Aku menarik selimut menutupi badanku. Sungguh aku malas untuk bangkit dari katilku.
Aku memerhatikan jam didinding. Sudah tiga jam aku tertidur dari tadi.
"Aizat kau okay tak?" tanya Irwan sambil memegang secawan air kosong.
Aku menganggukkan kepalaku perlahan lahan. "aku okay jelah."
Irwan mengeluh kesal sebelum menghulurkan ku cawan yang dipegangnya.
"nah ambil ni minum. Bagi tenang sikit jiwa kau. Dari tadi menangis. Dah lama aku tak nampak kau menangis macam ni. Kenapa?"
Aku menggelengkan kepala. Aku tak mahu Irwan risau akan aku. Aku tahu aku harus memberitahunya kerana aku takkan duduk bersamanya. Aku harus mencari tempat yang jauh dari sini. Tempat yang jauh dari Hakimi dan Yusof.
Aku mengesat hingus dan air mataku. "entahlah wan. Nanti aku cerita ya. Sekarang aku lapar. Kau masak?"
Irwan tersenyum. "tak. Aku tak masak. Aku beli je. Kau nak makan aku ade beli lebih tadi. Dah dah jum makan. Dah lama aku tak jumpa kawan aku ni. Rindu."
Perlahan lahan aku cuba menggerakkan badanku. Irwan lantas merangkul bahuku setelah aku berhasil berdiri.
"ha! Macam nilah kawan aku. Jum jum aku beli nasi goreng kerabu kedai Mak Wan. Sedap bhai padu je."
Aku tersenyum sambil berjalan bersama Irwan.
"wan. Aku duduk dalam dua hari je tau. Sebab aku ingat aku nak cari kerjalah. Sementara nak cari kerja aku nak cari bilik sewa. Takpun rumah sewa yang kecil asal murah."
"aik! Kau dah tak kerja dengan bos kau dah ke?"
Perlahan lahan aku mengelengkan kepala. Aku tersenyum paksa. "dah berhenti."
Irwan memandang aku pelik. "serius lah. Baru lagi kan kau kerja."
Aku mengeluh. "nak buat macam mana. Dah jodoh kerja aku tak panjang kot. Lagipun orang yamg aku kena jaga tu tak suka aku. Nak buat macam mana kan." aku tersenyum lemah.
Irwan turut sama mengeluh. "takpelah." dia kembali tersenyum. "aku yakin ade rezeki yang lebih baik untuk kau. Tapi, bos kau tau ke kau berhenti?"
Pertanyaan Irwan menjerat aku. Aku tidak tahu jika sama ada aku harus bersikap jujur atau menipu segalanya.
Aku menggelengkan kepala. "aku pergi macam tu je."
Irwan mengerutkan dahinya. "ya Rabbi, habis tu macam mana? Kau lari dari kerja lah ni?"
Aku meneguk air putih sebelum memberi penjelasanku. "aku tak dapat bagi tahu kau sekarang kenapa aku buat macam ni. Tapi percayalah aku ade sebab aku sendiri dan itu adalah untuk kebaikan semua orang."
Irwan mengurut dahinya. "ya Allah Aizat. Bukan ke kau berhutang budi dengan bos kau? Kau tak takut dia cari kau jual kau dekat tempat tu balik?"
Aku tersenyum kecil. "jangan risaulah wan. Bos aku baik. Dia takkan buat benda bodoh dekat aku. Lagipun ini adalah yang terbaik buat dia dan aku juga. Tolong aku ya. Aku tak nak jumpa dia lagi."
"kenapa?"
Aku mengetap bibirku. "sekarang bukan masa yang terbaik untuk aku cerita dekat kau."
"kau buat benda jahat ke?" irwan berkata dengan nada tergamam.
Cepat cepat aku menggelengkan kepala. "takdelah. Aku.. Percayalah aku tak buat benda jahat. Anggap jelah ini adalah satu takdir boleh?"
Irwan mengeluh sebelum tersenyum. "okay. Aku percaya kawan aku ni orang yang baik. Dia takkan buat benda jahat. Dah lah makan. Dah nak sejuk dah nasi goreng kerabu tu."
ANDA SEDANG MEMBACA
Pelacuran Cinta(boyxboy)
Storie d'amoreKehidupan Aizat tidaklah seindah dongeng putera raja. Dilahirkan dalam keluarga yang tidak kenal erti kasih sayang menyebabkan dia dijual oleh keluarganya kepada bapa saudaranya. Beribukan seorang pelacur dan berbapakan seorang kaki judi, menjadi pe...
