Pagi itu aku terjaga dari tidur lenaku dan langsung mataku terpahat pada wajah Hakimi yang tidur menghadapku. Melihat wajahnya yang nyenyak tidur itu menenangkanku sedikit.
Cahaya matahari yang terpancar masuk dari ruang kecil tingkap menghangatkan pipiku. Selimut yang menyelimuti separuh tubuhku itu ku tarik dan lepaskan dari tubuhku.
Aku memandang Hakimi yang masih lena. Suara dengkurannya membuatku rasa kasihan untuk membuatnya terjaga dari mimpi lena. Aku menggerakkan badanku, dan duduk bersila di tepi Hakimi yang terbaring.
Aku menarik kakiku, memeluknya. Kepalaku direhatkan di atas lutut. Aku tidak lepas dari memandang Hakimi. Perasaan sedih dan kesal bermain dalam jiwaku. Perasaan marah semalam sepertinya sudah mula reda. Aku kesal dan sedih memikirkan nasib hidupku seterusnya.
Jika aku memilih untuk bersamanya semula, seberapa jauh aku dan dia akan kekal bersama? Jika aku memilih untuk menjauhinya, seberapa lama dia akan mengejarku dan sehingga mana aku harus berhenti berlari darinya?
Aku melepaskan keluhan kesal. Terasa berat di dada.
"Kenapa Encik kena balik semula dalam hidup saya? Kenapa Encik cari saya semula?" Bisikku sambil merenung wajah tidurnya.
"Tak boleh ke kalau Encik terus membenci saya?"
Aku menyentuh rambut Hakimi lantas meramas rambut lebatnya itu. Tanganku merayap sehingga ke keningnya. Aku mengusap berulang kali keningnya.
Aku kembali memeluk kakiku dan memandang ke sudut tingkap rumah yang tertutup itu.
"Betul ke, Saya tak berhak hidup bahagia? Adakah sebab saya anak hasil pelacuran? Sampai bila saya kena pikul beban ni?" Tambahku.
Dunia manusia itu berbeza-beza. Namun perbezaan itulah yang menyakitkan. Cemburu dengan takdir mereka yang tertulis berlainan di antara satu sama lain.
Aku yang terasa sebak menutup wajahku dengan menindih mukaku ke lututku. Aku menggeleng. Aku memandangnya semula. Wajahnya masih polos terlena.
"Kadang saya berharap saya jadi orang gila. Sebab semua yang mustahil dalam hidup ni, semua tu tak mustahil bagi mereka. Tak perlu fikirkan hal dunia, hanya memenuhi waktu dengan benda yang buat saya gembira. Hanya saya dan dunia yang..." lidahku seperti ditarik semula. Tiada kata-kata yang mampu keluar dari mulutku. Aku ketawa, hampa dengan angan-anganku sendiri.
Aku menggeleng, cuba mengukirkan senyuman. Aku tidak mahu melayan perasaan sedih di permulaan hari. Cukuplah semalam aku mendedikasikan air mataku untuk Hakimi. Biarlah hari ini, aku menghadiahkannya senyuman. Dengan harapan dia kembali tenang dan mampu menjemput fikiran warasnya semula.
Aku terdengar suara rengekan kecil. Mata Hakimi terbuka. Aku memandangnya.
Matanya yang masih terkebil-kebil mencari kelibatku. Sebuah senyuman lega terpampang dari wajahnya sebaik dia melihatku dengan matanya sendiri.
Aku hanya berada di tempatku, kaku sebelum perlahan-lahan bibirku membentuk senyuman. Hakimi menarik nafasnya sedalam mungkin sebelum menghembus kuat. Dia memberiku m senyuman manisnya. Tangannya mengurut leher dan lengannya. Suasana di ruangan itu terasa agak kekok mengingatkan kejadian semalam.
Melihatkan dia hatiku menjadi sayu. Kesian kerana membiarkan dia tidur di atas lantai yang hanya berlapikkan tilam nipis. Jelas dia belum pernah biasa tidur di atas lantai.
"Hi." Tegurnya, lembut sahaja suaranya.
Aku menundukkan padanganku. "Saya nak siapkan sarapan." Ujarku sebelum cuba berdiri dari tempatku.
Namun Hakimi cepat-cepat menggenggam lenganku. Aku tersentak, terkejut dengan tingkah lakunya. Aku segera memusingkan pandanganku ke arahnya.
"Awak nak saya tolong?" Matanya sayup memandangku.
ANDA SEDANG MEMBACA
Pelacuran Cinta(boyxboy)
RomanceKehidupan Aizat tidaklah seindah dongeng putera raja. Dilahirkan dalam keluarga yang tidak kenal erti kasih sayang menyebabkan dia dijual oleh keluarganya kepada bapa saudaranya. Beribukan seorang pelacur dan berbapakan seorang kaki judi, menjadi pe...
