"P-pak Abu?"
Abang Seman melirik ke arahku. Dahinya berkerut, seolah menantikan jawapan daripadaku.
"Aizat?" Suara Pak Abu dengan nada terkejut.
"Aizat kenal dia ke?" Abang Seman keliru.
"Eh, eh, betullah ni Aizat kan?" Terukir senyuman pada bibirnya.
Abang Seman yang tergantung fikirannya di situ masih menantikan penjelasanku. Aku lantas memegang lengan Abang Seman.
"Abang Seman, nanti Aizat cerita ya." Bisikku kepadanya.
"TEMAH! OI TEMAH!" tanganku di tarik oleh Pak Abu. Abang Seman cuba menarik tanganku namun aku menggeleng, meninggalkan tanda untuk dia hanya mengikuti dari belakang.
Pak Abu berjalan, membawaku masuk ke ruangan belakang rumah yang pernah aku menumpang kasih itu.
Langkahku mati sebaik sahaja mataku terpandang wajah dua insan yang aku rindu.
"EH! Aizat? Betul ke ni Aizat?" Suara Mak Temah jelas kedengaran di telingaku.
"Abang! Lekas sini." Lenganku digenggam Mak Temah sambil dia memanggil suaminya.
Pak Abu tersenyum senang melihat Mak Temah yang menitiskan air mata kegembiraan melihatku di hadapannya.
"AIZAT KE NI?" ujar suami Mak Temah yang melihatku dari dalam dapur. Suaranya agak teruja.
Aku mengangguk perlahan meski aku terasa janggal dengan situasi yang sedang aku hadap. Mak Temah mengusap air matanya dan lantas menarikku masuk ke dalam.
"mari-mari masuk dalam dulu."
Abang Seman yang berdiri di belakangku masih cuba memproses situasi yang berlaku.
Aku dipelawa untuk duduk di kerusi makan di ruang dapur itu.
"Ni, Encik Seman kan?" Pak Abu bertanya kepada Abang Seman yang berdiri di pintu dapur itu.
Abang Seman mengangguk setelah melirik ke arahku.
"sila ikut saya ke kebun kami. Bolehlah sambil-sambil tu tengok sementara mengunggu kepulangan Encik Hakimi. Sebentar lagi Encik Yusof dan Encik Hakimi akan tiba bersama ibunya."
Aku mengangguk untuk meyakinkan Abang Seman yang semestinya sangat terkejut dengan apa yang berlaku. Namun kesabarannya pada waktu itu cukup membantu aku untuk berasa kurang risau terhadapnya. Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan pada saat ini.
Di hadapanku, Mak Temah sedang menghidangkan air dan jamuan kueh di atas meja.
"Ni Nak Aizat. Makanlah. Kueh karipap ni baru lepas digoreng."
"Kamu ke mana Aizat? Lama betul menghilang? Takde khabar apa terus hilang dah tak jenguk rumah ni lagi dah."
"itulah Aizat. Kami semua ingat kamu lari dari rumah ni. Encik Yusof pun cakap macam tu." Suara Mak Temah sambil menuang air ke dalam cawan.
Aku terdiam. Lidahku terkunci dengan pandangan mereka yang melekat pada wajahku.
"Aizat tinggal mana sekarang ni? Macam mana boleh kenal Encik Seman?" Pak Cik Rosli bersuara.
"Abang, kita kena bagitahu Encik Hakimi, mesti dia senang hati kalau tahu kita dah jumpa Aizat." Tambahnya.
Bertubi-tubi perkataan yang keluar dari mulutnya. Tidak sempat untuk aku memulakan bicara. Meski buntu dengan susunan perkataan yang bercampur dalam kepalaku, aku harus mengatakan sesuatu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Pelacuran Cinta(boyxboy)
RomanceKehidupan Aizat tidaklah seindah dongeng putera raja. Dilahirkan dalam keluarga yang tidak kenal erti kasih sayang menyebabkan dia dijual oleh keluarganya kepada bapa saudaranya. Beribukan seorang pelacur dan berbapakan seorang kaki judi, menjadi pe...
