BAB 21

5.7K 244 42
                                    

"Sayang.."

Aku mendongak memandang lelaki itu. Lelaki yang ikhlas mencintaiku. Lelaki yang tak pernah langsung memandang masa laluku.

Hakimi menarikku kedalam pelukannya.

"sayang. Ini rumah saya. Rumah ni jarang saya guna sebab saya guna waktu zaman saya bujang. Sejak kahwin saya pindah rumah lain. Lepas rumah tangga saya hancur, saya jual rumah tu dan terus duduk sini balik." Hakimi meletakkan dagunya diatas bahuku. Aku dipeluk erat dari belakang.

Aku tersenyum kecil. Perasaan aku senang. Namun masih ada bimbang.

"mulai hari ni Saya nak awak duduk sini dengan saya. Saya tak nak kehilangan awak. Saya nak hidup bersama awak."

Aku menelan ludahku cuba mencari kata kata untuk diucapkan. Perasaan resahku kini cuba menguasai rasa senangku.

"tapi.."

"sshhh... No excuses okay. Jangan risau. Keluarga saya tak tahu pun saya masih gunakan rumah ni." Hakimi menggengam tanganku.

"tapi.."

"Sayang.. Sekarang ni satu je saya minta. Please. Tolong jangan tinggalkan saya. Saya janji saya akan sentiasa bersama dengan awak saya akan bahagiakan awak." Hakimi memusingkan badanku kearahnya. Dia tersenyum.

Aku memandang wajah Hakimi. Anak matanya terpancar sebuah rasa ikhlas dan jujur yang dapat aku rasakan.

Aku tersenyum kecil sambil tanganku mengusap jambul rambutnya. Aku mengeluh.

"untuk bersama saya, awak sedar tak yang awak akan kehilangan banyak benda?"

Hakimi menggeleng. "saya dah hilang banyak benda. Saya dah biasa. Cuma sekarang sudah tiba masanya saya simpan barang yang paling berharga yang saya akan jaga sampai bila bila. Saya tak nak kehilangan awak. Awak adalah dunia yang saya mahu hidup didalamnya."

Aku tersenyum. Mataku terasa hangat.

"kata kata mudah diungkap. Namun sukar dibuktikan." ujarku.

Hakimi terus menarikku erat sebelum melepaskan sebuah ciuman didahiku.

"mungkin sukar untuk saya buktikan dengan kata kata. Tapi percayalah. Jantung saya ni, takkan pernah sesaat berhenti bernafas untuk awak."

Aku ketawa kecil. Aku mengusap dagu Hakimi. "apa yang membuatkan awak suka dekat saya?"

Hakimi tersenyum. "banyak benda. Sejujurnya saya tak jatuh cinta pada awak masa saya mula nampak awak. Sekadar rasa simpati seorang manusia kepada manusia yang lain. Lama tu lepas saya kenal awak. Saya kagum dengan keberanian dan keteguhan awak dalam menjalani hidup awak yang terlalu pahit untuk dikenang. Awak berjaya harungi titik hitam itu dengan baik sedangkan saya. Saya begitu lemah." Hakimi mengeluh.

"selepas saya berpisah dengan bekas isteri saya. Saya terus tutup pintu hati saya untuk orang lain. Saya takut. Takut untuk memulakan satu hubungan baru. Saya takut hubungan itu akan berakhir dengan kegagalan. Saya takut dikecewakan lagi. Sebab tu saya jauhkan diri saya daripada orang luar. Saya tumpukan kepada keluarga saya."

Aku tersenyum. Aku teruskan mengusap dagunya.

"lepas saya kenal awak. Sedikit sebanyak saya dapat rasakan perubahan pada diri saya. Saya rasa  saya perlukan awak. Saya perlukan insan yang mampu menjadikan saya seorang insan yang tabah. Entah saya sendiri tak faham kenapa saya rasa macam. Macam ada satu perasaan senang bila saya bersama awak. Dan bila kita berjauhan saya rasa rindu. Keselesaan itu yang membuat saya rasa saya percaya perasaan cinta tu sedikit sebanyak mula berputik. Saya mula buka pintu yang selama ini saya tutup rapat. Saya mula percayakan pada cinta dan takdir."

Pelacuran Cinta(boyxboy)Where stories live. Discover now