Perlahan lahan aku membuka mataku. Aku cuba menegangkan badanku yang agal pegal. Sambil sambil itu mataku memandang keluar.
"Kita kat mana ni?" soalku disaat terpandang bangunan banyak yang tak pernah aku lihat.
Kamal tersenyum lebar. "ni. Aku singgah kedai makan kejap. Kita makan dulu ya." tutur Kamal lembut.
Aku menggelengkan kepala. "aku tak lapar. Aku nak balik. Hantar aku balik."
Kamal masih dengan senyumannya. "please Aizat. Kali ni je. Ada benda aku nak cakap dengan kau. Please bagi aku masa sikit je."
Aku mengeluh lemah. Sejujurnya emosiku bercampur aduk. Antara hampa, sedih. Aku hanya mampu merasakan keperitan.
"please Aizat. Kali ni je." pujuk Kamal lagi.
Aku menekup wajahku dan terus menangis. Membiarkan sahaja air mataku terus membasahi wajahku.
Kamal yang melihatku menangis, terus menarik bahuku dan menyandarkan kepalaku dibahunya.
"menangis lah sepuasnya Aizat. Dalam dunia ini, antara sakit yang paling perit ialah tidak bukan melainkan kehilangan orang yang kita betul betul sayang."
Aku membiarkan terus air mataku mengalir laju. Sakit. Hati ini sakit. Pemergian Nek Sha terasa seperti separuh hidupku hilang. Apalah erti hidup jika insan yang kita sayang itu tidak bersama.
Kamal mengusap bahuku lembut. "aku tahu. Aku tak faham keadaan kau. Aku tak mampu nak cakap apa untuk hilangkan rasa sedih kau. Kalau betul kau rasa sedih. Sakit. Menangislah. Menangislah sehingga kau rasa lega dan tenang. Biarlah air mata itu yang menyejukkan hati kau."
Mendengarkan kata kata kamal itu, aku terus menangis teresak esak.
"a-aku rindukan dia. Sangat sangat rindukan dia. Dia ibu aku. Dia hidup aku. Keluarga aku. Harta yang aku ada."
Kamal menepuk bahuku lembut. "sabarlah Aizat. Sabar dan teruslah bersabar. Lumrah hidup itu, kita Diberi nyawa hanya sementara. Nak tak nak, kita semua akan pergi juga satu hari nanti."
Aku menepis tangannya sebelum menggeleng. "kau takkan faham. Kau semua takkan faham perasaan aku."
Aku tersenyum sinis. Ada benar apa yang dikatakan oleh Kamal. Namun, aku masih tidak mampu menerima kenyataan pahit itu. Semua ini seperti mimpi. Mimpi buruk yang selamanya akan menghantui aku.
"dahlah kamal. Aku nak balik. Tolong. Aku mintak tolong sangat sangat. Hantar aku balik. Aku perlukan masa untuk bersendirian." pujukku.
Aku terlalu penat untuk berfikir sementara. Kewarasanku seakan akan mula goyah. Aku tidak tahu mana satu realiti. Mana satu fantasi. Semuanya bercelaru.
Kamal melepaskan keluhan berat dan akhirnya dia mengalah juga.
"okaylah. Aku hantar kau balik. Aku tahu kau perlukan rehat. Cuma aku berharap kau tak terlalu memikirkan perasaan dan buat benda bukan bukan. Kau fahamkan maksud aku."
Aku hanya mendiamkan diri. Tiada jawapan yang mampu aku balas. Fikiran aku buntu. Aku mahukan katilku. Aku perlu tidur. Aku takut ini hanyalah sekadar mimpi.
Perlahan lahan kereta Kamal mula meluncur kembali diatas jalan raya. Aku berusaha sedaya upaya menahan rasa sebak yang terkumpul dihatiku ini. Perih. Aku tidak tahu bagaimana dan pada siapa harus aku luahkan.
--
Usai sampai diperkarangan rumahku. Aku berterima kasih kepada Kamal.
"terima kasih. Sebab kau dah bawak aku jumpa Nek Sha." aku tersenyum pahit. "walaupun pertemuan aku dan dia.. Terlalu tragis. Tapi aku senang. Akhirnya aku tahu mana dia berada."
ANDA SEDANG MEMBACA
Pelacuran Cinta(boyxboy)
Storie d'amoreKehidupan Aizat tidaklah seindah dongeng putera raja. Dilahirkan dalam keluarga yang tidak kenal erti kasih sayang menyebabkan dia dijual oleh keluarganya kepada bapa saudaranya. Beribukan seorang pelacur dan berbapakan seorang kaki judi, menjadi pe...
