Mimpi itu hanyalah mainan tidur. Aku tidak pasti apa sebabnya Tuhan jadikan manusia itu mampu untuk bermimpi. Mimpi dihadirkan untuk merehatkan minda kita. Namun, mengapa segala yang bermain didalam mimpi adakalanya hanyalah sebuah tayangan yang tidak mampu dijadikan reality. Mengapa tidak manusia diperlihatkan takdirnya melalui mimpi? Tapi aku tahu, Tuhan memiliki jawapan yang aku sendiri tak mampu berfikir. Itu semua kerja tuhan. Biarlah Tuhan yang tentukan.
Aku terjaga pada pukul 4 pagi. Itu semua gara gara mimpi yang cukup menakutkan aku. sebuah mimpi yang aku tidak patut langsung mempunyai pemikiran tentang itu. aku bermimpi dimana aku dan seorang yang aku tak tahu siapakah dia, sedang berpegangan tangan bersama. Wajahnya tidak ku lihat kerana disebalik wajahnya, ada sebuah cahaya yang menyilaukan mataku.
Apakah maksud disebalik mimpi aku itu tadi? Aku tak tahu. itu semua hanya mainan syaitan barangkali.
Aku menggelengkan kepala cepat cepat dan terus bangkit dari katil. Aku memandang kearah jam yang tergantung didinding. Sudah 5 minit berlalu aku setelah aku terjaga. Aku mengeluh dan terus membuka tingkap bilik aku.
Udara pada pagi ini sejuk sungguh. Dapat kurasa dari suhu yang agak rendah dan embun pagi yang sedang mula menyirami pokok pokok disekitar laman rumah Hakimi ini.
Aku memeluk tubuh dan mengusap usap badanku untuk menghasilkan haba. Suasana dingin dan sepi ini mendatangkan perasaan hiba dalam diri aku. Subuh yang mendatang begitu sunyi. Hanya bertemankan suara nyanyian sang cengkerik dan kokokan ayam. Sebuah persembahan bagi membuka pentas kehidupan yang penuh liku.
Dalam aku termenung menghadap luar tingkap, tiba tiba pintu bilik aku kedengaran diketuk perlahan oleh seseorang.
Aku memalingkan pandangan aku kearah pintu sebelum perlahan lahan menggerakkan kakiku menuju kearah pintu dan membukanya perlahan lahan.
"eh! Mak Temah rupanya.. ingatkan siapalah pagi pagi subuh ketuk pintu saya tadi."
"hehe.." seyum mak Temah.
"ni bukan ape.. Mak Temah disuruh oleh nak Kimi tadi. Dia suruh mak temah sampaikan pesan yang nanti pagi dalam pukul 10 macam tu Hakimi nak bawak Yusof pergi jumpa doktor untuk check up.. So dia nak Aizat ada sekali."
"oh lah.. ye ke.. okay okay." Angguk aku, faham.
"buat susah susah Mak Temah je kejut saya pagi pagi buta ni. subuh pun tak masuk lagi." Sambung aku seraya tersenyum.
"haa. Maafkan Mak Temah ye kejut awal awal. Bukan ape Mak Temah ni pelupa. Takut terlupa sebab patutnya Mak Temag bagi tahu malma tadi tapi dah kamu tidur awal so paginya lah cadangan mak temah."
"takpelah mak Temah, lagipun saya memang dah terbangun pun dari tadi."
Mak Temah menganggukkan kepalanya sebelum tersenyum kecil. "dah alang alang tukan Aizat, lebih baik buat solat hajat ke, solat istikharah ke, tahajud ke. Kan bagus tu."
Aku menganggukkan kepala. "baiklah Mak Temah. Terima kasih sebab sampaikan pesanan dekat saya."
"ha.. kalau macam tu, Mak Temah nak pergi balik bilik dulu lah ye. Ni. nak solat tahajud."
"ha yelah.."
Dengan itu, aku menutup pintu seraya bayangan Mak Temah hilang dari pandangan mata aku.
Aku mengeluh.
Hidup aku sunyi. Sepi. Kosong. seperti aku duduk didalam satu dimensi yang berbeza dari dimensi dunia nyata.

ANDA SEDANG MEMBACA
Pelacuran Cinta(boyxboy)
RomanceKehidupan Aizat tidaklah seindah dongeng putera raja. Dilahirkan dalam keluarga yang tidak kenal erti kasih sayang menyebabkan dia dijual oleh keluarganya kepada bapa saudaranya. Beribukan seorang pelacur dan berbapakan seorang kaki judi, menjadi pe...