja aku ada rumah yang boleh aku jenguk untuk melepaskan rinduku.
ANDA SEDANG MEMBACA
Pelacuran Cinta(boyxboy)
RomanceKehidupan Aizat tidaklah seindah dongeng putera raja. Dilahirkan dalam keluarga yang tidak kenal erti kasih sayang menyebabkan dia dijual oleh keluarganya kepada bapa saudaranya. Beribukan seorang pelacur dan berbapakan seorang kaki judi, menjadi pe...
