"Aizat! Ingatlah selalu. Hidup ini tak seindah yang dibayangkan. Kemana saja Aizat pergi, jangan pernah mengalah dengan takdir. Jangan mudah berputus asa dengan nasib. Carilah kebahagiaan. Buang segala kesedihan."
Aku memandang wajah Nek Sha yang tersenyum senang. Aku yang merehatkan kepalaku dipahanya rasa sungguh selesa. Rambutku diusap lembut.
"Nek Sha, kenapa kita kena hidup macam ni ya?"
Nek Sha ketawa kecil. Dia memandang keluar, melihat burung burung berterbangan bebas diudara.
"entahlah. Nek Sha pun tak tahu. Sekelip mata sahaja, Nek Sha dah jadi macam ni."
Aku ketawa kecil. Aku sememangnya tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh Nek Sha. "kenapa tak semua orang hidup senang, hidup bahagia, ada ayah dan ibu yang penyayang?"
Nek Sha memandangku. Lantas mengucup pipiku dan tersenyum. "cuba Aizat bayangkan, kalau Aizat ada mak dan ayah yang sayangkan Aizat, mesti Aizat dah tak sayangkan Nek Sha kan."
Cepat cepat aku menggelengkan kepala. "tak. Aizat mesti sayangkan Nek Sha juga. Nek Sha baik. Cantik. Pandai masak."
Nek Sha masih tersenyum. Tangannya mencapai tanganku sebelum digenggam. "Aizat sayang mak dengan ayah Aizat tak?"
Aku terdiam sejenak. Buntu dengan apa yang harus aku jawab. Soalan Nek Sha itu terlalu sukar untuk aku tafsirkan. Namun, mengenangkan nasibku yang sebegini dan ibu dan ayahku yang sememangnya tidak pernah menyanyangiku, aku menggeleng.
Nek Sha menghela nafas berat. "Aizat! Ingat tau. Walau teruk macam mana pun mak dan ayah Aizat, Aizat tak boleh benci mereka selamanya. Aizat kena selalu berdoa agar Tuhan bukakan hati mereka, supaya mereka sedar akan kesalahan mereka sebelum ini."
"tapi Nek Sha, Aizat tak boleh terima dorang macam tu. Aizat tak rasa Aizat mampu maafkan dorang."
Nek Sha menarikku kedalam pelukannya. "Aizat. Aizat masih kecil. Belum baligh lagi. Aizat takkan faham apa yang Nek Sha cakapkan. Satu hari nanti bila Aizat dah besar nanti Aizat mesti faham. Masa tu Aizat jangan berhenti berdoa untuk dorang."
Aku hanya mengangguk. Ada benarnya kata kata Nek Sha. Aku masih kecil. Belum mampu berfikir tentang kehidupan. Mungkin satu hari nanti bila aku dah besar dan mencecah dewasa, aku akan faham apa yang disampaikan oleh Nek Sha.
Nek Sha mengusap lenganku. "Aizat ingat tau. Jangan pernah mengalah. Teruskan hidup dan carilah kebahagiaan. Percaya pada diri sendiri. Kalau satu hari nanti, Aizat rasa sedih, rasa marah, rasa nak mengalah, pandang Langit. Pandanglah awan. Pandanglah burung burung yang bebas berterbangan. Luahkan semuanya, semuanya yang terpendam dalam hati dan jiwa. Percayalah, bila Aizat buat macam tu, Aizat akan rasa lega. Seperti burung burung yang berterbangan bebas, setiap mereka akan dengar luahan hati Aizat dan bawa pergi jauh semua masalah tu."
Seraya itu, aku memandang langit yang terbentang luas diluar. Bak kata Nek Sha, aku cuba meluahkan segala perasaan yang terpendam dalam hati. Sehingga aku tidak perasan, perlahan lahan mataku tertutup.
"Aizat!"
Suara Nek Sha memanggilku kuabaikan. Mataku terlalu berat. Badanku terasa lemah.
"Aizat!"
Aku merasakan badanku digoncangkan. Namun aku tidak mampu melakukan apa apa.
"Aizat!"
Suara Nek Sha semakin perlahan.
"Aizat!" aku tidak mendengar jelas apa yang dikatakan oleh Nek Sha.
"Aizat!"
Bunyi teriakan kuat membuatku membuka mataku pantas.
YOU ARE READING
Pelacuran Cinta(boyxboy)
RomanceKehidupan Aizat tidaklah seindah dongeng putera raja. Dilahirkan dalam keluarga yang tidak kenal erti kasih sayang menyebabkan dia dijual oleh keluarganya kepada bapa saudaranya. Beribukan seorang pelacur dan berbapakan seorang kaki judi, menjadi pe...