dalam mencari kebahagiaan hidup, kita sering tersungkur tatkala ujian mendatang. Kebahagiaan yang dipinta, namun penderitaan yang kita dapat. Mungkin penderitaan itu adalah satu pengajaran. Pengajaran untuk kita mematangkan diri kita. Sepertinya matang tak boleh diukur dengan sebarang alat pengiraan. Namun matang itu apabila kita siap sedia menghadapi apa jua rintangan dengan sebuah senyuman dan azam yang kuat. Kuat untuk berjalan diatas bumi yang sedang tenat, dipenuhi lautan manusia dan makhluk hidup yang lain.
Mengapa tiap kali kita merasakan bahagia, tiap kali itu kita lupa. Lupa akan derita yang sentiasa cuba menghampiri kita. Dimana kita leka dengan senyuman dan tawa riang. Walhal tangisan itu adalah ubat hati.
Dalam aku merasakan bahagia apabila Hakimi menyatakan sayangnya kepada aku, aku takut. Takut kerana aku sedar bahawa cinta aku dan dia seperti minyak dan air. Minyak dan air takkan bercampur kerana berbeza densiti dan kelikatannya. Seperti cinta aku dan Hakimi, cinta didalam dunia nyata membuat aku dan dia terpisah oleh satu tembok. Tembok realiti. Realiti yang memisahkan aku dan Hakimi. Realiti yang dia adalah seorang ayah dan juga bekas suami orang. Realiti bahawa aku dan dia sama sama lelaki menambahkan lagi ketebalan tembok yang ada. Bagaimana boleh aku hancurkan tembok itu sedangkan aku sendiri tak mampu buat begitu.
"Aizat..."
Aku menoleh kearah Hakimi yang tersenyum kearah ku.
Aku dan Hakimi sedang berada didalam kereta miliknya. Hujan masih tidak berhenti mencurahkan rahmat Tuhan. Tak terasa baru sebentar tadi aku dan dia menangis di perhentian bas. Baru sekejap tadi perkara itu berlaku dan itu sedikit sebanyak membuatku bahagia. Aku tersenyum kecil. Sebuah senyuman yang aku ingin hadiahkan kepada insan yang mula aku sayangi.
"senyap je. Kenapa?" Tanya Hakimi selepas menarik lenganku kepangkuan ribanya. Tanganku digenggam kemas, memberikan ku haba yang mampu menghangatkan tanganku.
Aku menggelengkan kepala. "runsing. Runsing dengan persoalan dunia. Saya masih tak jumpa jawapannya lagi."
"apa yang awak fikirkan..?" soal Hakimi dengan raut bimbang.
Aku mengangkat bahuku malas. "banyak. Tentang semua. Tentang dunia. Tentang takdir. Tentang cinta. Tentang segala galanya. Saya buntu. Hidup ini seakan permainan puzzle yang tiada gambarnya. Yang ada Cuma bentuk lekuknya sahaja. Bagaimana boleh ia dicantum jika tiada gambar yang mampu kita suaikan. Bagaimana kita tahu setiap lekuk yang dicantum adalah benar?"
Hakimi mendekatkan tangannya kepipiku. Diusapnya lembut pipiku. Hakimi tersenyum memandangku lama.
"mungkin dunia ini terlalu kejam sehingga ia membuat awak jadi tak keruan macam ni, tapi saya nak awak tahu, kadang kadang kita perlukan orang lain untuk membimbing kita dalam meniti sebuah kehidupan yang penuh liku ini. Jadi, dalam bermain permainan puzzle, mungkin awak perlukan bantuan dari orang lain. Kita manusia. Manusia sering bergantung pada manusia yang lain. Itu lumrah."
Aku tersenyum sebelum menghela nafasku lemah. Aku membuang pandanganku keluar tingkap. Memandang kearah hujan yang masih membasahi bumi.
"tapi.. apa yang saya risaukan, apa yang saya khuatirkan adalah sebuah jawapan yang akan berakhir dengan satu penyeksaan. Saya tak sanggup rasa terseksa. Cukuplah saya hidup dalam sangkar hitam yang cukup perit."
Hakimi menarik mukaku lembut, membuatku mengalihkan pandanganku kearahnya.
"apa yang awak fikirkan? Cuba awak bagitahu saya."
Banyak perkara yang aku fikirkan. Terutamanya soal cinta antara aku dan Hakimi. Perkara ini masih baru kepada aku. Dan aku tak tahu mengapa perkara ini menjadi lebih utama daripada apa yang aku mahu lakukan pada masa hadapan. Seolah aku tak boleh berganjak dari memikirkan soal lain. Aku terus menerus tersekat pada soalan yang sama.
ANDA SEDANG MEMBACA
Pelacuran Cinta(boyxboy)
RomanceKehidupan Aizat tidaklah seindah dongeng putera raja. Dilahirkan dalam keluarga yang tidak kenal erti kasih sayang menyebabkan dia dijual oleh keluarganya kepada bapa saudaranya. Beribukan seorang pelacur dan berbapakan seorang kaki judi, menjadi pe...
