Paginya, aku bangun dengan rasa segar dan lega. Aku melihat Irwan yang tidur disebelahku.
Terus sahaja bibirku mengukirkan senyuman. Aku senang. Setidaknya aku masih ada Irwan.
Aku menarik selimutku berhati hati untuk tidak membangunkan sahabatku itu.
Aku mengeliatkan badan untuk menghilangkan rasa mengantuk sebelum berjalan keluar dari bilik. Aku memandang jam yang masib berfungsi didinding rumah itu. Waktu menunjukkan pukul 6.43 minit pagi. Aku menguap sambil berjalan ketandas.
Aku membasahkan mukaku dengan air dingin pagi yang luar biasa sejuknya dari bandar. Aku gigihkan jua untuk berkumur dan membuang taik mataku. Meskipun menggigil, aku gigihkan jua untuk mengambil wuduk untuk mendirikan solat subuh.
Usai mengambil wuduk, aku terus berjalan kedalam bilik dan terus menyarungkan kain pelikat yang ku bawa didalam beg.
Aku menanggalkan seluar pendek yang kupakai semalam sebelum berjalan keluar bersama sejadah ke ruang tamu yang luas itu.
Aku terus membentangkan sejadah dengan rapi kearah kiblat sebelum berdiri betul diatas sejadah. Dengan berniat solat subuh, aku terus menunaikan ibadah wajib itu.
Disujudku yang terakhir, aku curahkan segala yang kurasa kepadaNya. Semua sekali. Dari Nek Sha, Hakimi, dan masa depanku yang akan datang. Tak dilupakan doa doa bagi mengelakkan musibah yang akan datang.
Usai selesai solat, aku panjatkan doa buat Nek Sha, Irwan dan buatku sendiri. Aku berdoa agar Nek Sha sentiasa berada dibawah lindunganNya dan diampunkan semua dosa dosanya. Bagi aku dan Irwan pula, aku berdoa agar aku diberikan rezeki yang meluas dan diberikan kesihatan yang baik. Juga diberi kekuatan untuk meneruskan hidup dengan halangan yang bakal mendatang.
Usai mengaminkan doa, aku ditegur Irwan yang berdiri dipintu biliknya.
"kau dah bangun Zat! Kenapa tak kejut aku?" tanyanya sambil mengeliatkan badannya.
Aku tersenyum sambil melipat sejadahku. "aku tak nak kacau kau dulu. Aku ingat lepas solat baru aku nak kejut."
Irwan mengangguk faham. "kau lapar? Kalau kau lapar kau tunggu kejap. Aku solat kejap lepas tu kita siap siaplah beli makanan dekat luar okay?"
Aku mengangguk kecil. "okay. Aku tunggu kau. Solatlah cepat dah nak pukul 7 dah tu."
Irwan tersenyum sebelum berjalan pergi ketandas. Aku melepaskan nafas lega. Puas. Puas bila aku dapat luahkan semuanya kepadaNya.
Perlahan lahan aku bangun dan meletakkan sejadah ditempat penyidai yang disediakan. Aku berjalan ketingkap diruang tamu sebelum membukanya luas.
Sememangnya udara pagi itu begitu bersih dan nyaman. Ditambah pula embun sejuk membuatku rasa tenang. Memang terasa perbezaan udara dikawasan perkampungan dan bandar. Disini terasa lebih menenangkan jiwa.
Aku terus berjalan ke arah pintu dan membuka seluasnya. Sambil menuruni anak tangga, aku menghirup udara pagi yang cukup segar itu. Aku tersenyun senang sebelum melabuhkan punggungku dihujung tangga.
Aku memandang kerumah sebelah. Rumah mak cik Su. Rumahnya begitu bersih dan cantik dihiasi bunga dan tanaman sayur sayuran disekeliling halamannya.
Melihatkan itu, aku terus bersemangat dan berazam untuk mencantikkan halaman rumah atuk Irwan ini. Setidaknya, aku dapat melakukan kerja kerja yang boleh mendatangkan hasil untuk aku sendiri. Aku tahu. Aku perlu bekerja untuk menjana pendapatan. Aku tidak boleh bergantung pada duit yang aku ada sekarang sahaja. Aku mahukan duit yang datang dari titik peluhku sendiri. Dan yang pasti. Semestinya halal.
Dalam aku merenung jauh, tiba tiba Irwan menegurku.
"Zat! Kau dah siap?"
Aku mengalihkan pandanganku kearahnya yang berdiri disebelahku.
ANDA SEDANG MEMBACA
Pelacuran Cinta(boyxboy)
RomantikKehidupan Aizat tidaklah seindah dongeng putera raja. Dilahirkan dalam keluarga yang tidak kenal erti kasih sayang menyebabkan dia dijual oleh keluarganya kepada bapa saudaranya. Beribukan seorang pelacur dan berbapakan seorang kaki judi, menjadi pe...
