Aku memeluk Arman sambil mengusap belakangnya.
"Arman jangan nakal nakal tau. Nanti abang aizat belikan cokelat."
Arman mengangukkan kepalanya sebelum mencium pipiku.
"Janji?" Arman kelihatan senang sekali.
Aku menganggukkan kepala sambil mengeluarkan jari kelingkingku kearahnya.
"Abang Aizat janji. Nanti lepas balik sekolah abang Aizat bagi Arman."
Arman terus menyilangkan jari kelingkingnya dengan ku sambil ketawa riang. "Okay janji."
Aku bangkit dari membongkok dan terus mengusap rambutnya.
"Okay dah masuk. Ingat dengar cakap cikgu dan jangan bergaduh tau. Kawan dengan semua orang."
"Okay. Bye."
Arman cepat cepat berlari masuk kedalam pusat tadika. Aku ketawa kecil tatkala melihat kaki kecilnya yang gagah berlari.
Aku menghela nafas berat sebelum tersenyum lega. Aku terus berjalan masuk kedalam kereta semula.
"Pak Cik Rosli boleh tak turunkan saya dekat mall. Sebab saya nak beli barang sikit."
"Ha yalah. Nanti balik kamu jemput Arman?"
"Haah. Tapi pak cik Rosli tak perlu datang amek saya. Saya naik teksi terus pergi tadika. Kita jumpa dekat tadika jelah nanti."
"Okay." Balas Pak cik Rosli bersahaja.
Aku memberikannya senyuman sebelum memandang keluar tingkap.
Arman masih kecil. Sejujurnya aku kesian mengenangkan takdir hidupnya yang harus dia tempuh. Dia masih kecil. Apa yang dia tahu hanyalah dia memerlukan kasih sayang seorang ibu dan bapa. Seorang ibu, wanita yang melahirkan anak semestinya lebih mempunyai sifat penyayang yang lebih sempurna. Ibu. Semestinya seorang ibu itu adalah makhluk ciptaan Tuhan yang mempunyai belaian kasih dan sayang yang sangat mujarab. Sentuhan mereka adalah sentuhan yang mampu menenangkan jiwa.
Sayang sekali aku tak merasakan itu. Sentuhan ibuku tidak pernah begitu lembut. Tangan lembutnya hanya mampu menambahkan luka yang meninggalkan kesannya kepadaku sehinggalah kehari ini.
Hati ini lagi terluka, namun untuk membencinya, darahnya juga mengalir dalam diriku. Membencinya adalah bermaksud aku membenci diriku juga. Tanpa dia, dunia ini mungkin takkan pernah aku kenal. Sebenci mana aku terhadap kenyataan yang menyakitkan ini, aku masih tidak dapat membuangnya dari hatiku. Dia juga adalah wanita. Seorang ibu yang melahirkan aku. Cumanya dia berlainan dari ibu yang lain. Mungkin takdirnya yang menjadikannya sebegitu. Aku tidak tahu apa yang dia lalui. Apa yang aku tahu, aku masih seorang anak yang dilahirkan olehnya.
Aku mengeluh. Terus aku cuba memikirkan benda lain. Aku tidak mahu terus menyiksa jiwaku dengan terus mengingat kembali asal usulku. Asal usulku yang sulit difahami.
"Arman tu, dia mesti sunyi. Manakan tidak. Dia seorang je anak kecil dekat dalam rumah tu. kalau sepupunya datang barulah dia ceria dan aktif, dapat jumpa kawan sebaya kan."
Pak cik Rosli tersenyum sambil mula mengajak ku untuk berbual.
Aku turut tersenyum. "Itulah. Saya pun kesian. Kalau dia ada adik atau kawan dekat rumah tu mesti dia tak rasa sunyi sangat. Takdelah dia berkepit dengan papanya sahaja."
Pak Cik Rosli mengeluh. "Si Hakimi tu pun satu. Dah lama dia menduda. Tak pernah pulak kami ni nampak dia keluar dengan perempuan lain. Sejak dia berpisah dengan bekas isterinya dulu, dia macam banyak diam, jarang keluar rumahlah."
YOU ARE READING
Pelacuran Cinta(boyxboy)
RomanceKehidupan Aizat tidaklah seindah dongeng putera raja. Dilahirkan dalam keluarga yang tidak kenal erti kasih sayang menyebabkan dia dijual oleh keluarganya kepada bapa saudaranya. Beribukan seorang pelacur dan berbapakan seorang kaki judi, menjadi pe...