BAB 42

3.8K 210 74
                                    


Subuh yang dingin itu terasa sunyi. Aku duduk termenung di tangga rumah sambil memandang awan yang mula membuka tirai untuk sang Mentari. Sambil ditemani pekikan ayam yang tidak henti berkokok aku hirup aSir teh hangat yang aku bancuh usai beribadah.

Rumah ini terasa sunyi apabila Irwan tiada. Sudah dua hari aku pulang ke sini setelah menemani abang Seman ke bandar. Irwan masih mahu berlama di rumah keluarganya. Sudah lama dia menemani aku di sini. Ada baiknya dia luangkan masa dengan keluarganya. 

Sebelum pulang sempat aku beli beberapa buah tempatan yang sudah masuk musimnya sebagai buah tangan kepada Makcik Su. Aku senang apabila semua keluarga Makcik Su turut rasa suka dengan buah tangan tersebut.

Keadaan di kampung ini cukup menenangkan. Embun pagi menambah kedinginan pada pagi itu. aku memeluk kakiku sambil menghirup udara segar. Aku melepaskan keluhan bosan sambil melunjurkan kakiku di tangga.

"Bosannya!" keluhku.

Aku melihat sang Mentari mula memunculkan bayangan dirinya. Terukir senyuman panjang di bibirku. Aku lantas bangkit dan terus masuk ke dalam rumah setelah mengunci pintu.

Segera aku bersiap-siap menukar pakaian yang sesuai untuk aku mendaki bukit yang terletak tidak jauh dari rumah aku ini. Kawasannya sering didatangi orang kampung untuk beriadah.



--




Kelihatan hari ini tidak ramai pungunjung yang mengunjungi bukit ini. Perasaan senang mula membuat bibirku terukir senyuman panjang secara tidak langsung. Tuala kecil ku sangkutkan di leherku sebelum aku mempercepatkan langkahku mendaki bukit itu.

Sambil berjalan mataku melihat pokok-pokok tua yang besar sepanjang persisiran bukit itu. Ada beberapa orang tua yang sedang berehat di bawah pokok-pokok itu. Berada di puncak bukit itu sangat menyenangkan hatiku. Bukit ini tidaklah begitu tinggi namun dapat melepaskan peluh badan yang banyak. Singkat sahaja masa yang aku ambil untuk mendaki bukit ini. Tak terasa penat meski bahang Mentari yang mula terasa.

Aku tidak menyesal mengikut firasat hatiku untuk datang mendaki bukit ini pada hari ini. Hatiku rasa sangat tenang dan tidak lagi sunyi melihat keindahan alam.

Namun perasaan gembira itu hanyalah sementara. Bibirku yang terukir senyuman terus mati sebaik sahaja mataku terpandang satu mahluk.

Yusof sedang tersenyum di atas puncak bersama Arman. Mereka kelihatan sangat seronok ketawa bersama sambil mengambil gambar. Mataku liar mencari kelibat Hakimi namun tidak kelihatan. Aku duduk bertentangan dengan bangku mereka.

Dia kelihatan sudah begitu sembuh dan lebih sihat. Namun begitu masih dia memakai tongkat untuk membantunya berjalan.

Yusof yang melihatku dari tempatnya tersenyum sinis. Dengan lagak sombongnya dia datang menghampiriku yang sedang menikmati minumanku.

"Kau buat ape kat sini?" Ringkas sahaja soalannya namun nadanya tidak lari dari menampakkan sifat angkuhnya.

"beriadah..."

Dia ketawa sinis. "Kau mesti ada merancang sesuatu ni. Setiap masa, mana-mana aku pergi mesti ada kau. Kau cari Hakimi?"

"Kenapa perlu cari dia?" balasku santai.

"yalah. Kau perlukan duit lah. Bila semua duit kau dah habis, kau datang cari dialah untuk kebas duit dia, apa lagi. Duit yang kau kasi dekat kau tu tak cukup lagi ke?"

Pelacuran Cinta(boyxboy)Where stories live. Discover now