Apakah sebenarnya yang aku cari dalam hidup ini? sebuah kebahagiaan? Namun mengapa begitu sulit untuk aku mendapatkannya? Mengapa begitu mudah untuk aku mendapatkan kekecewaan? Apakah kerana aku sememangnya sudah ditakdirkan untuk hidup dibawah kegelapan yang menutup segala ruang cahaya kebahagiaan dalam hidupku.
Dari kecil aku dibesarkan dalam kegelapan. Tiada cahaya yang mampu menarik aku keluar dari lorong gelap. Aku terkapar sehinggalah ada sesetengah manusia yang sanggup membantu aku keluar dari rasa kekosongan. Nek Sha banyak mengajar aku tentang soal dunia ini. selok belok dunia yang penuh dengan dugaan dan misteri.
Aku masih ingat pesan Nek Sha. Air mata adalah sahabat kita. Tak kiralah sekuat mana seorang lelaki itu, jangan pernah dia tidak menangis. Kerana air mata ini adalah ubat hati. Ubat untuk melembutkan hati manusia yang keras dan kotor. Ego itu boleh dihapuskan dengan air mata. Namun peliknya, air mata ini tidak mampu merawat hati yang terluka disebabkan cinta. Sebanyak mana air mata itu mengalir, kepedihan yang dirasa masih tidak mampu dipadam. Sekerap mana air mata mengalir, masih belum mampu menyembuhkan luka dihati. Ini kerana cinta itu sememangnya misteri. Sukar untuk diduga dan sukar untuk difahami.
Seperti sekarang, air mataku tidak mampu menghilangkan rasa sakit yang aku rasa didadaku ini. hakikat bahawa aku tidak mampu membuang rasa cinta ini membuatkan ku rasa kesal. Kesal kerana aku sendiri tidak tahu bagaimana perasaan ini boleh tersemai.
Aku memerlukan Nek Sha. Andai sahaja dia ada disisiku sekarang. Sudah pasti dia tahu bagaimana untuk aku teruskan hidupku dengan baik. Aku rindu akan nasihat yang mampu membuatku kuat untuk menempuhi hidupku ini.
Aku menangis dan terus menangis. Bantalku sudah basah dek air mataku yang tak terputus sejak aku baring diatas katil.
Ya Tuhan, hatiku terasa sakit. Perit untukku telan rasa sakit ini. tidakkah mampu Kau berikan aku sedikit ketenangan. Ketenangan untuk aku lupakan semua ini.
--
Subuh itu, usai solat, aku mempersiapkan diriku dengan membersihkan badanku terlebih dahulu. Aku masih mempunyai tanggungjawab yang telah diberikan kepadaku. Tanggungjawab untuk menjaga Yusof. Jika aku mahu mendapatkan sebuah keberkatan dari hasil duit yang kudapatkan, aku harus jujur dan amanah dalam melaksanakan tugasku.
Aku mengeringkan rambutku dengan tuala setelah memakai pakaian yang bersih. Aku memandang refleksiku dicermin. Mataku kelihatan sedikit sembab. Namun aku masih bersyukur kerana demamku sudah kebah. Badanku sudah rasa sedikit selesa.
Pagi ini, aku sudah tekad. Tekad untuk tidak menangis lagi. Air mata itu takkan mampu menyembuhkan luka yang sedang berdarah.
Setelah selesai mengemas katilku, aku terus berjalan keluar menuju kedapur.
Sampai sahaja aku didapur, aku melihat Mak Temah yang sedang membasuh pinggan.
"ha, pagi nak Aizat. Ni ha sarapan Mak Temah dan siapkan atas meja tu. Ala kadar je setakat roti dengan telur goreng je. Makanlah dulu."
Aku tersenyum memandang Mak Temah yang rajin bekerja. Sikapnya yang rajin membuatku rasa kagum terhadapnya. Walaupun sudah dimamah usia, dia masih mampu kuat mencari rezeki yang halal.
Aku melabuhkan punggungku diatas kerusi didapur itu.
"ni ha, pakcik pakcik kamu semua takde. Dioarang tu pergi pasar pagi beli barang dapur." Ujar Mak Temah sambil mengelap tangannya pada kain lap yang disediakan didapur.
Mak Temah kemudiannya mengambil tempat dihadapanku.
"dah solat subuh dah?" Tanya Mak Temah.
Cepat cepat aku menganggukkan kepala.
ANDA SEDANG MEMBACA
Pelacuran Cinta(boyxboy)
RomanceKehidupan Aizat tidaklah seindah dongeng putera raja. Dilahirkan dalam keluarga yang tidak kenal erti kasih sayang menyebabkan dia dijual oleh keluarganya kepada bapa saudaranya. Beribukan seorang pelacur dan berbapakan seorang kaki judi, menjadi pe...
