Aku mencangkul tanah sebelum meletakkan beberapa batang serai untuk dihidupkan. Irwan di pangkin baru sahaja selesai membajak tanah di perkarangan rumah kami.
Irwan menikmati air sirap yang sudah siapku bancuh awalnya.
"Woi Jat! Rehatlah dulu. Tengah panas teruk ni." Pekiknya sambil mengipas mukanya dengan tangan.
Aku ketawa kecil. Tanganku terhenti dari mengambus tanah. Aku berjalan ke pangkin dan duduk di sebelahnya.
"Kalau panas, esoklah kita sambung."
"Itulah, panas teruk harini. Nak hujan petangnya kot." Aku turut mengipas mukaku yang tak penuh dengan titisanpeluh.
Irwan menghulurkan cawan yang sudah berisi air sirap kepadaku. Aku tersenyum lantas mengambilnya.
Terasa lega setelah air dingin manis itu membasahi tekakku.
"kita tanam serai and cili pun okay gak sementara ni kan. Nanti aku mintak sikit dekat abang Seman kot kot dia ada benih or baja yang dia tak guna ke."
Aku mengangguk faham. "Aku tak kisah. Yang penting adalah kerja untuk aku hilangkan rasa bosan. Sekarang ni aku nak sibukkan diri aku dengan benda yang berfaedah. Benda-benda yang boleh naikkan semangat hidup aku."
Irwan melepaskan keluhan panjang. "Kalau ada rezeki leibih kita bolehlah kasi hasil tanaman dekat makcik Su nanti."
"betul tu."
"Aku suka tengok kau rajin betul buat kerja. Lain dari yang lain." Dia terdiam sebentar sebelum kembali bersuara. Matanya jauh melayar ke gambusan tanah sebelum kembali menghadapku.
"Kau dah okay?"
Aku terdiam seketika menghirup udara segar bau rumput dan tanah yang baru sahaja dicabut dan digambus.
"Alhamdulillah. Aku semakin baik."
Terukir senyuman lega di bibir Irwan. Dia membuang pandangannya ke langit biru yang cerah.
"Aku dah betul-betul boleh ikhlaskan pemergian Nek Sha. Lepas hari melawat kubur dia, lepas aku dah puas menangis, aku dah nekad nak berubah Wan. Aku nak belajar untuk ikhlaskan diri dengan takdir hidup aku."
"Baguslah kalau macam tu. Perlahan-lahan, nak sembuh dari kesedihan ni bukan benda yang mudah dan cepat. Kau ambillah masa selama mana kau perlu. Tapi nasihat aku satu je, aku harap sangat kau enjoy di setiap saat proses hidup kau. Aku akan sentiasa ada dengan kau waktu kau gembira, susah, sedih okay."
Aku mengangguk. "Terima kasih sebab ada dengan aku sampai sekarang. Aku pun sama Wan. Aku akan sentiasa ada dengan kau. Sekarang ni aku nak fikir pasal orang-orang yang baik yang selalu ada dengan aku. Aku nak tolong kau sebab kau pun dah banyak tolong aku"
Irwan mendekatkan tubuhnya denganku. "Kaulah sahabat aku selama-lamanya."
Aku mengangguk. "Kau pun sahabat aku sampai bila-bila."
Irwan menarik bahuku menyandar ke bahunya. Kali ini aku pasti. Aku mahu berbakti pada Irwan yang dah banyak tolong aku.
--
"Aizat, hujung minggu ni abang Seman dan janji dengan Encik Hakimi nak uruskan projek kebun dekat kawasan belakang rumah dia. Dia nak mini kebun. Aizat temankan abang boleh?"
YOU ARE READING
Pelacuran Cinta(boyxboy)
عاطفيةKehidupan Aizat tidaklah seindah dongeng putera raja. Dilahirkan dalam keluarga yang tidak kenal erti kasih sayang menyebabkan dia dijual oleh keluarganya kepada bapa saudaranya. Beribukan seorang pelacur dan berbapakan seorang kaki judi, menjadi pe...