BAB 23

5K 199 26
                                    

Aku meletakkan hidangan yang baru sahaja aku selesai memasaknya diatas meja.

"wah bau sedap sungguh." puji Hakimi.

Aku tersenyum sebelum meletakkan nasi goreng ala kadar buatanku diataa pinggannya.

"ala nasi goreng biasa jelah. Saya tak reti sangat masak lauk lauk tu semua. Setakat nasi goreng tu taulah."

Hakimi tersenyum sambil menuangkan air kedalam gelas untukku dan juga dirinya.

"ala kalau sayang masak apa apa pun mesti sedap punya. Saya tak memilih."

"yeke. Mak Temah masak mesti lagi sedap kan. Saya tak boleh kalahkan dia."

"ya. Sedap. Mak Temah masak sedap sangat. Tapi masakan awak lain. Sebab awak masak untuk saya. Pentingnya niat awak untuk membahagiakan hati saya. sebab itu adalah kunci disebalik keenakan masakan awak."

Aku menggelengkan kepala. "ada adajelah."

Hakimi menggenggam tanganku. "saya suka keadaan macam ni. Ada teman istimewa teman saya makan, masakkan untuk saya. Jaga makan minum pakai saya semualah."

Aku menatap wajah Hakimi yang tersenyum senang. "saya sayangkan awak sangat sangat Aizat." Hakimi mengusap lembut jari jemariku.

"kadang kadang saya sendiri bingung. Yalah sekerap mana awak menyatakan cinta awak kepada saya, saya masih sukar nak percaya. Bukan apa. Saya tidak ada apa apa yang mampu menarik minat awak kalau dilihat dengan mata kasar sekalipun."

Hakimi tersengih. "awak ada hati dan jiwa yang baik. Jiwa dan hati awak yang berjaya menggoda saya. Haha"

Aku ketawa. "dahlah. Makanlah. Nanti sejuk tak sedap pulak."

Hakimi mengganggukkan kepala. Tangannya masih menggenggam tanganku.

"tangan tu tak nak lepaskan ke?

Hakimi menggeleng. "tak nak. Takut. Takut nanti awak lari."

Aku menggelengkan kepala. "ikut suka awaklah."

Hakimi ketawa kecil sebelum menyuap masuk sesudu nasi goreng kedalam mulutnya. Aku turut menjamah masakanku.

"sayang.." Hakimi berkata dengan nada yang lain dari selalunya.

Aku memandangnya aneh. "ya."

"terima kasih." Hakimi tersengih.

"untuk?"

"semuanya. Terima kasih sebab awak bersama  saya. Walau saya tahu hubungan kita ni hubungan yang tersorok, Tapi awak tetap bersama saya meski awak tahu itu amat menyakitkan."

Aku tersenyum kecil. "kalau bahagia itu bersama awak buat apa saya lari?" aku mengeluh kecil.   "Ya. Tak dinafikan saya fikir banyak tentang kita. Mencari satu jawapan kukuh. Sukar untuk saya istiqamah kadang kadang. Sebab perasaan saya ni tak terduga. Persoalan dan tanda tanya tidak putus berlegar, bermain di minda saya. Tapi jawapannya akan berbalik pada satu sahaja. Saya tidak sanggup berpisah dengan awak."

Hakimi tersenyum lebar dan terus mengusap pipiku.

"terima kasih."

Aku turut tersenyum. "saya lebih bertuah dapat berjumpa dengan awak."

"kita sama sama bertuah."

Aku mengangguk. "makanlah. Lepas ni awak kena balik pula kan."

Hakimi mengeluh. "kalau boleh saya rasa nak duduk sini. Tidur dekat sini. Tidur dengan awak. Boleh peluk puas puas."

Aku ketawa. "awak kan ade keluarga yang memerlukan awak."

Hakimi menjuih bibirnya. "awak pun keluarga saya. Buah hati saya. Teman hidup saya. Jiwa dan hati saya."

Pelacuran Cinta(boyxboy)Where stories live. Discover now