Dunia ini diisi oleh pelbagai ragam manusia. Kadang aku terfikir, orang yang melakukan kejahatan itu, benarkah mereka memang dilahirkan untuk menjadi jahat? Bukankah mereka membesar daripada bayi? Bayi yang pada asalnya mempunyai hati suci dan bersih? Bagaimana boleh hati suci itu dicorakkan dengan warna hitam?
Apakah itu juga adalah takdir ketentuan atau pun nasib yang dipilih? Mengapa lahirnya manusia yang berperangai kejam? Kadang kadang aku terfikir, mengapa boleh ayah dan ibuku melakukan sedemikian rupa? Tidakkah mereka bermula dengan bayi yang suci hatinya? Bagaimana hati mereka boleh dicemari dengan kekotoran seperti itu?
Soalan yang susah sekali untuk aku jawab, sampai bilakah mereka akan berhenti? Berhenti dari melakukan perkara yang dipandang hina oleh masyarakat.
Pelangi itu berwarna warni. Mengapa hidup aku hanya berlatarkan satu warna sahaja? Warna hitam yang melambangkan betapa gelapnya hidup aku.
"Aizat... Aizat.."
Aku mendengar suara seseorang memanggil aku.
"Aizat.. kita dah sampai."
Aku menghentikan lamunanku dan memalingkan wajahku kearah suara yang memanggil namaku.
"ya abang Kimi..."
Hakimi tersenyum. "ni, abang cakap tadi, kita dah sampai. Jum keluar."
"ohh. Minta maaflah saya mengelamun sebentar tadi." Aku membalas senyumannya.
"tak apelah. Mari. Tolong abang uruskan Yusof dekat hospital hari ni ye."
"baiklah." Balas aku seraya membuka pintu kereta.
--
Sepanjang perjalanan, aku tidak sedar pula yang aku mengelamun jauh. Orang macam aku, terlampau banyak yang aku fikirkan. Namun, ada sesetengah persoalanku tidak juga menemui sebarang jawapan bernas.
Aku berjalan mengekori Hakimi dibelakangnya yang sedang menolak Yusof yang sedia ada diatas kerusi rodanya. Kami berjalan menuju masuk kedalam ruang hospital.
"Aizat.. Aizat tunggu dekat luar dulu ya. Biar abang yang uruskan semua."
Aku mengangukkan kepala, faham akan arahan yang diberikan oleh Hakimi. Hakimi dan Yusof hilang dari pandangan aku sebaik sahaja aku melabuhkan punggungku disalah satu bangku yang disediakan diluar bilik doktor yang merawat Yusof.
Aku mengeluh. Keluhan sudah menjadi makanan aku. Nek Sha pernah pesan, tak baik mengeluh. Tuhan tak suka. Namun, dalam keadaan aku sebegini, keluhan itu adalah sesuatu yang sedikit sebanyak melegakan hati aku.
Sudah banyak lelaki yang pernah aku layan, namun belum pernah sekalipun aku mengagumi fizikal mereka. Namun, apakah maksud disebalik kejadian pagi tadi? Apakah sedikit sebanyak aku merindukan pelukan seorang lelaki? Bukankah aku tidak merelakan ia. Adakah kerana aku sudah lama dilayan sebegitu sehingga aku... rumit. Rumit untuk aku katakan.
"seorang saja?"
Lamunanku terhenti seketika. Aku memandang kearah suara yang menegur aku.
Seorang lelaki. Tinggi. Berbadan tegap dengan memakai pakaian persis seorang doktor dihospital itu. Apakah dia juga salah seorang doktor disitu?
Aku membalas pertanyaannya dengan sebuah senyuman kecil. Cukuplah untuk menunjukkan etika sopan dihadapan orang asing yang berlum pernah aku berjumpa.
YOU ARE READING
Pelacuran Cinta(boyxboy)
RomanceKehidupan Aizat tidaklah seindah dongeng putera raja. Dilahirkan dalam keluarga yang tidak kenal erti kasih sayang menyebabkan dia dijual oleh keluarganya kepada bapa saudaranya. Beribukan seorang pelacur dan berbapakan seorang kaki judi, menjadi pe...